Wednesday, 4 April 2012

Jadi Ilmuan Islam? Jadi Balaci Ambiga Lagi Penting! - Mahasiswa Bersih Di Mesir

Ada la sekumpulan mahasiswa hantar memorandum meminta Yayasan Terengganu lebih profesional, mendesak (bukan merayu ataupun mohon budi bicara) tarik balik penamatan pinjaman & dengar suara pelajar . Mereka ni bagi tempoh seminggu, sekiranya tak tarik balik, mereka akan bergabung dgn kumpulan mahasiswa lain (dan jadi lebih gedebe? huiii.. takotnye ambo!)
Pelik dgn peel sesetengah mahasiswa sekarang ni. Agaknya pasal peluang belajar di universiti (dalam kes ni blajar di mesir) senang sangat diperolehi, jadi tak rasa rugi pun bazirkan masa (yg sepatutnya diguna utk mentelaah buku) ikut perhimpunan haram Bersih berketuakan seorang harbi, berdanakan sumber agen2 yahudi. tadak rasa langsung tanggungjawab yg diamanahkan pakcik2 makcik2 rakyat ganu yg rela dulukan duit pengajian agar mereka dapat nuntut limu di mesir, balik jadi doktor yg berguna pada rakyat jelata.

Ala, rilek la brader, blajar teruk2 pun tu fardhu kifayah je. berdemo ni hukumnya fardhu ain. apasal plak? kan Tuan Guru dah fatwakan, solat (rukun Islam kedua) tu pun demonstrasi juga. Jadi demo bersih ni kira sama darjatnya macam solat 5 waktu jugak. (Senang betul org bijak kena tipu dengan org yg jahil mukarab!)
Tindakan Yayasan Terengganu menghentikan pinjaman tu ambo rasa wajar kerana mereka2 yg terlibat demo bersih di mesir tu tak rasa penting pun belajar.. berdemo lagi penting! biar mahasiswa2 yg lain sedar akan tanggungjawab & amanah yg dipikul mereka (jadi ilmuan utk bangunkan semula tamadun Islam bukan perkara main2) . Dihantar jauh ke mesir, didulukan dgn bayaran berpuluh2 ribu, bukannya utk jadi balaci kafir harbi & zionis, tapi supaya jadi perintis memajukan umat islam dengan ilmu sekaligus membagkitkan kembali zaman kegemilangan Islam!
RG: Ketawa terkekek2 Ambigha si pro murtad ni. bukan susah sangat pun nak sabotaj kebangkitan tamadun Islam. Anjurkan demo sikit, kasik upah seratus dua, berduyun2 mahasiswa Islam lupa tanggungjawab memasing, rela jadi balaci jatuhkan kerajaan sendiri!

Dong Zong Tunjuk Gedebe!

Dong Zong dengan gedebe & samsengnya menuntut agar di sekolah cina, guru2nya kena pure cina. Sampaikan Timbalan Menteri Pelajaran dari MCA pun di"taichi" bagi menunjukkan betapa gedebenya mereka dalam hal ini. Sapa belakang Dong Zong ni? DAP rasis la.

Guru2 nak ngajar di sekolah cina walau tak ngajar subjek bahasa cina wajib pandai cakap cina. kalau tak pandai langsung berbahasa Melayu lagi afdal. macam kes sorang nyonya kena sound direct anggota polis pasal tak faham sepatah haram bahasa Melayu tahun lepas.
Apa matlamat mereka sebenarnya? antara lain mengelakkan wujudnya perpaduan antara kaum kat malaysia ni. Melayu kena kumpul sama melayu sahaja, cina sama cina sahaja. bila tiada  perpaduan antara kaum, senang la perselisihan terjadi dan rasa curiga mencurigai antara kaum semakin menebal. kalau melayu sama cina saling menghormati & saling memahami, macam mana parti paling rasis di malaysia, DAP nak cari makan?

Kalau ikutkan penyata razak, kalau tak jatuh haram pun, makruh hukum wujudnya sekolah jenis kebangsaan di malaysia ni. tak menyumbang pada perpaduan nasional pun. Tapi pasal melayu sendiri pun tak bersatu, kerajaan terpaksa berlembut bagi menjaga hati (dan undi) kaum lain.tu yg makin lama makin naik tocang dong zong nih.
Langkah paling utama, paling efektif (tapi jugak paling susah nak direalisasikan) bagi mengatasi masalah rasis melampau ni adalah melayu perlu bersatu. kalau PAS sekarang ni dapat hidayah nak perpaduan dgn umno (atau pemimpin sekarang yg terjal sangat dendamnya tu dah arwah, ganti dgn yg lebih waras imannya), melayu tak perlukan sangat undi cina utk terus berkuasa, baru la persatuan macam Dong Zong ni tau langit tu tinggi ke rendah, boleh diajar masak2 kenapa nama negara ni dulu Tanah Melayu!

Tuesday, 3 April 2012

Teori Konspirasi: Tindakan "Genius" Tuan Guru Demi Rakyatnya?

Mungkin ramai (terutama mereka2 terlebih bijak) yang pelik dan hairan dengan langkah Tuan Guru untuk tidak membina banyak masjid di negeri serambi mekah. Tapi bagi sesetengah yang lain pula (yang kurang bijak, nak kata jahil mukarab tu biaDAP sangat..) takde apa yang menghairankan pun..ada yg lebih hairan malahan hangin satu badan dengan berita topup naik 60sen dari berita pasal masjid di negeri Tuan Guru. persoalannya, apakah "rasional & hikmah" disebalik keputusan Tuan guru ini? mari kita "konspirasikan" bersama.

korang mesti dah tahu masjid ada bermacam2 fungsi bagi orang Islam (iktikaf, kiamulail, kelas mengaji dll) dan ada juga yang kata masjid turut ada fungsinya bagi golongan kapiq (tempat senam erobik pakai baju ketat, sampaikan tazkirah kat saf pertama dll..tapi ye ke?). Apapun fungsi asas masjid adalah tempat orang solat berjamaah.

Fatwa Tuan guru pada tengah tahun lepas menegaskan bahawa solat tu satu demonstrasi pada Allah swt. kalau solat sesorang tu maknanya demo sesorang la, kalau solat berjamaah tu demo reramai (berani betul diorang ni!!) "satu tindakan genius perlu diambil untuk mengatasi masalah ni dengan cara yang paling berhikmah dan dapat diterima ramai" bisik Tuan guru

kalau Tuan Guru nak tegah secara terang2an demo pada Allah ni mestilah ramai yang melenting & membantah. "Apa nama jer parti Isle, tapi dok tegah orang sembahyang nih?" gitu la agaknya protes orang ramai.

Maka tuan guru mengambil langkah "rasional" dan "Istiqamah" untuk tidak membina masjid di kelate sejak lebih doploh tahun lalu. Bina pun ade la sebijik, boleh la buat ada2. kurang masjid maknanya kurang la orang berdemo pada Allah, bijak betul idea tuan guru. Keizinan yg diberikan untuk membina beberapa "berhala" bersaiz mega juga mungkin untuk "mengalihkan" tumpuan umat berkenaan hal2 masjid nih...itu ambo kurang pasti.

Masjid sedia agaknya ada boleh la bertahan 4-5 tahun lagi, kalau ahli kariah rajin repair, boleh la sampai 7-8 tahun lagi. bahkan sekarang pun dah ada masjid dekat nak roboh, makin kurang la orang berdemo pada Allah. kalau ada pun dalam keadaan terkawal. Ye la, kurang masjid senang sikit nak pantau, ye tak? Faktor2 lain seperti adanya bakteria e-coli "bermaustatin" di dalam air paip masjid juga boleh menyumbang kepada "usaha murni" Tuan Guru ni..Macam mana? hang pikir sendiri!

Dijangka pada tahun 2020 bersamaan 1441 H nanti negeri kelate akan menjadi negeri pertama yang bebas dari "demo berjamaah" pada Allah sedangkan negeri2 lain makin ramai yang berdemo setiap hari bahkan setiap minggu. Pasti tuan guru tersenyum bangga dengan pencapaiannya (kalau beliau hidup lagi la!)

Jadi tuduhan2 yang mengatakan bajet bina dan repair Masjid di kelate "tersekat" di "poket" dan "serban" tuan guru serta kroni2nya adalah tuduhan liar dan berniat jahat. Tuan Guru benar2 konsisten "membendung" gejala berdemo pada Allah nih, hinggakan kalau la Masjidil Haram & Kaabah tu terletak di negeri jagaan beliau, maunya di"sealed" rapat dengan plastik bertanda "keep out" dan "no entry" bagi mengelakkkan sesapa berdemo disitu..

Gitu la serba sikit kisah idea "Ikhlas" dan "pengorbanan" Tuan Guru demi "kemaslahatan" umat, tapi korang jer yang x nak percaya.. lepas ni sesapa yg berani persoal hal ni siap la kene doa pecoh perut, lagipun Tuan Guru dah "level up" jadi "nabi'...siap la korang!!

Tanda2 Anwar Dah Lama Tak Pekena Karipap Daging?

Bapak Anwar Bin Ibrahim mintak ahli akar umbi umno berhenti fitnah dia lagi pasal dia tak pernah ada sebarang masalah dengan mereka

- Bersyukurlah Anwar, ahli umno tak pernah fitnah hang pun. rata2 cuma mendedahkan sikap dan peel Anwar sebenar aje yg dilihat cukup gemar memfitnah (Najib Altantuya, umno Apco dll. suruh bersumpah takut pulak) belum kes gadai kalimah Allah lagi.
Walaupun dirinya dihina, dimaki & dipukul dalam penjara dulu, Anwar bersyukur kerana rakyat bijak & diberi akal untuk menilai

- dipukul dalam penjara? tu yg sakit tulang belakang tu? apasal sakit masa depan khayalak aje? dalam hospital ok aje? (klik sini) Anwar lagilah bersyukur kalau rakyat bodoh dan tak guna akal utk menilai (kalau tahap taksub macam juak2 PKR lagi la dia suka!)  
".. dipukul bukannya saya bergaduh dgn org bawahan umno tapi saya hendak bela rakyat dan tak mahu rasuah berterusan oleh mereka yg salahgunakan duit rakyat.."

- HAHAHA!! sapa yg tabur duit semata2 nak pancing sokongan jatuhkan Allahyarham Ghaffar Baba? Sapa yg kasik duit pd Azmin & bininya yg gaji RM 2ribu sampai dia mampu beli saham juta2 (1992-94)
Reverse psycology Bapak Anwar Bin Ibrahim. Hari ni buat muka kesian, kata dia tadak salah dgn sesapa, suci lagi mithali.. Esok sambung balik HANCUR! HANCUR! Sesumpah betul la!

Monday, 2 April 2012

Video Murtad : Layan Mak Lampir Lagi Best! - PAS Selangor

Kalau dikata Parti Islam, memperjuangkan Agama Allah pastinya jadi manhaj perjaungan nombor wahid. Apa saja yg berkaitan Islam pastinya diutamakan sebagaimana utamanya tabung dema Jihad masa ceramah hujung minggu. sanggup istihar Jihad mempertahankan surau playwood dari diroboh Khir Toyo tahun 2003 dulu (roboh utk bina masjid, bukannya shopping komplek.. pun salah?) 

Pastu kalau namanya Tok2 Aji & Pak2 Lebai kampung memang komited menyokong Parti Islam ni. Sampaikan kalau Imam masjid/surau bukan ahli PAS automatik dilabel 2nd class. kalau terang2 sokong UMNO lagi la dicop 3 class, pasal UMNO tu dikata sekular, politik suku, agama suku dll. Pendek kata, tak sempurna iman kalau tak ahli PAS!

Tapi tu dulu la!
La ni, bila ada pendedahan pasal murtad, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani kata itu isu kecik aje. dan jangan salahkan Dr Rani pulak, pasal dia dapat arahan PAS pusat supaya benda ni tak perlu dilayan. Dia cuma "yes man" parasit aje. Fuh dasat betul efek parasit cap mata satu (yg dikata 70% di PAS pusat) PAS = Parasit Anwar Selama-lamanya?

Jadi, kalau isu murtad pun dikira kecik, apa pula yang besar dan lebih diutamakan? Ikut PAS pusat, yg utama adalah pengundi hantu, rasuah dll. Hal2 dunia rupanya lagi tinggi darjatnya dari mempertahankan syahadah, rukun Islam pertama! Patut la PAS boleh sebantal dengan DAP harbi, sekatil dgn PKR illuminati.. 
Jadi apa pula keutamaan Dr Rani? cegah murtad? kompom tak. pengundi hantu? (mak lampir pun masuk spesis hantu kan?) rasuah? (kaut pasir sampai Selangor berlubang tapi hasil tak sampai target 150 juta..) Agaknya dia masih mengidamkan jawatan exco. Maklum la, kekosongan jawatan hari tu pun adalah hasil "titik peluh" dan "penat lelah" beliau!
RG : Tok2 Aji & Pak2 Lebai sekarang pun dah segan nak mengaku PAS. Ramai yg mengaku bebas dari dikata ahli parti yg gadai kalimah Allah..

PTPTN : Kalau Tak Tipu Bukan Bapak Anwar Bin Ibrahim Namanya!

Bapak Anwar Bin Ibrahim memang terkenal sebagai kaki kelentong & pakar temberang. kalau dah atas pentas, pastu microfon kat tangan, kalau tak "kencingkan" audiens barang sebaldi dua memang tak sah, maunya kena parkinson jam tu jugak. 31 Mac hari tu dengan selamba dan tanpa segan silunya Anwar menipu di satu sesi dialog anjuran Pejabat Punahsihat Ekonomi Selangor. 
Turki tadak hasil minyak pun mampu beri pendidikan percuma sampai universiti! Jadi PTPTN wajib dimansuhkan! Jom tiru macam Turki! Agaknya bersorak & bertakbir la juak2 PR masa mendengar fakta auta Anwar ni. Siapa yg paling terkesima? mestilah murahsiswa2 pro PR yg lebih gemar berdemo di jalanan dari mengikuti kuliah dalam dewan. bila graduate result cikai (tak pun kena tendang sebelum sempat graduate) tak dapat kerja nak bayar pinjaman, melalak la diorang, kata kerajaan zalim dan tadak peri kemanusiaan.
Betul ke di Turki, 
pendidikan percuma sampai universiti? 
huh.. jauh panggang dari api! 
sesapa tiru perangai Adam Adli, 
berdemo nakkan pendidikan free, 
"dikuliahkan" dalam "kandang pat segi", 
bukan stakat 3-4 hari, 
10 tahun pun belum tentu bebas kembali. 
Macam inikah yg Anwar nak contohi?, 
zalim tahap kuku besi. 
yg sokong pun takkan tak tau IT, 
google fakta di internet takkan tak reti?, 
cuma tahu menyokong membuta tuli?
Anwar macam biasa berpeelkan yahudi,
tak rasa bersalah pun kelentong orang dengan auta macam ni. 
Ala, juak2 PR kan cuma genius sikit dari labi2. 
fakta kencing pun bukannya diorang nak semak & kaji. 
nak terbang ke turki check sendiri jauh sekali. 
kalau kantoi pun masih ada back up strategi, 
Di turki pendidikan takde subsidi? 
tu semua salah UMNO lah ni!!

sumber : klik sini

RG : ingatkan nak taip biasa2 je, tapi jadi syair la pulak.. ahh gasak la!!)

Sunday, 1 April 2012

Lynas : Lim Kit Siang Jadi Pakar Rare Earth Pulak..

Dalam blog Kit Siang hari tu,  ada pulak tulisan nak mengajar bab lynas corp. bagi mereka2 yg jahil (dan warga Australia). dikata jugak yg rakyat Malaysia sini dah celik bab rare earth nih, tolak kilang beradiasi dan mencemarkan alam sekitar. secara umumnya, artikel tu kata banyak la keburukan kilang rare earth, pencemaran, radiasi, masalah kesihatan pekerja & penduduk sekitar dll. diambil contoh beberapa kes di amerika & china tentang efek buruk kilang serupa lynas ni. 
kalau ikut logiknya, buat apa pun kat atas dunia ni ada risiko. Sebab tu la kena ada garis panduan, kaedah dan prosedur bagi mengurangkan risiko ke tahap minimum. contoh macam pertanian, kalau tak ikut prosedur boleh menyebabkan pencemaran sungai dan menjejaskan air minum rakyat (macam kes kat cameron highland) Jadi, nak buat kempen bantahan anti pertanian?? 
Pandu kereta dia jalan raya kalau tak ikut peraturan lalulintas pun risiko eksiden mencanak naik. tiap2 tahun beribu rakyat Malaysia mati atas jalan raya. jadi, nak buat kempen anti memandu atas jalan raya??
Kita sedia maklum dengan sesema babi, virus JE dan seribu satu macam risiko & masalah berkaitan najis muhalazah ni. tapi, kenapa masih ada yg ambil risiko nak ternak secara besar2an kononnya dengan kandang berteknologi moden? patutnya diharamkan sama sekali ternak najis muhalazah di negara Islam Malaysia ni.
Hatta ternak kambing yg sebahagian sunnah Rasulullah pun ada risiko kalau tak ikut kaedah dan prosedur (tapi tak la mudarat macam ternak babi) Kalau tak masalah berkaitan batang tubuh kambing tu pun (bau, lalat dll) risiko bab pengurusan oleh manusia boleh menyebabkan duit rakyat rugi juta2 (tak percaya tanya Husam Musa, duit rakyat habis tapi jangan kata kandang, tahi boer pun takde..)

Sebab tu la ditubuhkan jawatankuasa khas parlimen berkenaan Lynas bagi memastikan perjalanan kilang rare earth tu ikut kaedah dan prosedur yg ditetapkan, sekaligus mengelakkan bencana yg tak dingini. itu pun pembangkang boikot. Apasal? Tapi pakai produk ada rare earth takpe pulak (iphone, ipad, keta hybrid, tv flat screen, laptop, PC dll) Semuanya kerana kepentingan politik & taikun2 rare earth negara China. Double standard betul..
RG : kalau bab industri kegemaran DAP & Bapak Anwar Bin Ibrahim iaitu chinadoll, LGBT & yg sewaktu dengannya memang takde kebaikannya walau 100% ikut prosedur. Tapi haram PR nak buat kempen boikot benda ni.. Makin sokong ada la!