Tuesday 28 August 2012

Edisi Syawal : Kisah Abu Nawas Vs Imam Hanbali

Al-kisah nak dijadikan cerita, pada suatu petang Imam Hanbali sedang mengajar hadis2 nabi kepada anak2 muridnya di masjid kota baghdad, tiba2 datang abu nawas nak menguji kebijaksanaan Imam Hanbali. Kononnya dia ada 3 masaalah yang ingin ditanyakan. Imam Hanbali pun berhenti sebentar mengajar anak2 muridnya untuk melayan kerenah abu nawas.

Abu Nawas berkata penduduk kota Baghdad dilanda masalah yang serius. masalah pertama orang2 di kota Baghdad termasuk  dia sendiri sering bersaksi pada benda yang mereka sendiri tak pernah lihat. kedua, mereka selalu makan bangkai. ketiga, mereka kerap kali melarikan diri dari rahmat Allah.

Anak2 murid Imam Hanbali marah dengan soalan pelik + mengarut + tak masuk akal abu nawas, bahkan ada yang mahu menghalaunya keluar masjid kerana sengaja menganggu mereka menuntut ilmu. Namun dihalang Imam Hanbali. dia sedar Abu nawas mahu menguji kebijaksanannya.

Imam Hanbali berkata Abu Nawas bersaksi pada sesuatu yang dia tak pernah lihat adalah dia bersaksi tiada tuhan melainkan Allah, walhal dia tak pernah melihat Allah sendiri. Bahkan semua muslim bersaksi sekurang2nya 9 kali sehari dan ianya bukanlah perkara yang pelik.

Kedua, makan bangkai yang dimaksudkan abu nawas adalah ikan, kerana ikan tidak perlu disembelih. 

Ketiga, maksud abu nawas melarikan diri dari rahmat Allah adalah jika hari hujan, semua orang akan berlari mencari tempat berteduh walaupun hujan itu disebut rahmat dari Allah.

Abu Nawas tersenyum dengan kebijaksanaan Imam Hanbali menyelesaikan "masalahnya". Namun dia ada satu soalan tambahan, bukan untuk Imam Hanbali tetapi untuk para muridnya.

"percayakah kamu kalau aku katakan pahala solatku jauh lebih banyak dari pahala solat guru kamu, Imam Hanbali?" tanya Abu Nawas. Anak2 murid Imam Hanbali hangin kerana melihat Abu Nawas sengaja nak menjatuhkan air muka Imam Hanbali di hadapan murid2nya sendiri. Namun mereka masih menjaga adab kerana berada dalam masjid.

Salah seorang dari mereka bangun dan berkata "mana boleh. Tak mungkin. Imam Hanbali seorang ulama besar yang fasih bab Al-Quran & As-Sunnah sedangkan kamu hanya seorang pelawak istana"

Abu Nawas berkata "Aku sudah berkahwin manakala Imam Hanbali masih bujang. Bukankah Nabi ada bersabda : pahala solat orang yang berkahwin itu 27 kali pahala solat orang yang bujang? jelas bahawa pahala solatku berkali ganda dari pahala solat Imam Hanbali."

"Nabi juga ada bersabda : wahai para pemuda, sesiapa yang berkemampuan untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, kerana dapat menundukkan pandangan dan membersihkan kemaluan daripada yang haram. Dan sesiapa yang belum mampu berkahwin, hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu pencegahnya. Adakah Imam Hanbali belum mampu berkahwin?"  

"Kemudian Nabi juga ada bersabda : Berkahwin itu sunnahku, sesiapa yang membenci sunnahku maka dia bukan dari golonganku. Mustahil mereka yang mendalami As-Sunnah tidak tahu perkara ini"

Imam Hanbali hanya mendiamkan diri. macam tu juga anak2 muridnya. kemudian Abu nawas pun meninggalkan tempat mengajar tersebut. Diberitakan tidak lama selepas itu, Imam Hanbali telah bernikah dengan seorang gadis solehah pilihan ibunya. sekian, terima kasih.
RG: saja ambo bawak cerita ni lepas lama tak update blog. bulan Syawal ni ramai jugak yang buat majlis walimatul urus, ikut sunnah Nabi. Contohnya Ustaz Don.. tahniah Ustaz! selamat pengantin baru!




Thursday 16 August 2012

Bukti PAS Semakin Hilang Sokongan Ahli Sendiri!

Semalam singgah bazar ramadhan macam biasa, tapi hujung2 puasa ni bazar ramadhan dah transform jadi bazar raya.. lagi banyak jual baju, jual kasut dari jual juadah berbuka. Jual mercun pun ada, tapi diorang cover dengan jual kasut bundle. macam2 peel orang nak cari duit raya..

Time singgah kat gerai jual sate, tetiba ada pulak suara bagi salam. rupa2nya senior ambo masa kat u dulu. Teringat zaman kat u, dia ni dulu geng surau, merangkap pro mahasiswa, merangkap penyokong PAS hardcore (nak kata totok tu kasar sangat..) & berpegang teguh pada konsep jamaah (bagi dia, PAS tu adalah sebuah jamaah). Ambo respek kat dia ni, sampai terikut2 dia jugak, pernah ikut keluar tabligh 2-3 kali, tapi bab politik ambo berkecuali, tak cenderung mana2 time tu.

Tengok dari penampilannya masih sama macam dulu, cuma janggut tebal sikit. sempat la sembang cerita lama 3-4 minit. tetiba dia tegur ambo "ai.. patriotik nampak baju" pasal ambo pakai baju Janji Ditepati, "Baju dapat free masa Najib turun batu pahat April lepas, takat pakai baju tak salah kan?" tanya ambo.
"Tak ah. Cuba tengok Utusan, Ustaz Nasha pi umrah & jumpa ulama2 mekah sama2 Najib, ok je" Ambo dah start pelik sikit. Utusan Malaysia antara surat kabo yg dia allegic masa kat u dulu. untuk kepastian, ambo pun tanya " Pak Said tak ikut jamaah lagi ke?"

"Saya masih lagi dalam jamaah, cuma semenjak dua menjak ni bila duduk dalam pakatan, keputusan pimpinan jemaah meragukan. macam dah tak ikut Al-Quran & sunnah. jenuh suara kat bawah tegur secara dalaman tapi tak ada perubahan. Nampak gayanya kena bagi peringatan sikit masa PRU nanti." Lain macam je bunyinya.. peringatan yang macam mana tu?

RG : Petang tu tak sempat nak berbual panjang. Dulu ambo ikut gitu2 aje. Nak tanya jugak pendapat dia pasal Amanat haji Hadi, asal penubuhan PAS, tarbiah2 PAS dari dulu sampai sekarang, pernah ke PAS betul? Raya nanti ingat nak ziarah ke rumah dia, nak bermuzakarah sikit..

Tuesday 14 August 2012

Sokong Islam Anda Selamat, Sokong PR Anda Sesat!

Banyak dah blog kluarkan video Ustaz Kazim Elias ni.. tapi pasal yang dia cakap tu banyak betulnya, ambo pun post video ceramah beliau. Bagus ceramah beliau ni, ada ilmu & ada nilai utk muhasabah diri. Tengkiu utk yang upload video nih. Benda baik kena la sokong & sebarkan, kan? kan?

RG : Setuju dgn 2 cadangan Ustaz Kazim, UMNO kena draf dulu undang2 hudud & Hajah Rosmah kena pakai tudung penuh.. harap2 balik umrah ni beliau dapat hidayah.. Amin!

Monday 13 August 2012

DAP Yang Tolak Hudud, UMNO Jugak Yang Salah?

DAP bukan takat tolak hudud PAS bahkan bertekad nak jadikan Malaysia ni negara sekular, nak jadikan Kristian agama rasmi Malaysia, sokong tuntutan IFC yg terang2 memperlekeh Islam dan macam2 lagi yang bercanggah dengan Islam. Memang la wajib fardhu ain tolak DAP & sesapa sahaja yg bersekongkol dengan parti harbi tu. Apasal PAS back up sangat DAP? apa2 hal nak salahkan UMNO.. Apa jenis Islam yg PAS pakai? Syiah ke?

RG : memang la UMNO tolak hudud, tapi hudud PAS, bukan hudud Allah. sapa sanggup sokong hudud PAS, liwat bini tak kena hudud?

Friday 10 August 2012

Pakatan : Tema Sama Sejiwa, Tapi "Bulu" Lain-lain!

lagi katun menarik dari utusan. kena lagi tepat sebijik kat pakatan. Tema merdeka diorang macam berjanji nak jadi "sebangsa, senegara, sejiwa" tapi gaduh tak habis2. sebelah pihak nak hudud, sebelah pihak tanak hudud pasal tadak dalam buku jingay.. Janji macam bagus nak "sejiwa" tapi kalau tadak "janji ditepati", tadak makna apa2, menipu & retorik semata2. tak guna satu sen pun!

RG : Pelik tengok PAS, tanak negara Islam tapi nak hukum hudud.. macam pindah dalam hutan tapi teringin makan KFC, macam ajak jimak lepas kensel nikah depan tok kadi..

Thursday 9 August 2012

Lodehkan Anwar : Zulkifli Nordin "Mengganas" lagi!

Lagi video ceramah YB Zulkifli Nordin membalun & mendedahkan sapa anwar sebenarnya berdasarkan pengalaman 12 tahun beliau rapat dengan anwar. Ceramah beliau yang dirakam tahun lepas ni berkenaan 16 september & kes liwat 2. Terima kasih pd yang upload. Jom kenal sapa sebenarnya anwar..

Part 1



Part 2



Part 3

RG : Download, burn dalam CD tunjuk kat makcik2 Pakcik2 kat kampung. jangan tertipu dgn temberang anwar! (tutorial camna nak download video dari youtube klik sini.)

Wednesday 8 August 2012

Hadi Awang Dah Nak Sampai Tarikh "Expired"?



Bukan satu rahsia lagi, kedudukan Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sejak akhir-akhir ini kelihatan semakin goyah dan kurang mendapat penghormatan sewajarnya dari kalangan penyokong dan ahli PAS sendiri.

Dalam banyak perkara melibatkan perjalanan parti, seringkali Hadi dipaksa mengikut lenggok tari Mursyidul Am PAS sebelum menentukan keputusan untuk sesuatu perkara berbangkit - sesuatu yang jarang berlaku semasa PAS dibawah pimpinan Allahyarham Fadhil Noor mahupun Presiden sebelumnya.

Walaupun struktur organisasi PAS meletakkan kedudukan Mursyidul Am lebih tinggi berbanding Presiden, namun bukannya satu kelaziman bagi PAS meletakkan taraf Presidennya hanya sekadar pak turut kepada Mursyidul Am semata-mata.

Keadaan ini dilihat kian menonjol terutama semenjak kebangkitan puak Anwarinas ataupun dikenali juga dengan gelaran Erdogan yang mula menggandakan penentangan secara besar-besaran terhadap konsep Kerajaan Perpaduan (UG) yang diilhamkan oleh Hadi Awang.

Rentetan dari situ, satu demi satu pemimpin PAS yang pro kepada konsep UG serta mempunyai hubungan rapat dengan Hadi Awang tersingkir atau terpinggir dari arus PAS Pusat dan negeri. Sekaligus menyebabkan cengkaman pengaruh Hadi terhadap PAS kian longgar dan imejnya pula kian tercalar.

Manakala imej Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS pula diangkat setinggi-tingginya sehinggakan urusan parti yang biasa dilaksanakan oleh Presiden kini seringkali diambil alih oleh Nik Aziz.

Malah bila Hadi membuat kenyataan tertentu atau tindak tanduknya dilihat tidak mengikut kehendak kumpulan Anwarinas dalam PAS, tidak semena-mena Nik Aziz akan segera memotong dengan membuat kenyataan sebaliknya sehingga memaksa Hadi menarik handbrake dan mengubah semula kenyataan asal.

Contohnya dalam isu muzakarah dan kerajaan perpaduan, Hadi yang membuat tawaran dan mencetuskan idea namun bila ramai geng Anwarinas tampil membantahnya maka Nik Azizlah yang akan jadi perisai depan untuk memastikan bantahan puak Anwarinas tercapai.

Impak kemudiannya, Hadi terpaksa menanggung malu dan terpaksa bersilat lidah untuk menenangkan penyokong PAS yang semakin ramai berpayung di belakang kumpulan Anwarinas yang disokong oleh Nik Aziz.

Dalam konteks lain pula, kebiasaannya Presiden parti adalah penghubung utama sekiranya membabitkan pertemuan politik dengan pemimpin dari parti rakan sepakatan mahupun pemimpin parti di luar pakatan.

Namun disebabkan wujudnya usaha berterusan untuk menenggelamkan pengaruh Hadi, acapkali kumpulan Anwarinas akan segera mengaturkan sesuatu pertemuan politik itu dengan melibatkan Nik Aziz tanpa membabitkan Hadi.

Demikianlah yang berlaku baru-baru ini apabila bekas pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukim tiba-tiba diuruskan kedatangannya ke Kelantan untuk bertemu Nik Aziz sedangkan sedari awal sepatutnya pertemuan tersebut hanya melibatkan perbincangan soal taktikal politik antara Lajim dengan Hadi Awang.

Sudahlah begitu, isi utama perjumpaan tersebut pula hanya sekadar untuk menyampaikan hasrat Lajim mahu menyertai PKR disamping meminta restu Nik Aziz. 

Entah sejak bila Nik Aziz jadi pemimpin PKR agaknya sehingga restunya diperlukan sebelum dapat menjadi ahli PKR? Kelihatan seperti mahu memperlihatkan PAS lebih kuat berbanding PKR, namun hakikatnya itu hanyalah sebahagian usaha kumpulan Anwarinas untuk mengkelabu asapkan imej Hadi di mata ahli dan penyokong PAS.

Di kalangan ramai pemimpin PAS yang berada di kem Hadi dan juga beberapa orang yang tiada kem, walaupun kerap terganggu dengan penonjolan berlebihan Nik Aziz seolah-olah diktator PAS, namun mereka seakan hilang kekuatan untuk mempertikaikannya secara lebih terbuka dan terpaksa redha selagi geng Anwarinas masih menguasai PAS.

Paling mereka bimbangi dalam beberapa jangka masa terdekat atau paling lambat selepas PRU 13, Hadi awang akan terus terpinggir dari arena kepimpinan PAS dan tempatnya bakal menjadi miliki salah seorang pemimpin bukan aliran agama yang pro Anwar Ibrahim.

Tanda-tanda ke arah itu sudah banyak kelihatan. Menjelang PRU 13, PAS bukan sahaja akan berentap dengan UMNO di masa yang sama pertempuran antara kem dalam PAS akan lebih menonjol terutama sekali melibatkan perebutan untuk calon yang akan bertanding.

Lebih ramai pemimpin pro Anwar berjaya menempatkan diri sebagai calon pilihanraya bermakna berakhirnya zaman kepimpinan Hadi dan akan meninggalkan tampuk kepimpinan PAS dalam keadaan malu dan terhina sama seperti pernah dialami oleh arwah Asri Muda.
- BB

Tuesday 7 August 2012

Anwar Dijangkiti Penyakit Alergik Baru Yang Kronik!

Boleh tahan katun kat utusan hari ni. kena sebijik tepat kat batang hidung Anwar. patut la dia & puak2 pakatan cukup alegic dengan tema hari kebangsaan tahun ni.. penipu, pembohong, pembelit mana nak tepati janji, kan? kan?

RG : Lagi bagus kalau ada yang pasang banner atau billboard "Janji Ditepati" beso2 kat depan rumah dia, bior dia insaf sikit..

Monday 6 August 2012

Jom Lodehkan Anwar : Tutorial Camna Nak Download Video Dari Youtube.

Mana2 yang selalu godeh komputer biasanya dah expert download video dari youtube.. kira macam pengetahuan am je la. Tapi bagi sesapa yg masih noob bab download2 ni jom blajar jap. Ambo guna win 7 & google chrome browser dalam contoh ni. tapi rasanya browser lain pun lebih kurang sama jugak.

1. download dulu software percuma ni.
2. klik run.
3. pilih custom installation dan kosongkan 2 kotak kat bawahnya (kalau korang tanak software/toolbar tambahan yang cuma memberatkan pc je..) pastu klik accept & install kat penjuru bawah. kalau dia tanya apa2 pilih yes/finish je. Shortcut software ni akan muncul di desktop. 
4. masa first time software ni running, kena pilih bahasa. Kalau patriotik macam ambo, pilih la Bahasa Malaysia. Tapi nak pilih arab ke, english ke, hebrew ke, sukati korang la.. klik ok 
5. Klik pemuat turun tube yg logo bintang kat atas tu
6. setting sikit : klik sebelah format dan pilih Avi (jenis video yg paling selalu ambo pakai, kat mana pun boleh main) dan klik sebelah ukuran dan pilih la 640 x 360 (ukuran standard) tak pun, sukati korang la nak video tu nak beso ke kecik.
7. testing : klik link sini. Pastu copy link pada adress bar video tu.

8. Pastu paste pada ruangan disediakan dan tekan +. video Anwar Ibrahim kata "Malaysia ni bukan orang Melayu punya" akan muncul secara magik kat desktop korang 2-3 minit kemudian (ikut berapa laju line internet)
Settle!. boleh la download mana2 video yg ada kat internet asalkan ada address dia, macam contoh video ucapan anwar kat atas. save dalam laptop memasing & tunjukkan kat kengkawan & sedara mara memasing betapa sesumpahnya anwar..

RG : jangan korang buat download video ntah apa2 ntah dah la.. ambo tak tanggung.

Friday 3 August 2012

Layan Zulkifli Nordin Tibai Anwar

Merayau-rayau kat youtube, jumpa pulak video ceramah. antara yang best dan infomatif adalah ceramah TIBAI oleh YB zulkifli nordin. Terima kasih kat hamba Allah yg uploadkan video ni. boleh download & tunjuk kat kekawan. jom layan!

Part 1

Part 2

Part 3

RG : tutorial camna nak download video dari youtube.. esok la tunjuk.