Friday 29 June 2012

Apa Kaitan "Bulan" & Bintang Cabang 6?

Ambo ni condong pada kebenaran. tak kisah la sama ada belah UMNO ke, belah PAS ke, asal apa yg dikata betul ikut Islam, ambo pun kata betul jugak. bukannya kalau dari belah UMNO tu betul belaka (tapi majoriti selalunya betul..), dan kalau dari belah PAS/PR kompom salah belaka (tapi kebanyakkannya memang carik murka Allah!) 

Buktinya, ambo dengar jugak ceramah Ust Hasan Basri ni, walaupun dia ahli PAS. Yang penting dia cakap pasal kebenaran, cakap ikut Islam. Kalau semua ahli PAS (terutamanya Mursyidul Am diorang) beriktiqad & berpendirian macam dia ni kan bagus. Perpaduan sesama muslim dia Malaysia rasanya tak mustahil direalisasikan.

   

Thursday 28 June 2012

Siapa Sebenarnya Ali Tinju?


Siapa sebenarnya Ali Tinju ni? Beliau dikata sungguh DESPERATE untuk mempertahankan kerusi yang diduduki olehnya... Difahamkan ramai bekas-bekas tentera telah memeprsoalkan kredibilitinya membela nasib Tentera... Sehingga beliau sukar untuk bezakan mana permata mata pula kaca... Kenapa?

Tahukah Ali bahawa, kerajaan telah memberikan banyak insentif kepada Bekas-Bekas Tentera...? Bukankah itu tujuannya membantu bekas tentera? Amat daif kepada seorang yang kononnya menjaga hal ehwal bekas tentera tidak tahu akan bantuan yang telah diberikan kepada bekas-bekas tentera... (seterusnya baca di sini)

RG : Gambo kat atas tu hiasan semata-mata je.. 


Wednesday 27 June 2012

Inikah Menu Kegemaran Bapak Anwar Bin Ibrahim?


makan besar la Bapak Anwar Bin Ibrahim & kuncu2nya minggu depan. Ketua Pemuda Pas Johor pun ada. tapi malangnya sapa nak join sekali kena la hulur pitih ratus2 satu table. untuk Anwar je agaknya free. (baca lagi di sini
bertambah malang lagi bila terang2 kat banner tu ada tulis makanan non halal pun disediakan, bahkan lagi mahal rega tablenya dari yang halal.. rega mahal pastinya ada macam2 hidangan "spesial" yang tak mungkin didapati di table2 rega murah. Anwar nak duduk table mana satu? takkan yang rega murah kot?

Ambo selidik la sikit maklumat berkenaan 88 Resturant Guo Tai, (laman web diorang klik sini) lokasi makan besar yg dimaksudkan. dari laman web diorang, ada la beberapa hidangan yg pasti menambat selera Bapak Anwar Bin Ibrahim. antaranya:
Pergh.. nampak memang "sedap". pastu tadak satu pun logo halal ada kat laman web tuh. agak2 dapur diorang ada sijil halal ke? sapa boleh jamin daging nate hidung rata tak disimpan selonggok dengan daging ayam, lembu, kambing mahupun udang? sapa boleh kompomkan periuk belanga, sudu garpu, pisau pinggan untuk masak "ba alif ba ya" tak diguna utk masakan lain yg dikata halal? 

sapa pulak tukang masaknya? lepas pegang daging khinzir, samak tangan ngan air tanah + 6 kali air mutlak tak? pastu gerenti ke diorang tak campur apa2 wine & alkohol sebagai bahan perasa dalam masakan?

Apa pun selamat menjamu selera utk pemuda PAS Johor (kalau bagi diorang semua ni halalan toyyiban la..), jangan tak sengaja ter"take beer" dah la (mana tahu, terkeliru antara wine putih & air mineral). Allah tak terima amal ibadat selama 40 hari nanti jangan kata tadak sapa tegur.. 

tu tak masuk lagi kalau2 ada tarian k-pop ala "bertam nite", tiger show, mahupun tarian tiang.. bayar pitih ratus2 takkan la dapat makan & dengar ucapan jer? 

RG: logo pun mata 1 dajjal, takkan nak makan ubi rebus & sambal tumis ikan bilis kot? tak ada ciri2 penghuni neraka la!

Tuesday 26 June 2012

Apa Cerita Dengan Karpal Singh?


Dah sihat ke belum OKU ni? Hari tu dengar cerita masuk wad, bunyinya macam kronik.. Apa pun, perlu ada garis panduan jelas dari SPR, orang OKU, terlalu tua, ada sakit belakang yang kronik (sampai tak boleh bongkok), ataupun pelupa tahap na'uzubillah sepatutnya dilarang dari jadi calon masa PRU, apatah lagi jadi Perdana Menteri. Kalau selalu masuk hospital, camna nak jalankan tugas sebagai wakil rakyat, kan? kan? 

RG: ada yg tak sabar nak langkah mayat OKU.. ye la pastu boleh la laksanakan undang2 Islam. PAS tanak ikut sekali ke?

Monday 25 June 2012

Bekalan "Air" Selangor Paling Hebat - Ronnie

memang tak dapat dinafikan, bekalan "air" di selangor paling hebat sejak dibawah pentadbiran PKR, cakap aje la "air" apa, semua ada, bukan takat "menitik" atau "meleleh", bahkan sampai tahap "melimpah ruah", semua ni "jasa besar" pakatan! cuma air paip je yang bakal kering kontang 2-3 tahun lagi.. 

Saturday 23 June 2012

Menipu, Tertipu, Ditipu Atau Tak Ambik Peduli?

Ramai orang Islam yang masih tak tahu apa-apa bab kalimah Allah, pasal ambik mudah bab ni. lagipun diorang masih yakin, takkan la Anwar sebagai orang Islam, PAS yang mengaku parti Islam, nak gadai Kalimah Allah.. semua ni mesti fitnah UMNO-BN nih!

Ramai orang Islam (yg nama je Islam) yang tak ambik peduli pun bab kalimah Allah ni. ala, bukan boleh kaya pun kalau mati2 pertahan kalimah Allah ni.. lagipun ni semua kerja Jabatan Agama Islam, diorang dapat gaji, diorang la kena uruskan. yang penting sekarang la masa terbaik jatuhkan UMNO-BN!

Ramai jugak orang Islam yang ambik berat & khuatir bab kalimah Allah ni, tapi dah dikelirukan oleh ustaz2 Penyebar Ajaran Sesat, kat negeri arab saudi sendiri orang kristian pun panggil tuhan diorang Allah dari zaman dulu lagi, apasal pulak kat Malaysia tak boleh? Ni cuma UMNO-BN mandai2 tak kasik & putar belit isu ni! 

Jadi, sesapa yang rasa dirinya orang Islam, sayangkan Islam & sayangkan akidahnya, luangkan la masa 48 minit tengok video ni. pastu nilai la pendirian memasing. semoga kita semua diberi hidayah Allah S.W.T dalam menghadapi fitnah akhir zaman ni, amin!

   

Friday 22 June 2012

Edisi Jumaat : Nabi "Haramkan" Takbir Cara Parti Ajaran Sesat!

Nak cerita sikit pengalaman 3 tahun lepas, ada la sekali ambo naik teksi dari pontian ke benut. time tu susah sikit nak dapat teksi, tapi akhirnya ada jugak teksi yang mana drivernya sorang pak aji.

Dalam perjalanan lebik kurang 45 minit tu, kemain ligat pak aji driver tu bercerita yang umno tu sekular, abaikan agama, ikut cara barat, dan lain2 lagi. pastu kata pulak PAS tu parti Islam, banyak berkatnya, ada majlis syura macam zaman nabi, ada mursyidul sebagai ketua, kalau ceramah pulak ada takbir beramai-ramai & derma jihad untuk memudahkan orang ramai buat amal jariah.. ceramah umno mana ada semua tu? kata dia.

time tu, ambo tadak ilmu sangat, so diam je la sambil angguk2 sikit, lagipun hormat la pasal pak aji tu dah tua. kalau ambo sound direct, kang tak pasal2 kena halau turun tepi jalan susah pulak.

Last bila dah dekat sampai benut, ambo tanya dah lama ke join PAS? Pak aji tu kata baru setahun lebih, umur dah banyak ni kena la buat banyak amal ibadah, kata pak aji tu bersungguh2

Sekarang ni, bila ambo pikir2 balik, kadang2 kadang kesian & simpati pada orang2 yang ada niat nak mendalami Islam, tapi ditipu oleh Penyebar Ajaran Sesat..


Thursday 21 June 2012

Pendedahan Yang Tak Ramai Orang Tahu.. Part 4


Pendedahan Part 4 kena la dengar sendiri "live" dari tuan punya badan. Beliau akan mengadakan ceramah di perkarangan Surau Al-Hussin, Kampung Simpang Sikun Darat, Parit Raja 86400 Batu Pahat Johor jam 9 malam. Ada bacaan doa selamat & jamuan selepas Solat Maghrib. Muslimin, muslimat yang berkelapangan & sayangkan Agama Islam dijemput hadir, ambo panjangkan jemputan aje.. yok teko rame-rame!! (betul ke ayat jawa ambo ni?)

Wednesday 20 June 2012

Pendedahan Yang Tak Ramai Orang Tahu.. Part 3



BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH
(sambungan part 2)


Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam. Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih). Sebenarnya agama Kristian ini salah. Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian. 

Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam. Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari." Beliau menunjukkan kepadasaya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya.

Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar.

Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan lihat isi kandungannya. Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut.

Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang.

Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu. Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St Mary, Sabah.

Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.' Apabila saya selesai sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya Tuhanku.Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku?

Turunnya Hidayah Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku". Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat...

(bersambung part 4, esok 12 tgh)

Pendedahan Yang Tak Ramai Orang Tahu.. Part 2


BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH
(sambungan part 1)

Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan." "Saya bertanya kembali, Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)." Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan. Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?" Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama." Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian." Saya katakan padanya,"Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?"

Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik, apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.

Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa.

Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-
i). Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian Mereka mesti dibaptiskan air suci.
ii). Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi
iii) Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
iv) Ekaristi Minyak Suci - air suci
v). Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima Krisma
vi) Kristi Imaman - menjadi paderi
vii). Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)

Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. 

Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap, hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain kecuali Kristian sahaja kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam. Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan. 

Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar di Indonesia; apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin pulih.

Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir. Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis.

Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. 

Setelah saya mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang pembuatnya di biara Vatican telah memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.

Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakana padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?.

Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan. Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat.

...bersambung part 3 (10 malam ni)

Pendedahan Yang Tak Ramai Orang Tahu.. Part 1


BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH

SEMASA KRISTIAN saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok.Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vatican Itali, iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan di dunia dengan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vatican. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negeri asal saya, iaitu Sabah.

Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi. Saya bertugas di Gereja St. Mary dan Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu.

Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama Kristian. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vatican, dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan. Saya adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga.

Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam.

Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak Terbendung, ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam.

Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vatican untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. 


Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini". Dia terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?" 


Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku buat dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya." Beliau berkata, "Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa," Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. 


Beliau seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."


Di situlah saya mula tidak percaya pada agama Kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata, "Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong".


(bersambung part 2, jam 5 petang)

Tuesday 19 June 2012

Tuan Guru "Murka" Dengan Kegopohan Husam Musa!

Tuan Guru dikhabarkan murka dengan Husam Musa yang dikatakan terlalu gopoh dalam membuat keputusan. Hal2 camni menjejaskan imej parti dimata masyarakat dan turut menyebabkan Tuan Guru "terpaksa" bersemanyam di atas kerusi empuk MB untuk tempoh lebih lama..
Apa benda yg mengundang kemurkaan Tuan Guru tu? Haa.. nak dijadikan cerita, minggu lepas Husam ada buat sidang akhbar berkenaan "Lebuhraya Berkebajikan tapi tadak bajet". memula sidang akhbar tu ok la, kabor ada orang nak sabotaj projek juta2, kontraktor dihasut jangan terlibat dll, yg paling penting ada tuduh umno dalang semua ni..semua salah umno!
Tapi yg tak bestnya. bila ditanya dgn wartawan berkenaan peralatan pembinaan yg disumbangkan ikhlas oleh rakyat kelate sendiri, laju je Husam kata nak gadai semua cangkul2, keta2 sorong & skop2 tuh. Ni yg Tuan Guru marah ni, kalau ye pun kebulur nakkan pitih sangat, sampai tahap nak gadai cangkul & skop, jangan la kabo depan wartawan.. malu la parti! silap2 wartawan dapat hidu yg projek lebuh raya auta ni semata2 nak kumpul dana PRU aje..
Lagi satu, semua tuh pemberian ikhlas walaupun barang2 second hand, wajib di hargai & dimanfaatkan. kalau tak diguna buat lebuh raya pun, cangkul2 tu boleh diguna buat gali liang lahad, bagus untuk persediaan mereka2 yg umurnya dah terlajak jauh di "separuh masa tambahan". bila husam gadai cangkul2 tuh, macam bagi signal "paksa" Tuan guru terus berkhidmat. tak pasal2 tuan guru "terpaksa" bersemanyam diatas kerusi MB untuk sepenggal lagi. sapa salah? Husam musa, sapa rugi? husam musa jugak!

RG : Husam ni, nak dikata jahil mukarab tu macam melampau sangat, tapi nampaknya IQ beliau tinggi sikit jer dari kambing jamnapari yg beliau sendiri gagal nak ternak..



Friday 15 June 2012

RM 3 Bilion : Nak Buat Modal Bukak Kilang KY Jelly Ke?


Akaun RM3 Bilion: Anwar Terpaksa Bersilat Lidah

Sekali lagi Anwar Ibrahim selaku Ketua Pakatan Pembangkang terpaksa bersilat lidah untuk menepis isu akaun RM3 bilion yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Perkara ini penting menuntut penjelasan dan jawapan yang ampuh. Nilai RM3 bilion bukannya kecil anak dan ia didakwa berlaku ketika Anwar adalah Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Tapi sudah tabiat Anwar, tiap kali dirinya terbelit dengan isu panas ada saja caranya mengelakkan diri dari menjawab persoalan yang timbul.

Selalunya pemimpin UMNO yang akan dijadikan sebagai kambing hitam untuk dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan sekaligus dengan harapan dirinya tidak akan dipersoalkan oleh penyokong pembangkang.

Bendanya bukanlah susah, jawab YA atau TIDAK, itu sahaja. Jika YA, rakyat nak tahu dari mana datangnya aset dan wang tersebut. Jika TIDAK, kenapa tidak di saman sahaja Timbalan Gabenor Negara, Abdul Murad yang mendedahkannya.

Ini tidak, hanya dek kerana panas punggung disuruhnya pula Tan Sri Muhyidin Yassin pula mendedahkan akaun beliau. Tiada kaitan langsung dengan isu RM3 bilion yang heboh diperkatakan sejak 13 tahun dulu.

Penulis teringat kejadian dalam satu sidang akhbar setahun yang lalu membabitkan isu chinadoll. Bila wartawan tanya komennya tentang isu tersebut, tak semena-mena ditunjukkan perutnya yang konon tidak boroi. Pun bersilat lidah juga. Mengarut sungguh caranya menjawab.

Songsang betul cara pemikiran Anwar saling tak tumpah dengan perwatakan dan kegemarannya. Kaedah menjawab yang langsung tidak mencapai tahap intelektual sebagai seorang pemimpin.

- Beruang Biru

Thursday 14 June 2012

Pasca Bersih 3.0 : Ambiga Bakal Ke Tempah Katil Sebelah Karpal Singh?


Artikel dapat dari beruang biru, layan..

China Press:  Ambiga Setaraf Pencuri Besi Buruk

Lucu sekali melihat bagaimana Ambiga Sreevanesan menggelupur kerimasan apabila terpaksa berhadapan dengan siri-siri perhimpunan aman di hadapan rumahnya.   Beliau dan kuncu-kuncunya pastinya tidak pernah menjangkakan tindak-balas sebegitu rupa oleh rakyat.  

Secara dasarnya, Ambiga enggan mengakui bahawa yang berhimpun di depan rumahnya itu adalah rakyat biasa serta cuba menuduh kerajaan atau UMNO sebagai dalang.  Ini tidak benar.  Namun begitu, siapa jua mereka bukan soalnya.  

Soalnya ialah, kalau pun benar mereka adalah ahli UMNO, mereka juga adalah rakyat yang punya hak untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap manusia yang telah menyebabkan perniagaan mereka rugi pada 28hb April yang lalu.  
Kini terbuktilah sudah bahawa perjuangan Ambiga dan BERSIH keseluruhannya adalah hipokrit semata-mata di mana hak untuk menuntut hak, hanya ada pada Ambiga dan Pakatan Rakyat.  Mana-mana rakyat yang tidak menyokong mereka tidak ada hak untuk berbuat yang sama.  

Lebih menarik lagi apabila beberapa rakan dan pensimpati Ambiga cuba membantu dengan memberi berbagai-bagai hujah untuk menidakkan hak rakyat untuk berhimpun di hadapan rumah Ambiga.  
Antaranya, A.Samad Said yang merayu rakyat agar jangan mengganggu Ambiga.   Rakan-rakan dan penyokong Ambiga di alam maya juga berusaha untuk memperlekeh dan meremehkan tindakan berhimpun dan berniaga di depan rumah Ambiga, konon untuk merendahkan moral mereka dan mengharapkan mereka bersurai.    

Begitu juga dengan akhbar berbahasa Cina, China Press, yang menyatakan bahawa tindakan peniaga tersebut membalas dendam sedemikian adalah kebudak-budakan dan bodoh.   

Ya, mungkin juga tindakan membalas dendam sebegitu adalah nakal dan kebudak-budakan manakala tindakan BERSIH 3.0 melanggar undang-undang  dan mengganas pula tidak nakal dan tidak kebudak-budakan.  Tetapi ia adalah tindakan manusia dewasa yang jahat, penuh dengan khianat dan sememangnya tersangat bodoh! 

Kerana BERSIH nama negara tercemar, imej negara tercalar, peniaga-peniaga mengalami kerugian serta pihak kerajaan juga menanggung kerosakan harta awam.  Semuanya kerana Ambiga.  
China Press cuba berhujah bahawa Ambiga tidak harus dipertanggungjawabkan untuk membayar balik kerugian yang dialami peniaga.  Alasan mereka, kemusnahan yang berlaku dalam BERSIH 3.0 adalah disebabkan oleh kelalaian dan ketidakcekapan kerajaan, maka gantirugi peniaga-peniaga itu sewajarnya dibayar oleh kerajaan, bukan Ambiga. Hujah mereka lagi, tempat untuk peniaga itu berniaga dan mendapat keuntungan adalah disediakan oleh kerajaan dengan menggunakan cukai yang diperolehi dari rakyat.  Entah kenapa kita dapat mengesan sikap perkauman di dalam kenyataan ini. Apakah China Press secara halus ingin memberitahu bahawa  majoriti peniaga yang terlibat adalah Melayu dan pembayar cukai tertinggi adalah peniaga Cina?

Lebih lucu lagi apabila China Press menyatakan bahawa peniaga-peniaga tersebut seharusnya  boleh membuat untung dan bukannya rugi ketika perhimpunan BERSIH 3.0 sekiranya mereka bijak mengambil peluang.   

Justeru, kenapa agaknya BERSIH 3.0 memilih untuk berarak di kawasan peniaga Melayu dan India dan mengelak untuk ke kawasan perniagaan kaum Cina? Bukankah kerana kaum Cina awal-awal lagi tahu yang perhimpunan sebegitu pasti membawa kerosakan, bukan keuntungan dan  mengambil langkah awal memastikan kawasan kaum mereka berniaga terselamat dari sebarang risiko? 
Contoh yang diberikan pula ialah jika seseorang itu terjatuh ke dalam longkang di bandaraya kerana penutup besinya telah dicuri, maka yang perlu membayar kos perubatan mangsa yang cedera tersebut adalah kerajaan, bukan pencuri tersebut.  

Mungkin China Press terlepas pandang bahawa cukai yang dibayar oleh rakyat digunakan untuk pembangunan negara, bukannya untuk membayar gantirugi ke atas tindakan pihak yang dengan sengaja melanggar undang-undang dan membuat kemusnahan.  Cukai juga digunakan untuk melahirkan rakyat yang berguna kepada negara bukan pencuri, pengganas, pengkhianat atau pemberontak seperti Ambiga.  

Kerana itu, untuk pengetahuan China Press, sekiranya pencuri penutup longkang tadi berjaya ditangkap, pastinya dia juga akan diarahkan membayar gantirugi kepada mangsa oleh mahkamah.  

Lagipun, apakah China Press cuba menyamakan Ambiga dengan pencuri besi buruk?  

Dalam kes BERSIH 3.0, kita tahu siapa penjenayahnya dan lebih dahsyat lagi, penjenayah itu adalah dari pihak pengamal undang-undang, iaitu bekas Presiden Majlis Peguam.  Dia telah diberi peluang untuk berhimpun di stadium di mana keselamatan dan keamanan terjamin.  Dia juga telah diberi amaran awal akan tempat-tempat yang dilarang.   

Tetapi, Ambiga memilih untuk menolak kawasan selamat, dan mengambil risiko berarak di jalanan.  Akibatnya, peserta BERSIH telah melanggar undang-undang  dengan menceroboh ke kawasan larangan.  Kerana kedegilan Ambiga, keganasan yang boleh dielakkan telah tercetus, harta awam musnah dan ramai yang cedera.    

Tidak boleh tidak, Ambiga wajib bertanggungjawab dan memikul kesalahan penyokong-penyokongnya, sebagai seorang ketua yang berprinsip, prihatin dan berintegriti.  Adalah memalukan bagi seorang yang telah menerima beberapa anugerah kemanusiaan dari barat untuk bersikap lepas tangan, malah enggan terlibat langsung dalam menangani kesan sampingan perbuatannya!   

Tahukah Ambiga bahawa seorang Ketua yang baik, akan mempertahankan orang bawahannya dan akan memikul kesalahan mereka sebagai kesalahan sendiri apabila berhadapan dengan masalah?  Jika ini pun Ambiga tidak tahu, maka sesuai sangatlah China Press menyamatarafkan beliau dengan pencuri besi penutup longkang! 

Tuesday 12 June 2012

Isu Jawatan PM: PAS Kena "Nasi kangkang" DAP?


Heh.. gelak sakan guan eng bila ada si kopiah putih backing dia dalam bab sapa jadi perdana menteri kalau PR ditakdirkan memerintah kelak. memang hebat ilmu guna2 yg DAP kenakan kat PAS, sampai jadi jinak & manja macam anak kucing di kaki DAP tapi kalau dgn UMNO, garang ngalahkan singa sakit gigi!
Isunya kat sini Anwar dah janji nak kasi kerusi TPM kat DAP. kalau la berlaku sesuatu kat Anwar masa dia jadi PM, sama ada dia mati ke, kena penjara ke, sakit tulang belakang sampai xleh bangun ke, sapa ganti jadi PM? ikut undang2 TPM la ganti. sapa pegang TPM time tu? PAS ke?
sekarang ni, DAP baru jadi Ketua menteri pulau pinang pun dah macam2 benda jadi. sumbangan warga emas pakai duit judi, roboh kampung melayu, rampas tapak masjid dll. kalau dia dapat pegang jadi PM atau pangku jawatan PM lagi dasat. kalimah Allah sure tesergam di setiap gereja utk pancing orang melayu masuk kristian macam kat indon. bible bahasa melayu disebar meluas, silap2 jadi matapelajaran kat sekolah. Apa pas nak buat? 

Monday 11 June 2012

30,000 Sokong Sultan Johor, Tsunami Selatan Bakal Kering Kontang!


Dah 18 tahun lebih ambo duduk kat Johor. Satu perkara yg ambo respek pasal Sultan Ibrahim adalah baginda rajin turun jenguk rakyat. jenguk pulak bukan kat bandar2 besar atau kat majlis2 berprestij, tapi jugak kat kampung2 & kawasan pedalaman. Baginda sinonim dengan program kembara mahkotanya, dari zaman sebagai tengku mahkota sampai la jadi sultan sekarang. tiap2 tahun pulak tu, kekadang sampai 2 kali setahun. sapa2 rakyat johor yg normal tapi tak pernah lagi nampak baginda secara live, belum sempurna kerakyatan korang sebagai orang johor.

Turun jenguk rakyat pulak bukan takat kosong2 gitu je, ada saja manfaat yg rakyat dapat. Ada sekali dulu kerja2 baikpulih jalan utama ke kota tinggi terbengkalai berbulan2, hanya jalan batu kerikil, nak speed atas 40 pun tak boleh. tapi bila ada kabor sultan nak lalu sempena kembara mahkota, otomatik jalan tu siap bertar dalam masa tak sampai 2 minggu. bila sultan rajin turun jenguk rakyat, tadak can la pegawai kerajaan negeri nak ngular & makan gaji buta.. Tu yg rakyar Johor sayang dgn beliau. 
So, bila ada suara & tweeter sumbang memperlekeh Sultan Johor ni, rakyat johor bangkit mempertahankan sultan diorang. lagi la yg carik pasal tu memang ada track record derhaka pada sultan semata2 nak ikut telunjuk komunis. pemimpin peel huduh & parti yg mengangkat makhluk camni jadi pemimpin tak layak bertapak di johor. 
Semalam 30,000 rakyat johor berhimpun di Istana Pasir Pelangi tanda sokongan pada baginda (baca sini & sini). penuh sesak perkarangan istana. Kendian ada pula ikrar taat setia beramai2. Hidup Melayu bertunjangkan hukum bersendikan adat berpaksikan syariat. Tadak sapa di johor yg nak baring atas jalan halang keta sultan, tapi nak lempang laju2 penderhaka sultan ramai, tak dapat lempang pun, ramai yg berkobar2 untuk tanak pangkah parti penderhaka masa PRU nanti. 

RG: kesian sallehudin ayub, penat2 dia nak balik ke johor, tetiba2 je ada orang sabotaj dia.

Friday 8 June 2012

Pembangkang Bila dah Tadak Modal..

Nama pelik sikit pun boleh jadi modal dakwaan pengundi hantu. Pembangkang ni macam tadak modal, guna la apa saja alasan utk burukkan SPR. Hari tu tuduh pengerusi SPR ahli umno, kononnya siap ada bukti (baca sini) kenapa la huduh betul peel pembangkang ni?

Thursday 7 June 2012

Mahasiswa Baru Unisel Berdemo Depan Rumah : Anwar Mesti "Suka"!


Hari ni, menteri pengajian tinggi, Khalid Nordin kata PTPTN membekukan pinjaman bagi pelajar baru unisel. Ni bagi memberi peluang & "sokongan moral" utk Bapak Anwar Bin Ibrahim melaksanakan pendidikan percuma peringkat universiti. "Baik hati" betul menteri umno ni. bagi peluang seluas2nya kat kepala pembangkang melaksanakan idea "genius" ala berkebajikannya. tentu Anwar mengucapkan "banyak2 terima kasih" kepada Khalid Nordin di atas segala "usaha keras" & "susah payah" beliau membekukan pinjaman semata2 untuk bagi peluang pada Anwar.. 
Ye la, hari tu kepala pembangkang ni menghasut (eh, bukan! "menasihati"..) peminjam PTPTN supaya tak payah bayar balik pinjaman. buat apa nak bagi pinjam kalau ada yg dah sanggup nak support mahasiswa baru unisel ni. lagipun kalau kasi pinjam pun, kemungkinan besar diorang tak bayar balik.. kalau diorang ikut cakap anwar la!
So, mahasiswa2 baru unisel digalakkan beramai2 berdemo & berkhemah kat depan rumah anwar di segambut sampai anwar bayarkan kos makan & yuran pengajian korang. Manfaatkan kebebasan berhimpun, Ambiga mesti setuju. Anwar pulak jangan la buat2 donno atau repot polis pulak. Dan yang paling penting sekali Anwar jangan la ngaku kata idea pendidikan percuma tu acah2 aje. nanti ada pulak berita orang tua yg sakit pinggang takleh bongkok tapi lari tak cukup tanah..
Para mahasiswa baru unisel pulak jangan la merusuh atau pijak2 & terbalikkan keta mercdez anwar pulak kalau punahsihat ekonomi tu cuma hulur seposen sompek tiap2 seorang.. maklum la, gaji singgit je! 

Wednesday 6 June 2012

Lebuhraya : Tuan Guru Baru Nak Ambik Kelas Kejuruteraan Awam?


Kelantan nak buat lebuhraya berkonsep kebajikan? tadak tol? tapi mintak rakyat support, bagi derma. Kerajaan negeri tadak pitih ke? Takkan ilmu muamalat PAS takat kutip derma jihad & derma wakaf sahaja? lagipun benda2 pembangunan camni dunia semata2.. kan? kan?
Doplah tahun memerintah, cuma larat bina sebijik masjid sahaja, masjid2 lain di kelantan pun banyak yg terabai. bila time pilihanraya, sibuk kabor kalau pangkah umno tu macam kejar dunia, baik pangkah PAS, kononnya dapat akhirat, dapat syorga. 
Sedarlah, pangkah umno bukan takat dapat dunia, akhirat pun dapat jugak. Dah terbukti rekod umno cemerlang dalam bab bina masjid & surau, bina universiti Islam, tubuhkan tabung haji dll. Terpulang pada orang2 islam nak munafaatkan ke tidak semua tuh. semua bergantung pada nawaitu dan usaha memasing, umno cuma pemudah cara.
Pangkah PAS pulak dunia tak dapat, akhirat jauh sekali. dari satu PRU ke PRU yg seterusnya, penduduk kelantan sabar pangkah PAS dengan harapan kelantan jadi Daulah Islamiah, contoh tauladan utk negeri2 lain.Tapi tengok apa yg ada di kelantan? berhala budha terbesar dia asia tenggara! ada yg baring, ada yang berdiri, yg duduk bersila pun ada. betul ke pangkah PAS dapat syurga?
tu belum cerita bab tolak perpaduan ummah, bersekutu dgn DAP harbi & PKR ilumminati lagi. bukan jadi ketua pun dalam PR, jadi balaci yg kena tunduk pada Anwar & karpal ada la. betul ke pangkah PAS dapat syurga? 
balik pasal lebuhraya kebajikan, kalau masjid yg kosnya jauh lagi rendah pun fail, lebuhraya apatah lagi. No akaun bank untuk derma pulak mencurigakan (klik sini). Silap2 duit derma tu dikelepet untuk tujuan lain, maklum la PRU macam dah dekat ni. Kenapa Allah takdirkan teruk sangat prestasi PAS? fikir2kan..

Tuesday 5 June 2012

"Syurga Dunia" Di Kelantan Adalah "Jasa" Tuan Guru?

Ada yang kata pelacuran ni industri paling purba di dunia. kalau dalam konteks negara malaysia pulak, DAP dianggap tokan industri ni, tapi dicover baik punya atas nama spa & urut refleksiologi. tak percaya tanya la ronnie liu. Yang peliknya kat "serambi mekah" pun ada benda ni. dikatakan GRO siam banyak kat kelantan.. Ini boleh la dikira "jasa" Tuan Guru selepas berhala bersaiz gergasi di seluruh negeri. Masjid? tunggu doploh tahun lagi baru la bina sebijik lagi!

Baca la kat sini & sini

Saturday 2 June 2012

"Ustazah" Nurul Izzah Yang Terlalu "Tinggi" Ilmu Agamanya!

Anak Pak Syekh ni bukan takat terer goreng gitar kapok, bahkan amat "arif" dalam bab2 agama, terutama hukum berkenaan kesalahan zina. tak percaya tengok la video ni sampai habis, paling tak pun dapat jugak ilmu..


Tapi lepas ni jangan pulak undi "ustazah" ni.. tak pasal2 macam nak galakkan anak muda berzina beramai2 pulak. Kalau la undang2 Malaysia ni ditukar, selagi tadak 4 saksi, selagi tu la tak jatuh hukum. ramai la yg makan hati macam mak "ustazah" ni..

Friday 1 June 2012

Malas...

Ada macam2 spesis pemalas atas dunia,
ada yang malas kerja
ada yang malas usaha
ada yg malas bayar hutang lama
ada yg malas beribadah pada Allah Taala
ada yg malas bermuzakarah demi agama
ada yg malas nak tunjuk jam omega
ada yg malas jenguk mak yg dah tua
tapi kenapa tadak yg malas nak bernafas, sedut udara?