Tuesday 28 August 2012

Edisi Syawal : Kisah Abu Nawas Vs Imam Hanbali

Al-kisah nak dijadikan cerita, pada suatu petang Imam Hanbali sedang mengajar hadis2 nabi kepada anak2 muridnya di masjid kota baghdad, tiba2 datang abu nawas nak menguji kebijaksanaan Imam Hanbali. Kononnya dia ada 3 masaalah yang ingin ditanyakan. Imam Hanbali pun berhenti sebentar mengajar anak2 muridnya untuk melayan kerenah abu nawas.

Abu Nawas berkata penduduk kota Baghdad dilanda masalah yang serius. masalah pertama orang2 di kota Baghdad termasuk  dia sendiri sering bersaksi pada benda yang mereka sendiri tak pernah lihat. kedua, mereka selalu makan bangkai. ketiga, mereka kerap kali melarikan diri dari rahmat Allah.

Anak2 murid Imam Hanbali marah dengan soalan pelik + mengarut + tak masuk akal abu nawas, bahkan ada yang mahu menghalaunya keluar masjid kerana sengaja menganggu mereka menuntut ilmu. Namun dihalang Imam Hanbali. dia sedar Abu nawas mahu menguji kebijaksanannya.

Imam Hanbali berkata Abu Nawas bersaksi pada sesuatu yang dia tak pernah lihat adalah dia bersaksi tiada tuhan melainkan Allah, walhal dia tak pernah melihat Allah sendiri. Bahkan semua muslim bersaksi sekurang2nya 9 kali sehari dan ianya bukanlah perkara yang pelik.

Kedua, makan bangkai yang dimaksudkan abu nawas adalah ikan, kerana ikan tidak perlu disembelih. 

Ketiga, maksud abu nawas melarikan diri dari rahmat Allah adalah jika hari hujan, semua orang akan berlari mencari tempat berteduh walaupun hujan itu disebut rahmat dari Allah.

Abu Nawas tersenyum dengan kebijaksanaan Imam Hanbali menyelesaikan "masalahnya". Namun dia ada satu soalan tambahan, bukan untuk Imam Hanbali tetapi untuk para muridnya.

"percayakah kamu kalau aku katakan pahala solatku jauh lebih banyak dari pahala solat guru kamu, Imam Hanbali?" tanya Abu Nawas. Anak2 murid Imam Hanbali hangin kerana melihat Abu Nawas sengaja nak menjatuhkan air muka Imam Hanbali di hadapan murid2nya sendiri. Namun mereka masih menjaga adab kerana berada dalam masjid.

Salah seorang dari mereka bangun dan berkata "mana boleh. Tak mungkin. Imam Hanbali seorang ulama besar yang fasih bab Al-Quran & As-Sunnah sedangkan kamu hanya seorang pelawak istana"

Abu Nawas berkata "Aku sudah berkahwin manakala Imam Hanbali masih bujang. Bukankah Nabi ada bersabda : pahala solat orang yang berkahwin itu 27 kali pahala solat orang yang bujang? jelas bahawa pahala solatku berkali ganda dari pahala solat Imam Hanbali."

"Nabi juga ada bersabda : wahai para pemuda, sesiapa yang berkemampuan untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, kerana dapat menundukkan pandangan dan membersihkan kemaluan daripada yang haram. Dan sesiapa yang belum mampu berkahwin, hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu pencegahnya. Adakah Imam Hanbali belum mampu berkahwin?"  

"Kemudian Nabi juga ada bersabda : Berkahwin itu sunnahku, sesiapa yang membenci sunnahku maka dia bukan dari golonganku. Mustahil mereka yang mendalami As-Sunnah tidak tahu perkara ini"

Imam Hanbali hanya mendiamkan diri. macam tu juga anak2 muridnya. kemudian Abu nawas pun meninggalkan tempat mengajar tersebut. Diberitakan tidak lama selepas itu, Imam Hanbali telah bernikah dengan seorang gadis solehah pilihan ibunya. sekian, terima kasih.
RG: saja ambo bawak cerita ni lepas lama tak update blog. bulan Syawal ni ramai jugak yang buat majlis walimatul urus, ikut sunnah Nabi. Contohnya Ustaz Don.. tahniah Ustaz! selamat pengantin baru!




No comments:

Post a Comment

Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..