Saturday 24 March 2012

Hutang Negara Malaysia : Jom Berhujah Bab Ekonomi Sikit..Part 2

7. Haa!! ko tau tak had hutang Malaysia adalah 55% KDNK? maknanya tinggal 2 persen je lagi. Ibarat nyawa dah sampai ke halkum dah. Nazak tu!
sapa yang tetapkan had 55% ni eh? Kerajaan la (akta pembiayaan kerajaan 1983) Jadi tadak masalah pun kalau kerajaan nak pinda, naikkan had tu berdasarkan keperluan semasa, macam kerajaan Amerika buat tahun lepas (diorang hutang lagi la dasat, sampai 102% KDNK. harap2 kita tak terdesak sampai tahap macam tu..).
8. Apa bukti kerajaan mampu turunkan hutang setinggi 53% ni? Jangan berhutang je pandai, bayar balik tak pandai!
Tahu tak bahawa hutang 53% bukanlah yang tertinggi dalam sejarah Malaysia? 1986 hutang  Malaysia lebih kurang 100% KDNK. Malah 1987 hutang lebih tinggi dari KDNK!. tapi kerajaan mampu kurangkan jumlah hutang tu ke paras 41% (2007) Maknanya kerajaan pernah turunkan hutang dan mampu lakukannya.
9. Eleh.. tu time Anwar dalam kerajaan, memang la kerajaan boleh perform baik.. Anwar punya jasa la tu!
Anwar punya jasa?? HAHAHAHAHA!!! Apa kelulusan Anwar? Ijazah sarjana muda sastera UM 1971 ( 3rd degree pulak tu..) = pakar ekonomi? HAHAHAHA!! macam kata Wak Samaon yg blajar takat darjah 3 zaman jepun dulu tolong upgradekan PC ambo dari win xp ke linuxmint 12 (perumpamaan: sori Wak Samaon, ambo gurau je..) Hakikatnya, masa Anwar jadi Menteri Kewangan, dia cuma berfungsi jadi tukang baca bajet dan tukang perabih harta rakyat. Bukannya Anwar langsung tadak jasa, tapi jasanya ciput sangat, mudarat pulak lebih. dah macam arak pulak. sebab tu la minum arak haram.. Harap2 Anwar dapat hidayah & berubah. Eh, apa pulak menjajau cerita pasal anwar ni. balik pada topik hutang Malaysia la.

10. Kalau Malaysia diumpamakan orang bekerja gaji RM 2000 sebulan, hutang 53% maknanya RM 1060 perlu diguna utk buat bayar hutang aje.. Baki RM 994, macam mana nak bajet utk belanja makan, minyak keta, bayar rumah, bil dll. Mane cukup! 
kalau perumpamaan camtu, katakan Jepun diumpamakan jugak orang bergaji RM 2000 sebulan, dengan hutang 200% bukan aje tak cukup bajet, malah terpaksa pinjam sesapa (hutang lagi..) RM 2000 utk langsaikan hutang! Singapore pulak dengan hutang 96% hanya ada baki 4% gaji (RM 80 aje..) makan mee segera la nampaknya.. belum kira minyak keta, bayar rumah, bil dll. nampaknya Malaysia jauh lebih baik urus ekonomi dari Jepun & singapura!
Hakikatnya, hutang negara tak perlu dibayar sekaligus tahun tu jugak. sebaliknya dijadualkan ke tahun2 berikutnya (bayar ansur2 macam bayar sewa beli rumah.. itu kebaikan berhutang dalam negeri) sebab tu la Jepun masih sihat wal-afiat lagi, Singapore pulak masih mampu tambah koleksi kapal selamnya lagi.. macam takde apa2. Malaysia lagilah ok. Dan hutang bukan satu2nya faktor penentu jatuh bangun ekonomi negara. Pentadbiran Malaysia sekarang tengah buat yg terbaik, betul! (tapi masih ada ruang untuk diperbaiki..)

11. Huh.. Malas la nak layan ko ni.
Habis dah? Ok la, Kesimpulan bab hutang negara Malaysia. Sebenornye iklim ekonomi dunia masih lagi dalam keadaan lembab, pemulihan akibat kemelesetan ekonomi 2008 masih perlahan. kerajaan jepun bukan sesaja jer nak pikul hutang 200%. kerajaan singapore pun bukan suka2 nak tanggung hutang 96%. begitu jugak Malaysia. Tetapi keadaan ekonomi dunia memaksa hutang dibuat (dengan kaedah yg selamat) Inilah keadaan dimana kita semua rakyat malaysia perlu bersatu & berkerjasama.
Kerajaan mesti memastikan ekonomi negara kekal dilandasan yg betul. kejayaan kerajaan menarik pelaburan langsung asing, FDI (seperti di Iskandar johor) patut di teruskan. Jangan lupa turunkan hutang bila ekonomi dah stabil. Selain itu, ada beberapa aspek yg boleh dan wajib ditambah baik contohnya elakkan pembaziran, penyeludupan, ketirisan, kontroversi dan mintak Najib suruh Datin Rosmah pakai tudung (hehe.. penting jugak tu) 
Pembangkang pulak perlu profesional. Kalau tak sesama sumbang idea nak majukan negara pun, tak menyusahkan kerajaan dgn hal remeh-temah pun dah cukup baik. Ini tak, dalam parlimen jadi sarkis, luar parlimen apatah lagi. (fitnah, rusuhan, demonstrasi dll) Berpolitik 25 jam sehari, 8 hari seminggu. Jangan rosakkan keamanan yg merupakan asas kemakmuran. Jalankanlah tugas diamanah rakyat sebagai pengimbang kerajaan dgn ikhlas dan beretika. baru rakyat respek! 
rakyat pun kena berusaha jugak. yg tadak kerja, cari la kerja, jangan memilih sangat. kalau tak pun, cuba2 la berniaga kecil2an ke, bertani ke. Kat Malaysia yg aman ni, rezaki halal ada dimana2 asal nak berusaha. Pastu tanamkan azam utk dapatkan pendapatan atas RM 3000, bayar cukai pendapatan bila cukup tahun, sesama bantu majukan kerajaan. setakat merempit kehulu-kehilir, berfb berjam2, tapi takde hasrat menyumbang kepada negara.. tak berguna satu sen pun! 

- RG

7 comments:

  1. hahahaha..
    Huh.. Malas la nak layan ko ni.
    hahahaaa..

    ReplyDelete
  2. walau hebat cam mane pun hujah kamu,ingat. rasuah masih berleluasa di negara kita.pemberian br1m, ke baucer buku ke,semua 2 adalah short term shj.itu adalah politik wang semata-mata.kenaikan gaji x sama rata iaitu hanya pd guru, askar,polis shj.tp waktu yg sama harga brg terus meningkat,bebankan rakyat.teknologi yg kt ada sekarang ni adalah teknologi barat, bkn hasil rekaan kt sendiri.ingt barat respect kt ke dgn pembinaan bangunan yg membazir duit rakyat tu?buat apa spending bnyak duit bina kl tower,klia,klcc tp yg derita kenaikan cukai dan brg adalah rakyat kt sendiri? kejatuhan mata wang malaysia 1997 adalah angkara kerajaan kt sendiri main forex,rugi banyak,knapa salahkan anwar?.skrg ni malaysia dh diberi amaran pertama krn hutang 400 billion.jika bertambah lg hutang tu,malaysia akan jatuh kredit,jd negara miskin.pelabur asing x akan melabur di negara kt.kesan drpd itu kadar interest pinjaman akan meningkt.kadar menganggur meningkat.malaysia takkan mampu buat pinjaman yg banyak lg sprt sebelumnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni cara orang cakap tak paham ekonomi..heheh

      Delete
    2. aku setuju dengan anynomous 19 February. anynomous 27 February mungkin faham ekonomi tapi tahulah beza utama Jepun, Singapura dengan Malaysia mereka mampu bangunkan teknologi sendiri. barang malaysia hanya laku di pasaran dunia sebab murah. itu hakikatnya

      Delete
  3. hutang time dsai 70%..lebih tinggi dri skang ni..hutang byk x pa..asalkan menggunakan 1 matawang iaitu duit kita sendiri...hutang yg dibuat oleh rakyat malaysia time nk bli umah ka..kereta ker...so x perlu risau la..japan leh hutang 200% kdnk diorg..tp hutang luar negara sgt kecil..sbb tu diorg berani dan x efek krisis ekonomi...

    ReplyDelete
  4. Gua sokong.. Bagus punya artikel. Pembangkang niii bodo tak ngajii yang lepas university tuu pun jenis happy-happy bukan ambil tau sejarah dunia, sejarah Malaysia, ekonomi Malaysia, ekonomi dunia. Mengapa kita Berjaya, Mengapa DEB wujud, 13 Mei dan sebagainya.. Bab ekonomi yang jelas bab minyakkk... Itu pun tak leh fikir. Tak tau baca kesan terhadap Negara akibat perbezaan harga di singapura dan Thailand.. Tak baca kes penyeludupan akan bertambah dan kesan sampingannya... Saya dari tingkatan 1 ( la ni dah umor 40 tahun lebih )dok baca Rizab bank Negara... Stabil jeee. Dari zaman Dr. M sampai Najib Rizab Negara stabil jee. Bab tuu pun entah tak tau..
    Anwar nii patut kita dedahkan pembohongannya sebab rat-rata penyokong dia percaya dia yang selamatkan ekonomi Malaysia... Muka tak tahu malu langsungg! Nampak hina sangat... tak tau malu.. Orang lain punya jasa dia mengaku jasa diaa. Apa lee jenis munafik niiii.

    ReplyDelete
  5. sorry tak baca komen 19.. Aku sangat marah orang yang bodo cam niii tapi tunjuk pandai... Dok cakap teknologi, dok cakap bab bangunan tinggi.. Tuu laa orang yang tak tau sejarah Negara... Tu dia orang yang tak kreatif, otak beku... Dia ingat senang tadbir Negara.. Sape yang buat demo nak hilangkan keyakinan pelabur, sape hina polis dan askar untuk pelabur tak yakin akan keteteraman dan kestabilan Negara.? Ini juga bab ekonomi laa bodo. Siapa yang kutuk proton dan nak kereta impot mewah? Pas perintah Kelantan,PKR Selangor mana ada idea? Setakat jual Tanah memanglah senang dapat duit. Itukan kerja Melayu dari dulu sampai sekarang hingga kerajaan gubal undang-undang bagi ketat sikit. Tak tau sejarah lagiii....bodo betul. Yang beli Tanah Cina lah dan yang untung mestilah broker Tanah ... siapa yeeee broker Tanah untuk kerajaan selangooor? Lepas tuu duit bolehlah stabilkan akuan nak tunjukk pandai urus ekonomi.. Ingat orang bodoh macam kau.. Buat bangunan tinggi.. sape nak suruh orang hairannn... tulah bodo tak belajar bab ekonomi pelancongan, bab perpindahan teknologiiii. Ingat buat jambatan pulau pinang tuuu senang ka kalau tak biasa buat... Laa nii kita dah ada kepakarannnn.. Itu bab ekonomi jugaa bodo... Bab rasuah sedap je cakap... Anwar yang tak keja tuuu bila masuk Umno terus keluarga dia kaya raya awat hang tak marah tapi sokong pula... memang hang munafikkk.. Fitnah? Hah aku ni masa orang semua dok bersedia anwar nak jadi PM dan orang Pahang stanby najib nak jadi TPM dah tau perangai anwar.. Aku cakap semua tak caye. Aku kata anwar tak akan jadi PM semua tak caya.. Tapi pelik ada seorang cikgu Cina pompuan percaya... Dia ni setiap bulan gaji di potong 10 peratus untuk missionary. Dia Tanya kita orang Islam potong gaji tak??? Malu saya nak jawabbbb.. Dia kata anwar tak boleh percaya... Haaa dah dekat 20 tahunn orang cina kata anwar ni tak boleh dipercayai. Satu lagi tak baca harga minyak bret dah 104 dollar setong ( tahu tak apa minyak bret - sorrylah kalau salah eja)Jadi harga barang tunggu masa jee.. Tu lah bodoh ekonomi.. kalau dalam Negara turun harga minyak tak semestinya harga barang akan turun.. Ingatlah tauke barang adalah kawan anwar si cina tuuu... Depa nilah yang tentukan harga barang. Emas dalam Malaysia lebih mahal dari luar sebab apa?? Kenalah Tanya tauke emas Malaysiaa. Harga besi mahal dari luar sape ye taukenya.. Ayam? Ladang mana yang besar yee? Kalau nak tau rahsia.. cina ni tetapkan harga barang secara muafakat... Dia buat mesyuarat bukan macam orang melayu.. dia orang buat masa makan malam, masa parti makan..kita ingat parti tapi ada agenda lain.. Itulah sebabnya pekedai selalu cakap " Hai manyak susah laa.. sekalang.. bulan depan harga mau naik lagi.. saya mau jual macam mana..." Itu tanda dia orang dah buat keputusan... Habis salah sape cina kaa kerajaan??? Barangkali orang bercakap nii ( 19) tak faham ekonomi manopoli... Kawalan harga dan sebagainya ...bodo laa tuuu.. Yang pasti anwar tuuu banyak dosa kat rakyat Malaysia... Buka kitab kajilah perangai anwar.. anda akan jumpa.... dia pastinya bersifat munafik.

    ReplyDelete

Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..