Tuesday, 10 April 2012

Haji Hadi Ada PhD?

Ambo sebenarnya malas nak komplen orang yg nampak beragama, yg berjubah berserban pasal sangka baik diorang2 ni nak ikut sunnah Rasulullah. Tapi yg malangnya, peel dan tingkah laku sesetengah mereka ni huduhnya ngalahkan orang majusi, dekat sama taraf dengan akhlak orang yahudi. Hasad dengki, busuk hati, mengutuk, mengata, sangka buruk sesama muslim & yg sewaktu dengannya dah macam makan nasik. satu hari tak berpeel macam ni mau mati kebulur agaknya.
Kalau kerajaan nak menjalankan tanggungjawab, nak membantu & meringankan beban rakyat tak perlu la kita komplen, tuduh memacam. Nabi tak ajar semua tuh. Agaknya pasal kita tak dapat apa2 political millage, maka laju je mulut menuduh semua tu rasuah, haram & sebagainya. Tu yang rasa payau je nak sokong diorang ni..

Nasihat ambo, berenti la bersangka buruk sesama Islam. Kalau benda baik, sesama la kita sokong, kalau tak baik, sesama la kita tegur..Dah pakai serban, pakai jubah tu dah elok, tapi akhlak Nabi jangan la tak dipakai pulak..

Monday, 9 April 2012

Tuan Guru Ditipu Muridnya Sendiri..

Gambar Hiasan semata2
tadak kaitan dengan cerita..
Kisah tuan guru bernama Barshisha,
punyalah hebat dan tinggi ilmunya,
dikhabarkan anak2 muridnya mampu terbang di angkasa,
para malaikat kagum dan memuji kehebatannya,
Namun kemudian berfirman Allah taala,
Tuan guru bakal mati dalam keadaan kafir & hina.


perkabaran didengar Iblis durjana
maka bersegeralah dia menjelma
menyamar sebagai seorang pemuda
kononnya mahu bimbingan alim ulama 


tuan guru menerima dengan tangan terbuka
maka beribadatlah Iblis di rumahnya
tiga hari tiga malam dia berjaga
tiadalah dia tidur walau seketika
hairan dan takjub tuan guru dibuatnya
dasatnya beribadah, apa rahsia?


Tuan guru memuji2 kehebatan murid barunya
iblis membalas ibadatnya biasa sahaja
jika dibandingkan Ibadah Tuan Guru 200 tahun lamanya
Namun jujur tuan guru berkata
tak pernah dia beribadah sedemikian rupa
apa petua? tuan guru bertanya..


Iblis pun mula goreng cerita
kononnya dulu dialah sejahat2 manusia
merompak, merogol, membunuh kerja hariannya
meliwat, memfitnah celah gigi aja
namun pastu dia insaf dan bertaubat nasuha
kerana pernah bergelumang dosa
sebab itulah dia mampu beribadah secara luar biasa
tuan guru mana pernah rasa ini semua
maka timbul lah minat untuk mencuba


Iblis cadangkan cuba membunuh dahulu
berat sangat, tuan guru tak mampu
lalu dicadang berzina memuaskan nafsu
pun berat, tuan guru tak mahu
last2 minum khamar sajalah tuan guru 
kalau yang ni tuan guru setuju
lalu dicadang port yang tak ramai orang tahu


suatu malam yang ditermangi cahaya bulan
tuan guru pun ke kedai khamar yang dimaksudkan
berselubung supaya takdak sapa kenal & perasan
setelah pekena khamar bercawan2
mabuklah tuan guru hilanglah pertimbangan
habis diperkosa wanita pelayan
bila suami pelayan cuba menyelamatkan keadaan
dibunuhnya tanpa belas kasihan
Iblis pulak cepat2 repot perkara berkenaan
kepada pihak berkuasa tempatan
lalu ditangkaplah tuan guru di tempat kejadian
tuan guru didapati bersalah atas semua pertuduhan
bukti jelas walaupun tanpa pita rakaman
Tuan guru disalib di tepi jalan
dan dihukum pat ratus sebatan
dikhayalak ramai hukuman dijalankan


habis berbirat badan dirotan
darah pun keluar bercucur2ran
tuan guru tinggal nyawa2 ikan 
beliau merayu minta belas ehsan
merayu agar dirinya dibebaskan


datang iblis kononnya nak beri bantuan
tapi kena sembah dulu tanda persetujuan
tapi tuan guru tak mampu nak lakukan
tundukkanlah kepala isyarat penyembahan 
tatkala kepala tuan guru tundukkan
tercabutlah nyawa dari badan
maka matilah tuan guru dalam kekufuran
Ibadah beratus tahun yang beliau lakukan
hangus dek ditipu bapak syaitan
moga kisah tuan guru ini dijadikan pedoman
moga kita selamat dari segala godaan
Anwar dan "kekasih gelapnya"
tunduk sembah demi pancing undi & kuasa
mujur tak dicabut nyawa
bertaubatlah selagi ada masa..

Sunday, 8 April 2012

Azmin Mengganas Nak Tutup Bangkai Gajahnya

Tentu sekali kem Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin di Ampang segera menafikan tentang sekumpulan ahli-ahli PKR yang mendesak agar Azmin Ali menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh banyak pihak terutama sekali Hasan Ali mengenai pemilikan harta serta sahamnya. Malah Azmin Ali juga didesak keluar dari PKR sekiranya tidak mampu menjawab tuduhan berkenaan.
Dua hari sudah, Azmin Ali hanya mampu menjawab tuduhan tersebut hanyalah fitnah. Dia bagaimanapun, masih tidak menerangkan bagaimana dia memperolehi kekayaan yang sangat luar biasa walaupun latar belakangnya hanyalah dari golongan bawahan. Begitu juga latar belakang keluarga isterinya. Azmin bagaikan buntu untuk menceritakan mengapa dia boleh jadi terlalu kaya selepas dia bekerja untuk Anwar Ibrahim.

Kalau di Parlimen dan ketika ceramah-ceramah awam, Azmin kelihatan seperti seorang pejuang kesucian yang sangat hebat. UMNO dan segala akar umbinya terlibat dalam rasuah saja. Tidak ada yang dibuat oleh UMNO melainkan rasuah dan penyelewengan. Namun semua tuduhan itu sekadar satu tuduhan tanpa bukti-bukti spesifik.

Baca seterusnya di sini.


Friday, 6 April 2012

Duit Negeri Untuk Kroni, Mahasiswa Selangor "Dikencing" lagi?

Lidah rasmi kerajaan negeri Selangor, Selangor Ku sedang mempromosi acara himpunan untuk anak muda dan mahasiswa menggesa pihak kerajaan memansuhkan PTPTN dan menuntut pendidikan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.
Itu terpulang kepada anak muda dan mahasiswa untuk melibatkan diri. Sebaiknya pastikan acara itu mendapat kelulusan polis untuk memastikan keselamatan terjaga dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Dalam anak muda dan mahasiswa menggunakan ruang bersuara yang mendapat sokongan kerajaan negeri, ada baik juga mereka menilai prestasi dan janji-janji kerajaan negeri.

Kerajaan negeri menyokong anda menuntut pelajaran percuma tetapi hendak juga sedarkah anda kerajaan negeri sendiri tidak memberi pelajaran percuma keapda penuntut Unisel. Malahan yuran Unisel bertambah meningkat.
Jika diingat kembali dalam manifesto Pakatan rakyat ketika Pilihanraya Umum ke 11, mereka janjikan sejumlah sumbangan lebih seribu ringgit untuk semua anak Selangor yang berjaya masuk Universiti.

Dapatkah sudah semua anak Selangor sumbangan itu?

baca seterusnya di sini

Thursday, 5 April 2012

Tarian Tiang : MPAJ kata no aduan, no tindakan!

Galak cerita pasal tarian tiang sekarang ni, terutama di kawasan ampang. kalau mak lampir yg bergayut2 kat tiang tu, tak la jadi isu sangat.. pasal tadak sapa pun nak tengok, nak peduli. aura kengangkerannya sahaja cukup utk menyebabkan lokasi 1 batu persegi dari tiang tarian tu berpuaka 7 keturunan. kalau ada yg tertarik pun hanyalah kaki ekor yg jahil mukarab dlm bab2 agama.
tapi masalahnya yg bergayut tu cun melecun. mak lampir kena paku kat tengkuk pun belum tentu cantik camni. pakaian pulak tak cukup kain, nak buat bungkus nasik lemak pun tak lepas. pak lebai kalau tengok pun mau tanggal kopiah & serban. mula la ada bisikan halus kat telinga : ni la bayangan syorga!

Sebelum 2008 macam tak pernah dengar benda2 camni. tapi sekarang amat berleluasa, Malangnya MPAJ kata tiada tindakan diambil kerana tiada aduan dibuat oleh orang ramai. MPAJ macam nak kata org ampang sokong penuh tarian tiang ni? Sendiri tak buat kerja, salahkan orang lain pulak. dahsyat..

sumber : klik sini

Wednesday, 4 April 2012

Jadi Ilmuan Islam? Jadi Balaci Ambiga Lagi Penting! - Mahasiswa Bersih Di Mesir

Ada la sekumpulan mahasiswa hantar memorandum meminta Yayasan Terengganu lebih profesional, mendesak (bukan merayu ataupun mohon budi bicara) tarik balik penamatan pinjaman & dengar suara pelajar . Mereka ni bagi tempoh seminggu, sekiranya tak tarik balik, mereka akan bergabung dgn kumpulan mahasiswa lain (dan jadi lebih gedebe? huiii.. takotnye ambo!)
Pelik dgn peel sesetengah mahasiswa sekarang ni. Agaknya pasal peluang belajar di universiti (dalam kes ni blajar di mesir) senang sangat diperolehi, jadi tak rasa rugi pun bazirkan masa (yg sepatutnya diguna utk mentelaah buku) ikut perhimpunan haram Bersih berketuakan seorang harbi, berdanakan sumber agen2 yahudi. tadak rasa langsung tanggungjawab yg diamanahkan pakcik2 makcik2 rakyat ganu yg rela dulukan duit pengajian agar mereka dapat nuntut limu di mesir, balik jadi doktor yg berguna pada rakyat jelata.

Ala, rilek la brader, blajar teruk2 pun tu fardhu kifayah je. berdemo ni hukumnya fardhu ain. apasal plak? kan Tuan Guru dah fatwakan, solat (rukun Islam kedua) tu pun demonstrasi juga. Jadi demo bersih ni kira sama darjatnya macam solat 5 waktu jugak. (Senang betul org bijak kena tipu dengan org yg jahil mukarab!)
Tindakan Yayasan Terengganu menghentikan pinjaman tu ambo rasa wajar kerana mereka2 yg terlibat demo bersih di mesir tu tak rasa penting pun belajar.. berdemo lagi penting! biar mahasiswa2 yg lain sedar akan tanggungjawab & amanah yg dipikul mereka (jadi ilmuan utk bangunkan semula tamadun Islam bukan perkara main2) . Dihantar jauh ke mesir, didulukan dgn bayaran berpuluh2 ribu, bukannya utk jadi balaci kafir harbi & zionis, tapi supaya jadi perintis memajukan umat islam dengan ilmu sekaligus membagkitkan kembali zaman kegemilangan Islam!
RG: Ketawa terkekek2 Ambigha si pro murtad ni. bukan susah sangat pun nak sabotaj kebangkitan tamadun Islam. Anjurkan demo sikit, kasik upah seratus dua, berduyun2 mahasiswa Islam lupa tanggungjawab memasing, rela jadi balaci jatuhkan kerajaan sendiri!

Dong Zong Tunjuk Gedebe!

Dong Zong dengan gedebe & samsengnya menuntut agar di sekolah cina, guru2nya kena pure cina. Sampaikan Timbalan Menteri Pelajaran dari MCA pun di"taichi" bagi menunjukkan betapa gedebenya mereka dalam hal ini. Sapa belakang Dong Zong ni? DAP rasis la.

Guru2 nak ngajar di sekolah cina walau tak ngajar subjek bahasa cina wajib pandai cakap cina. kalau tak pandai langsung berbahasa Melayu lagi afdal. macam kes sorang nyonya kena sound direct anggota polis pasal tak faham sepatah haram bahasa Melayu tahun lepas.
Apa matlamat mereka sebenarnya? antara lain mengelakkan wujudnya perpaduan antara kaum kat malaysia ni. Melayu kena kumpul sama melayu sahaja, cina sama cina sahaja. bila tiada  perpaduan antara kaum, senang la perselisihan terjadi dan rasa curiga mencurigai antara kaum semakin menebal. kalau melayu sama cina saling menghormati & saling memahami, macam mana parti paling rasis di malaysia, DAP nak cari makan?

Kalau ikutkan penyata razak, kalau tak jatuh haram pun, makruh hukum wujudnya sekolah jenis kebangsaan di malaysia ni. tak menyumbang pada perpaduan nasional pun. Tapi pasal melayu sendiri pun tak bersatu, kerajaan terpaksa berlembut bagi menjaga hati (dan undi) kaum lain.tu yg makin lama makin naik tocang dong zong nih.
Langkah paling utama, paling efektif (tapi jugak paling susah nak direalisasikan) bagi mengatasi masalah rasis melampau ni adalah melayu perlu bersatu. kalau PAS sekarang ni dapat hidayah nak perpaduan dgn umno (atau pemimpin sekarang yg terjal sangat dendamnya tu dah arwah, ganti dgn yg lebih waras imannya), melayu tak perlukan sangat undi cina utk terus berkuasa, baru la persatuan macam Dong Zong ni tau langit tu tinggi ke rendah, boleh diajar masak2 kenapa nama negara ni dulu Tanah Melayu!