Tentu sekali kem Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin di Ampang segera menafikan tentang sekumpulan ahli-ahli PKR yang mendesak agar Azmin Ali menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh banyak pihak terutama sekali Hasan Ali mengenai pemilikan harta serta sahamnya. Malah Azmin Ali juga didesak keluar dari PKR sekiranya tidak mampu menjawab tuduhan berkenaan.
Dua hari sudah, Azmin Ali hanya mampu menjawab tuduhan tersebut hanyalah fitnah. Dia bagaimanapun, masih tidak menerangkan bagaimana dia memperolehi kekayaan yang sangat luar biasa walaupun latar belakangnya hanyalah dari golongan bawahan. Begitu juga latar belakang keluarga isterinya. Azmin bagaikan buntu untuk menceritakan mengapa dia boleh jadi terlalu kaya selepas dia bekerja untuk Anwar Ibrahim.
Kalau di Parlimen dan ketika ceramah-ceramah awam, Azmin kelihatan seperti seorang pejuang kesucian yang sangat hebat. UMNO dan segala akar umbinya terlibat dalam rasuah saja. Tidak ada yang dibuat oleh UMNO melainkan rasuah dan penyelewengan. Namun semua tuduhan itu sekadar satu tuduhan tanpa bukti-bukti spesifik.
Baca seterusnya di sini.
No comments:
Post a Comment
Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..