Wednesday, 19 September 2012

Filem Hina Islam : Bijaknya Yahudi & Dungunya Umat Islam..


2-3 menjak ni panas pasal filem hina Islam yg dibuat oleh sorang yahudi. Habis satu dunia orang Islam marah, protes, berdemo beramai-ramai bantah filem lakhnat tu. bijak betul percaturan yahudi, dan tak habis2 umat Islam dieksplotasi dan diperbodohkan tanpa mereka sedari! 

Jangan salah paham pulak. ambo pun marah jugak bila laknatullah yahudi dok hina Nabi, hina Islam. Tapi bila fikir2 balik, reaksi keterlaluan disebabkan kecetekkan ilmu umat Islam sendiri amat menyedihkan & mendukacitakan. jom semak satu2..
Harta/duit
berapa modal yahudi lakhnat tu buat filem bajet rendah tu? paling2 koman pun agaknya 10 juta. bandingkan dengan kemusnahan akibat rusuhan/demo umat Islam nak bantah filem tu.. bakar kereta, bangunan, kemudahan awam dll di seluruh dunia. mau cecah ratus2 juta. pulak tu kebanyakkan harta benda tu kepunyaan orang/kerajaan Islam sendiri. belum kira orang tak dapat cari rezeki pasal ada rusuhan. sapa rugi pasal cetek ilmu? umat Islam jugak!
Nyawa
berapa ramai yahudi mati demi nak buat filem haramjadah tu? tadak. satu pun tak mati. Tapi berapa ramai pulak umat Islam yang arwah pasal rusuhan/demo & jadi pengebom berani mati nak bantah filem yahudi tu? dekat berdozen mati di yaman, pakistan dan negara2 arab yg lain2, sama ada di pihak perusuh ataupun pasukan keselamatan negara yg rata2nya Islam jugak. tu tak masuk yg cedera. yahudi tinggal tepuk tangan je!
Imej
Ramai jugak masyarakat dunia tak setuju dgn tindakan pengarah filem yahudi tu hina agama Islam, tapi imej yahudi cuma jatuh sikit ataupun tadak apa2 perubahan pasal... kejahilan umat Islam sendiri! merusuh/berdemo melakukan macam2 kerosakan ikut nafsu amarah. Yahudi pulak tokey media/berita terbesar di dunia, habis disebarkan berita kata Islam ganas & suka keganasan, propaganda standard yahudi nak sebarkan islamofobia kat penganut agama lain. Lebih seminggu BBC & CNN asyik siar berita pasal umat Islam mengganas je. tak pasal2 orang budha, hindu, kristian pandang serong kat agama Islam.. 

kalau ikutkan pun, yahudi sebenarnya suka umat Islam merusuh/berdemo tunjuk perasaan, pasal merusuh/berdemo ni amalan diorang. Dalam Islam mana ada semua ni, bukan sunah Nabi pun. yahudi suka cucuk umat Islam supaya ikut cara mereka. Allah pun dah pesan dalam Al-Quran, surah al-Baqarah ayat 120 yg maksudnya lebih kurang yahudi & nasrani takkan redha selagi kita tak ikut cara sesat diorang. Tapi ada pulak yang mempromosi demonstrasi atas nama kebebasan bersuara.. pelik betul!
Nak berkumpul tu boleh, tapi tak perlu la merusuh. kumpul elok2 dalam stadium, adakan sesi tazkirah perdana dan penerangan, istiqamah boikot barang2 diorang, boikot sekali mereka2 yg ada kaitan dengan yahudi, tu lagi baik. Ikut macam ambo, istiqamah tak minum coca-cola, tak isap rokok dll produk yahudi, sokong Anwar Ibrahim jauh sekali. buat apa kita penat merusuh & terjerit2 tengah2 jalan tapi secara tak sedar masih beli produk diorang, sokong tali2 barut diorang?
Kalau rasa semangat berkobar2 nak hancurkan yahudi, langkah yg paling afdal adalah bangun pagi2 dan solat subuh berjamaah reramai kat masjid & surau. buat hari2 seumur hidup masing2 sampai la lahirnya generasi Islam tulen yg kukuh akidah & akhlaknya, macam generasi Al-Quds zaman Salahudin Al-Ayubi dulu. baru la yahudi ketaq pala lutut!

kesian dgn 1 bilion lebih umat Islam diperkotak-katik oleh yahudi yang bilangannya tak sampai 16 juta pun.. 
RG : agak2 orang bakar bendera israel & amerika, bendera tu diorang beli dgn siapa, dgn yahudi jugak ke? Umat Islam nak tunjuk perasaan, yahudi jugak yg untung.. jahil punya pasal!

Wednesday, 5 September 2012

Akal Tak Mancung, Bontot Pulak Tersorong2

Bila "janji Bersih" malam merdeka
Dia la hero mee segera
dalam ramai manusia
dialah sorang sahaja
yg berani tahap naga 
bukak seluar lodehkan spenda
tunjuk bontot atas gambar pemimpin negara
atas nama kebebasan bersuara
walau akal tu letak kat kepala
bontot kat bawah jugak yg dia bangga
bontotkan dulu secukup rasa
fikir akibat belakang cerita..
bila muka dah wanted satu malaya
bila laporan polis dibuat berjela2
baru nak menyesal tak berguna
kena tangkap tau pulak tutup muka
jatuh air muka ibu bapa
jatuh maruah ahli keluarga
takkan dia tak tahu tatasusila
tadak sapa di malaysia
suka ditayang bontot jambunya
kecuali Anuar Ibrahim sahaja
kompom segera diambil bekerja
jawatan coffee boy sepenuh masa
pekena karipap daging seround dua
lepas tu paham2 aje la!

RG : Bontot punya pasal, gelap masa depan.. ada hikmah bila Allah buat akal/otak kat atas, bontot kat bawah, kan? kan?

Tuesday, 28 August 2012

Edisi Syawal : Kisah Abu Nawas Vs Imam Hanbali

Al-kisah nak dijadikan cerita, pada suatu petang Imam Hanbali sedang mengajar hadis2 nabi kepada anak2 muridnya di masjid kota baghdad, tiba2 datang abu nawas nak menguji kebijaksanaan Imam Hanbali. Kononnya dia ada 3 masaalah yang ingin ditanyakan. Imam Hanbali pun berhenti sebentar mengajar anak2 muridnya untuk melayan kerenah abu nawas.

Abu Nawas berkata penduduk kota Baghdad dilanda masalah yang serius. masalah pertama orang2 di kota Baghdad termasuk  dia sendiri sering bersaksi pada benda yang mereka sendiri tak pernah lihat. kedua, mereka selalu makan bangkai. ketiga, mereka kerap kali melarikan diri dari rahmat Allah.

Anak2 murid Imam Hanbali marah dengan soalan pelik + mengarut + tak masuk akal abu nawas, bahkan ada yang mahu menghalaunya keluar masjid kerana sengaja menganggu mereka menuntut ilmu. Namun dihalang Imam Hanbali. dia sedar Abu nawas mahu menguji kebijaksanannya.

Imam Hanbali berkata Abu Nawas bersaksi pada sesuatu yang dia tak pernah lihat adalah dia bersaksi tiada tuhan melainkan Allah, walhal dia tak pernah melihat Allah sendiri. Bahkan semua muslim bersaksi sekurang2nya 9 kali sehari dan ianya bukanlah perkara yang pelik.

Kedua, makan bangkai yang dimaksudkan abu nawas adalah ikan, kerana ikan tidak perlu disembelih. 

Ketiga, maksud abu nawas melarikan diri dari rahmat Allah adalah jika hari hujan, semua orang akan berlari mencari tempat berteduh walaupun hujan itu disebut rahmat dari Allah.

Abu Nawas tersenyum dengan kebijaksanaan Imam Hanbali menyelesaikan "masalahnya". Namun dia ada satu soalan tambahan, bukan untuk Imam Hanbali tetapi untuk para muridnya.

"percayakah kamu kalau aku katakan pahala solatku jauh lebih banyak dari pahala solat guru kamu, Imam Hanbali?" tanya Abu Nawas. Anak2 murid Imam Hanbali hangin kerana melihat Abu Nawas sengaja nak menjatuhkan air muka Imam Hanbali di hadapan murid2nya sendiri. Namun mereka masih menjaga adab kerana berada dalam masjid.

Salah seorang dari mereka bangun dan berkata "mana boleh. Tak mungkin. Imam Hanbali seorang ulama besar yang fasih bab Al-Quran & As-Sunnah sedangkan kamu hanya seorang pelawak istana"

Abu Nawas berkata "Aku sudah berkahwin manakala Imam Hanbali masih bujang. Bukankah Nabi ada bersabda : pahala solat orang yang berkahwin itu 27 kali pahala solat orang yang bujang? jelas bahawa pahala solatku berkali ganda dari pahala solat Imam Hanbali."

"Nabi juga ada bersabda : wahai para pemuda, sesiapa yang berkemampuan untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, kerana dapat menundukkan pandangan dan membersihkan kemaluan daripada yang haram. Dan sesiapa yang belum mampu berkahwin, hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu pencegahnya. Adakah Imam Hanbali belum mampu berkahwin?"  

"Kemudian Nabi juga ada bersabda : Berkahwin itu sunnahku, sesiapa yang membenci sunnahku maka dia bukan dari golonganku. Mustahil mereka yang mendalami As-Sunnah tidak tahu perkara ini"

Imam Hanbali hanya mendiamkan diri. macam tu juga anak2 muridnya. kemudian Abu nawas pun meninggalkan tempat mengajar tersebut. Diberitakan tidak lama selepas itu, Imam Hanbali telah bernikah dengan seorang gadis solehah pilihan ibunya. sekian, terima kasih.
RG: saja ambo bawak cerita ni lepas lama tak update blog. bulan Syawal ni ramai jugak yang buat majlis walimatul urus, ikut sunnah Nabi. Contohnya Ustaz Don.. tahniah Ustaz! selamat pengantin baru!




Thursday, 16 August 2012

Bukti PAS Semakin Hilang Sokongan Ahli Sendiri!

Semalam singgah bazar ramadhan macam biasa, tapi hujung2 puasa ni bazar ramadhan dah transform jadi bazar raya.. lagi banyak jual baju, jual kasut dari jual juadah berbuka. Jual mercun pun ada, tapi diorang cover dengan jual kasut bundle. macam2 peel orang nak cari duit raya..

Time singgah kat gerai jual sate, tetiba ada pulak suara bagi salam. rupa2nya senior ambo masa kat u dulu. Teringat zaman kat u, dia ni dulu geng surau, merangkap pro mahasiswa, merangkap penyokong PAS hardcore (nak kata totok tu kasar sangat..) & berpegang teguh pada konsep jamaah (bagi dia, PAS tu adalah sebuah jamaah). Ambo respek kat dia ni, sampai terikut2 dia jugak, pernah ikut keluar tabligh 2-3 kali, tapi bab politik ambo berkecuali, tak cenderung mana2 time tu.

Tengok dari penampilannya masih sama macam dulu, cuma janggut tebal sikit. sempat la sembang cerita lama 3-4 minit. tetiba dia tegur ambo "ai.. patriotik nampak baju" pasal ambo pakai baju Janji Ditepati, "Baju dapat free masa Najib turun batu pahat April lepas, takat pakai baju tak salah kan?" tanya ambo.
"Tak ah. Cuba tengok Utusan, Ustaz Nasha pi umrah & jumpa ulama2 mekah sama2 Najib, ok je" Ambo dah start pelik sikit. Utusan Malaysia antara surat kabo yg dia allegic masa kat u dulu. untuk kepastian, ambo pun tanya " Pak Said tak ikut jamaah lagi ke?"

"Saya masih lagi dalam jamaah, cuma semenjak dua menjak ni bila duduk dalam pakatan, keputusan pimpinan jemaah meragukan. macam dah tak ikut Al-Quran & sunnah. jenuh suara kat bawah tegur secara dalaman tapi tak ada perubahan. Nampak gayanya kena bagi peringatan sikit masa PRU nanti." Lain macam je bunyinya.. peringatan yang macam mana tu?

RG : Petang tu tak sempat nak berbual panjang. Dulu ambo ikut gitu2 aje. Nak tanya jugak pendapat dia pasal Amanat haji Hadi, asal penubuhan PAS, tarbiah2 PAS dari dulu sampai sekarang, pernah ke PAS betul? Raya nanti ingat nak ziarah ke rumah dia, nak bermuzakarah sikit..

Tuesday, 14 August 2012

Sokong Islam Anda Selamat, Sokong PR Anda Sesat!

Banyak dah blog kluarkan video Ustaz Kazim Elias ni.. tapi pasal yang dia cakap tu banyak betulnya, ambo pun post video ceramah beliau. Bagus ceramah beliau ni, ada ilmu & ada nilai utk muhasabah diri. Tengkiu utk yang upload video nih. Benda baik kena la sokong & sebarkan, kan? kan?

RG : Setuju dgn 2 cadangan Ustaz Kazim, UMNO kena draf dulu undang2 hudud & Hajah Rosmah kena pakai tudung penuh.. harap2 balik umrah ni beliau dapat hidayah.. Amin!

Monday, 13 August 2012

DAP Yang Tolak Hudud, UMNO Jugak Yang Salah?

DAP bukan takat tolak hudud PAS bahkan bertekad nak jadikan Malaysia ni negara sekular, nak jadikan Kristian agama rasmi Malaysia, sokong tuntutan IFC yg terang2 memperlekeh Islam dan macam2 lagi yang bercanggah dengan Islam. Memang la wajib fardhu ain tolak DAP & sesapa sahaja yg bersekongkol dengan parti harbi tu. Apasal PAS back up sangat DAP? apa2 hal nak salahkan UMNO.. Apa jenis Islam yg PAS pakai? Syiah ke?

RG : memang la UMNO tolak hudud, tapi hudud PAS, bukan hudud Allah. sapa sanggup sokong hudud PAS, liwat bini tak kena hudud?

Friday, 10 August 2012

Pakatan : Tema Sama Sejiwa, Tapi "Bulu" Lain-lain!

lagi katun menarik dari utusan. kena lagi tepat sebijik kat pakatan. Tema merdeka diorang macam berjanji nak jadi "sebangsa, senegara, sejiwa" tapi gaduh tak habis2. sebelah pihak nak hudud, sebelah pihak tanak hudud pasal tadak dalam buku jingay.. Janji macam bagus nak "sejiwa" tapi kalau tadak "janji ditepati", tadak makna apa2, menipu & retorik semata2. tak guna satu sen pun!

RG : Pelik tengok PAS, tanak negara Islam tapi nak hukum hudud.. macam pindah dalam hutan tapi teringin makan KFC, macam ajak jimak lepas kensel nikah depan tok kadi..