Tuesday 30 October 2012

Hudud: Haji Hadi Dah Tak Takut Pada Karpal?

Haji Hadi nampaknya terpaksa menarik "brek kecemasan" apabila sokongan akar umbi PAS & Melayu Muslim atas pagar makin surut, kering kontang macam kena kemarau. Terbaru, dia kata DAP dah sepakat secara umum dah terima konsep yg dah ada dlm perlembagaan, termasuk la kedudukan agama Islam. tapi selamba je dia jual nama DAP setuju itu ini, dah tak takut disergah Karpal ke?

Mungkin pada perkiraan dia, kalau dia kelentong, PAS dah berjaya tarbiah DAP pasal Islam, org Melayu akan sokong PAS, tak pun ahli2 yang mula nak blah akan kona balik.. walaupun utk sementara waktu. dapat kekal sokongan sampai PRU pun jadik la!

Semua Melayu Muslim kenal DAP memang anti Islam dari dulu. Jeff Oii siap buat ikrar nak jadikan kristian agama rasmi Malaysia, Karpal siam kata "over my dead body", Guan Eng komplen pasal bacaan Al-Quran sebelum subuh, takkan Haji Hadi dah lupa?

kompom karpal akan keluarkan warning pada haji Hadi, walaupun Haji Hadi mungkin konon2nya akan bertegas sikit dalam hal ini, tapi ambo yakin akhirnya dia akan kata tu semua pendapat peribadi dia je.. Hasilnya, DAP tak marah & Melayu kekal sokong PAS, gitu la agaknya congak Haji Hadi.

"Sori la tuan Karpal, ana cuma kelentong sikit pasal tanak sokongan Melayu lari.. berita hudud ni cuma nak elak sokongan lari je.. Mana ada hudud dalam Negara Berkebajikan PAS, iye, Betol!"

RG - satu2nya perkara yg disepakati antara PAS & DAP adalah tadak hukum hudud.. lagipun Haji Hadi sendiri kata hudud cuma 0.001% dari Islam. tapi malu la dia nak kabo camtu depan wartawan!

Thursday 18 October 2012

Dasatnya Lidah Gagap Khalid, Sang Kelembai Pun Serender!

Dulu dia janji nak tutup kilang arak,

tapi sekarang kilang makin besar!
dulu dia janji nak mantapkan Unisel
tapi sekarang unisel rugi merudum
dulu dia janji nak uruskan sampah
tapi sekarang sampah berlambak2 
dulu dia janji nak amalkan ketelusan
tapi sekarang beli bas pun kelepet duit negeri..

bila dia jamin Tawas takkan lingkup
maknanya Tawas akan "bungkus" tak lama lagi
dah boleh start tempah batu nesan..

Dasatnya penangan lidah gagap khalid,
lain dijanji, lain yang jadi!

RG : patutnya khalid kata tawas bakal "gulung tikar", baru la tawas tu akan maju & berjaya. macam bila dia kata Felda bengkrap, sampai sekarang sihat walafiat bahkan makin maju & berjaya..

Tuesday 16 October 2012

Pertandingan Dam Haji Terbuka : Ada Berani?

saja nak maklumkan ada pertandingan dam haji terbuka kat tempat ambo ni. mana2 rakyat Malaysia yg berkesempatan jemput la datang. selain dam aji, ada macam2 lagi aktiviti berteraskan seni budaya & rakyat akan diadakan. tak silap ambo, ada pertandingan memasak, mewarna utk budak2, & 3-4 jenis sukan tradisional. pertandingan kompang pun ada. jom datang reramai!!

RG : Kalau tadak sapa masuk, ambo la sapu hadiah RM 300 tu. he he..

Friday 12 October 2012

PAS Dihurung 1001 Macam Penyakit.. Diorang Sedar Ke Tak Ni?



RG : dipengaruhi komunis disebabkan rapat dgn DAP, dijangkiti pluralisme, libralisme, LGBT & yahudi pasal kamcing dgn PKR.. sekarang diresapi syiah pulak. semua "penyakit" berkerumun kat PAS sekarang.. diorang sedar ke tak ni?

Tuesday 9 October 2012

Karpal Vs Ust. Nasha : PAS Sokong Siapa?

Semua sedia maklum, Ust Nasha selamat mengharungi mesyuarat majlis syura PAS yang akhirnya tak ambil apa2 tindakan pada beliau bulan lepas. jangan kata ambil tindakan, sebut pasal perkara tu pun tak.  
namun, tu tak bermaksud semua orang dlm PR setuju & redha Ust Nasha masih kekal dalam politik, terutama spesis2 harbi. Karpal contohnya, cukup hangin bila PAS tak ambik apa2 tindakan pecat Ust Nasha macam Hasan Ali. kalau PAS tak berani, karpal sendiri nak ambik tindakan!
Terbaru, Karpal bersungguh2 nak saman Ust Nasha. Nak diheretnya Ust Nasha ke gelanggang kepakarannya, mahkamah. Kalau Negara Islam Hadi Awang pun boleh "dikafankan" dengan sekali batuk sahaja, Hudud Nik Aziz pun mampu "ditalqinkan" dengan sekali warning aje, Takat nak "kebumikan" hayat politik Ust Nasha ni kacang buncis je, gitu la agak2nya perkiraan Karpal Singh!

Huii.. tapi keyakinan orang tua oku ni bukan kosong2 beb. Karpal cukup yakin dgn skill putar belit & hal2 teknikalnya dalam undang2. Putar belit undang2 dia ni, kalau diibaratkan serban atas kepala, mau sama tinggi dgn menara klcc.. kalah serban mursyidul am & presiden! 

Bagaimana pula strategi Ust nasha menghadapi harbi tua ni? kalau masa mesyuarat majlis syura hari tu, imej beliau & sokongan terbuka Ust Haron Din mampu menangkis tekanan munafiqun yang lain dalam PAS. Tapi bila dalam mahkamah, pendekatan lain pula perlu dirancang. mampukah Ust nasha menghadapinya?
Bagaimana pula dengan pendirian orang2 kuat PAS yg lain? Haji Hadi yg telah "dikafankan" Negara Islamnya, Nik Aziz yg hududnya tinggal jasad kosong je, nak ke diorang bagi sokongan pada Ust nasha? Ataupun masing2 akan terkucil buat kesekian kalinya bila mendengar bunyi "batuk sakti" & "warning hikmat" karpal singh!

RG : Apa2 pun, ambo tetap sokong Ust Nasha. Negara Islam & hukum Hudud Syariah di Malaysia boleh direalisasikan dgn perpaduan sesama Melayu muslim, bukan dgn ikut telunjuk  oku, presiden ataupun mursyidul yg makin terlajak umur & pegangannya! 

Friday 5 October 2012

Tiket Ke Neraka : Jom Fitnah Tun Reramai!

Mahathir otak dah tak betul, gila & cuba sesatkan orang Islam kat Malaysia. Mesti orang2 umno pun ikut pandangan macam dia jugak. macam mana umno boleh sokong orang camni?

Eh, tak pasal2 tuduh & fitnah tun semacam je.. ada bukti ke?

Mestilah ada bai.. ni ha buktinya. Utusan lagi yang tulis. Mana dia belajar agama hah? Orang tua ni sekular, cakap ikut pala otak dia je!
Memang la tun ada cakap macam tu, tapi kat atas tu sekerat je. sebenarnya tun petik pendapat orang lain. ayat penuh dia bunyi camni :

" Ada orang yang mengesyorkan supaya Melayu ini bersikap kurang ajar sedikit. Syor ini mendapat sambutan. Apa perlunya kurang ajar sedikit? Lebih baik kurang ajar sahajalah. Dengan itu maka berkembanglah pendapat bahawa tidak perlu ada perasaan terhutang budi sampai mati. Jangan ada langsung perasaan terhutang budi. Jangan berterima kasih kepada orang yang menolong kita. Memaki mereka dan memburuk-burukkan mereka tidak salah. Hanya yang diperlukan ialah bersyukur kepada Tuhan. Nikmat dan rezeki yang kita dapati bukan daripada orang yang menyampaikannya. Jika tidak orang itu, orang lain yang akan menyampaikannya. Jadi kita juga tidak perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jika tidak Nabi Muhammad, orang lain akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam. Oleh itu tidak perlulah kita mengagung-agungkan Nabi Muhammad. Memadailah dengan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sahaja."

kalau nak baca ucapan penuh klik kat sini

Tapi betul la dia ada cakap macam tu!

tapi kalau cakap ayat tu adalah pendapat Tun, itu dah kira fitnah. kutuk kata gila, otak tak betul, sesatkan orang & sekular lagi la teruk. Lain kali double check dulu kalau terima apa2 berita, betul ke fitnah. tak pasal2 dapat tiket ke neraka percuma. Ni dah jumpa Tun mintak maaf ke blom? kalau tak, Allah tak ampunkan dosa tuh..
RG : sebenornye Tun petik pendapat puak2 PAS sendiri. Tak payah nak terima kasih walaupun hari2 solat kat masjid dibina UMNO, hari2 lalu kat jalan dibina UMNO, makan beras, gula, tepung disubsidi kerajaan UMNO, naik haji lalu Tabung Haji UMNO, terbang ikut kapal terbang UMNO, dapat beribadat & hidup aman di negara yg ditakdir Allah dimerdekakan UMNO.. perasan ke tak ni? 

Thursday 4 October 2012

Tuan Guru : Bajet 2013 Tadak Nilai "Ketaqwaan"!

RG : pergh.. pedas semacam je ayat dalam picture dari fb nih. dasat dia punya "reverse psychology" tu.. 

Wednesday 3 October 2012

Konvoi Tuntut Royalti: Bukti PAS Berkiblatkan Dunia!


Dikhabarkan Nik Aziz mengetuai konvoi ke putrajaya menuntut royalti minyak kelantan. siap nak hantar 150 ribu tandatangan tanda rakyat kelantan pada najib bagi menunjukkan tindakkan dia tu disokong rakyat.
Huii.. bukan senang nak berkonvoi dari kelate nun ke putrajaya, mau lebih 300 km tuh. agak2 kalau la 1000 kereta berkonvoi (1 keta 4 orang = baru 4000 orang..) satu keta kos minyak RM100 x 1000 keta = RM100,000 untuk duit minyak je. belum masuk makan minum, penginapan, duit poket lagi. 
Kan kes dah difailkan di mahkamah. kumpulkan la segala bukti2 kukuh & hujah2 mantap, lawan kat depan hakim kalau betul2 rasa ada hak. lagi ada faedah. konvoi keluar belanja ribu2 ni tadak apa2 efect kat mahkamah pun.. membazir = sedara syaitan. Nik Aziz tak kisah ke jadi sedara setan nih?

Bab tandatangan pulak agak meragukan. betul ke 150 ribu tandatangan tu sorang2 rakyat kelate sign? agaknya Nik Aziz sendiri sign seploh kali..
Tapi tu semua selingan je, bukan la pokok pangkal artikel ambo ni.. Yang ambo konfius adalah apasal bab royalti, PAS & Nik Aziz bersungguh2 berusaha, siap buat konvoi jauh2 datang ke putrajaya lagi. tapi Kenapa dalam bab hudud, tadak konvoi2 pulak? bukan ke hudud tu asas perjuangan PAS? royalti ni tak masuk "rukun" PAS pun..

PAS cuma ceramah je keliling kampung kata parti depa perjuangkan hudud. tolak PAS = tolak hudud. tolak hudud = tolak hukum Allah. tolak hukum Allah = kapiaq. senang je matematik PAS. Tapi pelaksanaan, tadak. Royalti yang tadak kaitan pulak diusung bersungguh2 perlaksannanya sampai sanggup berkonvoi, habiskan masa, habiskan pitih, habiskan tenaga!

Paling2 ada pun pasal bab hudud ni, Nik Aziz buat statement UMNO tolak hudud. sokong UMNO jahiliah pasal tolak hudud. abis cerita. Yang dia sorok adalah zaman mahathir dulu pun, Mahathir sendiri suruh Nik Aziz betulkan dulu draf hudud diorang kalau nak diluluskan (enekmen hudud kelantan 1993) pasal banyak sangat yg tak betul (sini), tapi sampai la ni tadak tindakan & pindaan dibuat. Nik Aziz buat donno je.

Tapi bab royalti, depa perjuangkan habis2an, walaupun depa tau, bidang kuasa laut kerajaan negeri kan takat 3 batu nautika dari pantai. ada ke petronas buat pelantar minyak 3 batu dari pantai kelantan? tadak kan? semua kat tengah laut sana, dalam bidang kuasa kerajaan pusat. jadi terpulang la kepada budi bicara kerajaan pusat nak kasi. Tapi depa sanggup redah, failkan kes kat mahkamah, buat konvoi, kumpul tandatangan.. pitih punya pasal!
Sapa tak tau nasib balak kat kelantan. habih ditarah PAS. tanah rizab pun digadai dengan cara paling licik, janji jadi pitih (sini). PAS selalu tuduh sapa2 undi UMNO cuma nakkan dunia, sapa undi PAS maknanya nakkan akhirat. Tapi jaga kebajikan masjid, rumah Allah  pun fail. hakikatnya, PAS tak pedulikan pun Islam, tapi cukup terliur dengan pitih, walaupun ilmu muamalatnya cuma takat tebang balak & jual tanah semata2!

Jadi, ambo harap lepas ni PAS boleh la buat konvoi tuntut hudud dimasukkan dalam buku jingga ke rumah Anwar, rumah karpal & rumah anak beranak lim. bawak 1 juta tandatangan desak diorang terima hudud. kendian selak balik enekmen hudud 1993, pinda mana2 yg tak betol tuh. baru la namanya parti berasaskan Islam. tapi kalau tak, maknanya PAS cuma  bertopengkan Islam tapi berkiblatkan dunia!

RG : Royalti tu elok kasi direct macam BR1M, baru rakyat kelate rasa. Kalau ikut kerajaan negeri, tersekat kat "serban" Nik Aziz aje la!

Tuesday 2 October 2012

Nik Aziz Punca Berhala Bersepah di Kelantan.. Apa Kes?


Artikel luahan rasa, 
dari saudara kat kelate sana.. 
copy paste direct dari buku punya muka, 
jom baca dan fikirkan bersama2, 
moga dapat hidayah dari Allah Taala.. 

Assalamualaikum wbt. Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.

Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran Pas di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat.

Setentunya keluarga kami adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.
Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin Pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi.

Inilah yang menyedihkan kami. Selama Pas bertapak di Kelantan, setahu saya Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan.

Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan Pas adalah kerajaan yang bersih.

Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.

Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah.

Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;

1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.
2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.

Tetapi di bawah kerajaan Pas mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.

Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah Pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan.
Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan.

Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok. Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di Asia Tenggara.

Ditakdirkan Allah, kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya. Pakaian sami itu berwarna putih.

Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan. Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat. Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan. Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala, sedangkan Nabi Allah Ibrahim sendiri dengan kudrat Baginda memusnahkan berhala.
Tok sami itu memberitahu, bahawa pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pada 6 Jun 2009. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi pada 6 Jun.

Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat Siam.

Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja melibatkan belanja lebih daripada RM2 juta. Kami terkesima. Kami terfikir syiar manakah ini? Hari demi hari berlalu, namun hati kami masih lagi pada Pas.

"Kami mahukan sebuah parti Islam," desis hati kami. Pas telah sedarah dan sedaging dengan hati kami. Kami pejamkan sebelah mata. Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga Siam.

Terkeluar hal politik ketika borak. Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong ketika pilihan raya dulu. Maka tukang gunting Siam itu mengatakan beliau menyokong Pas kerana tok sami mereka berpesan jika Pas menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi.
Kami benar-benar terkejut. Allah Maha Besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami. Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal, saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi 'neutral' dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap Pas.

Ianya memang sukar, tetapi saya gagahkan jua. Saya berfikir dalam isu berhala, 'parti' manakah yang benar-benar membela Islam di dalam isu yang sememang besar. BERHALA!!!

Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum Hindu.

Terlalu ramai kah kaum Hindu di Kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lagi?. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa Hindu.

Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa 'sunyi' dan jarang mendapat kunjungan kaum Hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit.

Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di Kampung Berangan. Orang-orang kampung heboh sebentar apabila TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM50 ke dalam tabung masjid.

Kemudian beliau berangkat ke wat Siam di Tumpat setelah solat Jumaat dan mendermakan RM1,000 tanda keikhlasan dan hak sama rata kerajaan negeri.

Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang-orang di Kampung Berangan yang merupakan kubu kuat Pas. Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat Siam @ kuil Hindu di Kelantan dan tanyalah sami di sana tentang 'prihatinnya' kerajaan Pas terhadap mereka.

Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini.

Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya? Pendapat peribadi saya, demi mendapat undi kaum lain, TG Nik Aziz perlu bertindak demikian.
Kuasa di tangan beliau. Susah sangat kah ingin menolak pembinaan berhala, sedangkan Nabi Ibrahim AS bergadai nyawa memusnahkannya. ALLAHUAKBAR!!!

RG : Kelantan yang ditadbir 100% PAS pun berhala boleh bersepah.. kalau kongsi dengan PKR + DAP tadbir Malaysia lagilah dahsyat jadinya. Kenapa Allah takdirkan ni nasib kelantan dibawah PAS? cuba renungkan..

Monday 1 October 2012

Bila Azmin Bercakap Bab Moral..

RG : PR memang tak pernah ketandusan pemimpin bermasalah moral.. eleh, LGBT pun selamba je Azmin sokong, takat belanja aiskrim apa la sangat, kan? kan?

Penangan Bajet 2013 : Anwar Kena Parkinson?

RG : belom lagi tanya pasal jam omega lagi tu.. dah jumpa ke belom?