Wednesday, 11 April 2012

Mahfuz Nak Sabotaj PKR? Berani Betul!

Mahfuz dengan berani dan konfidennya mempengerusikan API bagi menangani isu warga asing diberi kerakyatan dan mengundi dalam PRU 13. Gertakkan Mahfuz ni mungkin menyebabkan pemegang mykad berkod 71 terketar lutut, terkencing dalam seluar bahkan tercirit macam terminum sebaldi air paip dari negeri Tuan Guru yg mengandungi e-coli.. dasat tuh!
Tapi mungkin jugak ramai yg akan gelak guling2 macam tengok citer Mr Bean bila mana Mahfuz memulakan tugasnya membasmi rakyat asing bermykad ni. Kalau nak mulakan usaha murni ni, mestilah bermula dari sahabat2 sendiri kan? Namun beranikah Mahfuz nak ketuk pintu pejabat PKR utk menjalankan tugasnya sebagai pengerusi API? Jom kita bayangkan sesama jap..
Round 1 : Mr Bean vs Mak Lampir
Uih.. ibarat clash of the titans! Mr Bean vs Mak Lampir. pakar lawak kurang cerdik (nak kata bodo tu kesian pulak..) lawan makhluk angker yg diimport dari luar negeri. Kalau tengkuk Mr Bean tak rabak, medulla oblongata tak dibuat begedil oleh mak lampir tu kira nasib baik sesangat la..
Round 2 : Mr Bean vs Pakar Kaunseling
Hmm.. lawan pakar kaunseling yg rajin berkopiah & ber "ana ente" ni complicated sikit.. ye la, kat depan memang nampak baik, suci lagi mithali, tapi risiko bini kena sesi kaunseling jam 2 pagi amat besar! ambo yakin Mr Bean lebih rela gosok gigi beruang kutub dari carik pasal dgn pakar kaunseling bertuala putih nih!
Round 3 : Mr Bean vs Kekasih Gelap
HAH.. yg ni ambo cukup yakin Mr Bean takkan berani nak buat apa2 pun. Jangan kata nak sound direct, nak mintak check IC dia pun tak berani! silap2 kena tulah "Anugerah Tuhan" yg jugak "Imam Mahdi", yg mana kesannya kompom jauh lebih dasat dari doa pecoh perut Tuan Guru!
Ambo dulukan ucapan jutaan tahniah kalau Mahfuz betol2 komited nak benteras warga asing kod 71 ni.. dan jugak ucapan takziah kalau beliau ditakdirkan "gugur syahid" sebaik sahaja meninggalkan pejabat PKR A-1-09, Merchant Square No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1, Petaling Jaya!

Tuesday, 10 April 2012

DAP Kagum Pada Semangat Membalacikan Diri PAS!

Ambo masih tak paham kenapa PR bersungguh2 benor membantah Lynas. Nak kata diorang ni alegic dengan radiasi, ngadap komputer, pakai iphone & tengok tv flat screen pun ada radiasi jugak, bahkan lagi tinggi kadarnya dari tanah jarang yg nak diproses di lynas. Hatta cahaya matahari pun ada radiasi, tapi diorang tak kisah pulak, bahkan ngajak orang ramai berjemur di dataran merdeka 28 april ni. pelik..
Bila mana nak ditubuhkan jawatankuasa pemantau di parlimen, PR boikot belaka. kalau nak buktikan lynas tu bahaya, patutnya diorang la yg akan berebut2 nak jadi anggota jawatankuasa pemantau ni. kalau ada bukti  kemudaratan, pencemaran pada alam sekitar, bentangkan di parlimen supaya lynas ditutup. ini tak. sorang pun tak berminat, termasuk la Bapak Anwar Bin Ibrahim. Kalau ahli jawatankuasa pemantau BN belaka, ada kemudaratan pun mungkin diorang "sapu" bawah karpet jer. Betul ke PR prihatin pada alam sekitar? pelik..
Dan lagi bila ada demo camni, masjid pulak dipilih jadi lokasi. agaknya ikut ajaran Tuan Guru, solat tu demo, jadi demo tu setaraf dengan solat jugak. tu yg kena buat di masjid. kalau dah di masjid, orang Islam la yg jadi sasaran.. Hal camni kompom mengundang perpecahan umat, ada yg sokong, ada yg tak sokong. walhal masjidlah tempat sepatutnya kita bersatu. orang kapiaq tinggal gelakkan dari jauh..
Negara china menguasai bekalan rare earth di pasaran dunia macam Negara arab menguasai bekalan minyak. bila kerajaan malaysia nak buat kilang rare earth jugak, nak pecahkan monopoli pasaran, taikun2 rare earth china tak suka. disuruhnya proksi komunis di malaysia (DAP la, sapa lagi..) sabotaj benda ni. tapi DAP sebagai tuan besar dalam PR, mengarahkan balacinya, PAS buat kerja, demo sana-sini. bila umat Islam nak maju, kalau masih ada yg redho, wala bahkan komited membalacikan diri pada si kapiaq untuk melawan saudara sendiri?

Haji Hadi Ada PhD?

Ambo sebenarnya malas nak komplen orang yg nampak beragama, yg berjubah berserban pasal sangka baik diorang2 ni nak ikut sunnah Rasulullah. Tapi yg malangnya, peel dan tingkah laku sesetengah mereka ni huduhnya ngalahkan orang majusi, dekat sama taraf dengan akhlak orang yahudi. Hasad dengki, busuk hati, mengutuk, mengata, sangka buruk sesama muslim & yg sewaktu dengannya dah macam makan nasik. satu hari tak berpeel macam ni mau mati kebulur agaknya.
Kalau kerajaan nak menjalankan tanggungjawab, nak membantu & meringankan beban rakyat tak perlu la kita komplen, tuduh memacam. Nabi tak ajar semua tuh. Agaknya pasal kita tak dapat apa2 political millage, maka laju je mulut menuduh semua tu rasuah, haram & sebagainya. Tu yang rasa payau je nak sokong diorang ni..

Nasihat ambo, berenti la bersangka buruk sesama Islam. Kalau benda baik, sesama la kita sokong, kalau tak baik, sesama la kita tegur..Dah pakai serban, pakai jubah tu dah elok, tapi akhlak Nabi jangan la tak dipakai pulak..

Monday, 9 April 2012

Tuan Guru Ditipu Muridnya Sendiri..

Gambar Hiasan semata2
tadak kaitan dengan cerita..
Kisah tuan guru bernama Barshisha,
punyalah hebat dan tinggi ilmunya,
dikhabarkan anak2 muridnya mampu terbang di angkasa,
para malaikat kagum dan memuji kehebatannya,
Namun kemudian berfirman Allah taala,
Tuan guru bakal mati dalam keadaan kafir & hina.


perkabaran didengar Iblis durjana
maka bersegeralah dia menjelma
menyamar sebagai seorang pemuda
kononnya mahu bimbingan alim ulama 


tuan guru menerima dengan tangan terbuka
maka beribadatlah Iblis di rumahnya
tiga hari tiga malam dia berjaga
tiadalah dia tidur walau seketika
hairan dan takjub tuan guru dibuatnya
dasatnya beribadah, apa rahsia?


Tuan guru memuji2 kehebatan murid barunya
iblis membalas ibadatnya biasa sahaja
jika dibandingkan Ibadah Tuan Guru 200 tahun lamanya
Namun jujur tuan guru berkata
tak pernah dia beribadah sedemikian rupa
apa petua? tuan guru bertanya..


Iblis pun mula goreng cerita
kononnya dulu dialah sejahat2 manusia
merompak, merogol, membunuh kerja hariannya
meliwat, memfitnah celah gigi aja
namun pastu dia insaf dan bertaubat nasuha
kerana pernah bergelumang dosa
sebab itulah dia mampu beribadah secara luar biasa
tuan guru mana pernah rasa ini semua
maka timbul lah minat untuk mencuba


Iblis cadangkan cuba membunuh dahulu
berat sangat, tuan guru tak mampu
lalu dicadang berzina memuaskan nafsu
pun berat, tuan guru tak mahu
last2 minum khamar sajalah tuan guru 
kalau yang ni tuan guru setuju
lalu dicadang port yang tak ramai orang tahu


suatu malam yang ditermangi cahaya bulan
tuan guru pun ke kedai khamar yang dimaksudkan
berselubung supaya takdak sapa kenal & perasan
setelah pekena khamar bercawan2
mabuklah tuan guru hilanglah pertimbangan
habis diperkosa wanita pelayan
bila suami pelayan cuba menyelamatkan keadaan
dibunuhnya tanpa belas kasihan
Iblis pulak cepat2 repot perkara berkenaan
kepada pihak berkuasa tempatan
lalu ditangkaplah tuan guru di tempat kejadian
tuan guru didapati bersalah atas semua pertuduhan
bukti jelas walaupun tanpa pita rakaman
Tuan guru disalib di tepi jalan
dan dihukum pat ratus sebatan
dikhayalak ramai hukuman dijalankan


habis berbirat badan dirotan
darah pun keluar bercucur2ran
tuan guru tinggal nyawa2 ikan 
beliau merayu minta belas ehsan
merayu agar dirinya dibebaskan


datang iblis kononnya nak beri bantuan
tapi kena sembah dulu tanda persetujuan
tapi tuan guru tak mampu nak lakukan
tundukkanlah kepala isyarat penyembahan 
tatkala kepala tuan guru tundukkan
tercabutlah nyawa dari badan
maka matilah tuan guru dalam kekufuran
Ibadah beratus tahun yang beliau lakukan
hangus dek ditipu bapak syaitan
moga kisah tuan guru ini dijadikan pedoman
moga kita selamat dari segala godaan
Anwar dan "kekasih gelapnya"
tunduk sembah demi pancing undi & kuasa
mujur tak dicabut nyawa
bertaubatlah selagi ada masa..

Sunday, 8 April 2012

Azmin Mengganas Nak Tutup Bangkai Gajahnya

Tentu sekali kem Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin di Ampang segera menafikan tentang sekumpulan ahli-ahli PKR yang mendesak agar Azmin Ali menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh banyak pihak terutama sekali Hasan Ali mengenai pemilikan harta serta sahamnya. Malah Azmin Ali juga didesak keluar dari PKR sekiranya tidak mampu menjawab tuduhan berkenaan.
Dua hari sudah, Azmin Ali hanya mampu menjawab tuduhan tersebut hanyalah fitnah. Dia bagaimanapun, masih tidak menerangkan bagaimana dia memperolehi kekayaan yang sangat luar biasa walaupun latar belakangnya hanyalah dari golongan bawahan. Begitu juga latar belakang keluarga isterinya. Azmin bagaikan buntu untuk menceritakan mengapa dia boleh jadi terlalu kaya selepas dia bekerja untuk Anwar Ibrahim.

Kalau di Parlimen dan ketika ceramah-ceramah awam, Azmin kelihatan seperti seorang pejuang kesucian yang sangat hebat. UMNO dan segala akar umbinya terlibat dalam rasuah saja. Tidak ada yang dibuat oleh UMNO melainkan rasuah dan penyelewengan. Namun semua tuduhan itu sekadar satu tuduhan tanpa bukti-bukti spesifik.

Baca seterusnya di sini.


Friday, 6 April 2012

Duit Negeri Untuk Kroni, Mahasiswa Selangor "Dikencing" lagi?

Lidah rasmi kerajaan negeri Selangor, Selangor Ku sedang mempromosi acara himpunan untuk anak muda dan mahasiswa menggesa pihak kerajaan memansuhkan PTPTN dan menuntut pendidikan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.
Itu terpulang kepada anak muda dan mahasiswa untuk melibatkan diri. Sebaiknya pastikan acara itu mendapat kelulusan polis untuk memastikan keselamatan terjaga dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Dalam anak muda dan mahasiswa menggunakan ruang bersuara yang mendapat sokongan kerajaan negeri, ada baik juga mereka menilai prestasi dan janji-janji kerajaan negeri.

Kerajaan negeri menyokong anda menuntut pelajaran percuma tetapi hendak juga sedarkah anda kerajaan negeri sendiri tidak memberi pelajaran percuma keapda penuntut Unisel. Malahan yuran Unisel bertambah meningkat.
Jika diingat kembali dalam manifesto Pakatan rakyat ketika Pilihanraya Umum ke 11, mereka janjikan sejumlah sumbangan lebih seribu ringgit untuk semua anak Selangor yang berjaya masuk Universiti.

Dapatkah sudah semua anak Selangor sumbangan itu?

baca seterusnya di sini

Thursday, 5 April 2012

Tarian Tiang : MPAJ kata no aduan, no tindakan!

Galak cerita pasal tarian tiang sekarang ni, terutama di kawasan ampang. kalau mak lampir yg bergayut2 kat tiang tu, tak la jadi isu sangat.. pasal tadak sapa pun nak tengok, nak peduli. aura kengangkerannya sahaja cukup utk menyebabkan lokasi 1 batu persegi dari tiang tarian tu berpuaka 7 keturunan. kalau ada yg tertarik pun hanyalah kaki ekor yg jahil mukarab dlm bab2 agama.
tapi masalahnya yg bergayut tu cun melecun. mak lampir kena paku kat tengkuk pun belum tentu cantik camni. pakaian pulak tak cukup kain, nak buat bungkus nasik lemak pun tak lepas. pak lebai kalau tengok pun mau tanggal kopiah & serban. mula la ada bisikan halus kat telinga : ni la bayangan syorga!

Sebelum 2008 macam tak pernah dengar benda2 camni. tapi sekarang amat berleluasa, Malangnya MPAJ kata tiada tindakan diambil kerana tiada aduan dibuat oleh orang ramai. MPAJ macam nak kata org ampang sokong penuh tarian tiang ni? Sendiri tak buat kerja, salahkan orang lain pulak. dahsyat..

sumber : klik sini