Tuesday, 30 October 2012

Hudud: Haji Hadi Dah Tak Takut Pada Karpal?

Haji Hadi nampaknya terpaksa menarik "brek kecemasan" apabila sokongan akar umbi PAS & Melayu Muslim atas pagar makin surut, kering kontang macam kena kemarau. Terbaru, dia kata DAP dah sepakat secara umum dah terima konsep yg dah ada dlm perlembagaan, termasuk la kedudukan agama Islam. tapi selamba je dia jual nama DAP setuju itu ini, dah tak takut disergah Karpal ke?

Mungkin pada perkiraan dia, kalau dia kelentong, PAS dah berjaya tarbiah DAP pasal Islam, org Melayu akan sokong PAS, tak pun ahli2 yang mula nak blah akan kona balik.. walaupun utk sementara waktu. dapat kekal sokongan sampai PRU pun jadik la!

Semua Melayu Muslim kenal DAP memang anti Islam dari dulu. Jeff Oii siap buat ikrar nak jadikan kristian agama rasmi Malaysia, Karpal siam kata "over my dead body", Guan Eng komplen pasal bacaan Al-Quran sebelum subuh, takkan Haji Hadi dah lupa?

kompom karpal akan keluarkan warning pada haji Hadi, walaupun Haji Hadi mungkin konon2nya akan bertegas sikit dalam hal ini, tapi ambo yakin akhirnya dia akan kata tu semua pendapat peribadi dia je.. Hasilnya, DAP tak marah & Melayu kekal sokong PAS, gitu la agaknya congak Haji Hadi.

"Sori la tuan Karpal, ana cuma kelentong sikit pasal tanak sokongan Melayu lari.. berita hudud ni cuma nak elak sokongan lari je.. Mana ada hudud dalam Negara Berkebajikan PAS, iye, Betol!"

RG - satu2nya perkara yg disepakati antara PAS & DAP adalah tadak hukum hudud.. lagipun Haji Hadi sendiri kata hudud cuma 0.001% dari Islam. tapi malu la dia nak kabo camtu depan wartawan!

Thursday, 18 October 2012

Dasatnya Lidah Gagap Khalid, Sang Kelembai Pun Serender!

Dulu dia janji nak tutup kilang arak,

tapi sekarang kilang makin besar!
dulu dia janji nak mantapkan Unisel
tapi sekarang unisel rugi merudum
dulu dia janji nak uruskan sampah
tapi sekarang sampah berlambak2 
dulu dia janji nak amalkan ketelusan
tapi sekarang beli bas pun kelepet duit negeri..

bila dia jamin Tawas takkan lingkup
maknanya Tawas akan "bungkus" tak lama lagi
dah boleh start tempah batu nesan..

Dasatnya penangan lidah gagap khalid,
lain dijanji, lain yang jadi!

RG : patutnya khalid kata tawas bakal "gulung tikar", baru la tawas tu akan maju & berjaya. macam bila dia kata Felda bengkrap, sampai sekarang sihat walafiat bahkan makin maju & berjaya..

Tuesday, 16 October 2012

Pertandingan Dam Haji Terbuka : Ada Berani?

saja nak maklumkan ada pertandingan dam haji terbuka kat tempat ambo ni. mana2 rakyat Malaysia yg berkesempatan jemput la datang. selain dam aji, ada macam2 lagi aktiviti berteraskan seni budaya & rakyat akan diadakan. tak silap ambo, ada pertandingan memasak, mewarna utk budak2, & 3-4 jenis sukan tradisional. pertandingan kompang pun ada. jom datang reramai!!

RG : Kalau tadak sapa masuk, ambo la sapu hadiah RM 300 tu. he he..

Friday, 12 October 2012

PAS Dihurung 1001 Macam Penyakit.. Diorang Sedar Ke Tak Ni?



RG : dipengaruhi komunis disebabkan rapat dgn DAP, dijangkiti pluralisme, libralisme, LGBT & yahudi pasal kamcing dgn PKR.. sekarang diresapi syiah pulak. semua "penyakit" berkerumun kat PAS sekarang.. diorang sedar ke tak ni?

Tuesday, 9 October 2012

Karpal Vs Ust. Nasha : PAS Sokong Siapa?

Semua sedia maklum, Ust Nasha selamat mengharungi mesyuarat majlis syura PAS yang akhirnya tak ambil apa2 tindakan pada beliau bulan lepas. jangan kata ambil tindakan, sebut pasal perkara tu pun tak.  
namun, tu tak bermaksud semua orang dlm PR setuju & redha Ust Nasha masih kekal dalam politik, terutama spesis2 harbi. Karpal contohnya, cukup hangin bila PAS tak ambik apa2 tindakan pecat Ust Nasha macam Hasan Ali. kalau PAS tak berani, karpal sendiri nak ambik tindakan!
Terbaru, Karpal bersungguh2 nak saman Ust Nasha. Nak diheretnya Ust Nasha ke gelanggang kepakarannya, mahkamah. Kalau Negara Islam Hadi Awang pun boleh "dikafankan" dengan sekali batuk sahaja, Hudud Nik Aziz pun mampu "ditalqinkan" dengan sekali warning aje, Takat nak "kebumikan" hayat politik Ust Nasha ni kacang buncis je, gitu la agak2nya perkiraan Karpal Singh!

Huii.. tapi keyakinan orang tua oku ni bukan kosong2 beb. Karpal cukup yakin dgn skill putar belit & hal2 teknikalnya dalam undang2. Putar belit undang2 dia ni, kalau diibaratkan serban atas kepala, mau sama tinggi dgn menara klcc.. kalah serban mursyidul am & presiden! 

Bagaimana pula strategi Ust nasha menghadapi harbi tua ni? kalau masa mesyuarat majlis syura hari tu, imej beliau & sokongan terbuka Ust Haron Din mampu menangkis tekanan munafiqun yang lain dalam PAS. Tapi bila dalam mahkamah, pendekatan lain pula perlu dirancang. mampukah Ust nasha menghadapinya?
Bagaimana pula dengan pendirian orang2 kuat PAS yg lain? Haji Hadi yg telah "dikafankan" Negara Islamnya, Nik Aziz yg hududnya tinggal jasad kosong je, nak ke diorang bagi sokongan pada Ust nasha? Ataupun masing2 akan terkucil buat kesekian kalinya bila mendengar bunyi "batuk sakti" & "warning hikmat" karpal singh!

RG : Apa2 pun, ambo tetap sokong Ust Nasha. Negara Islam & hukum Hudud Syariah di Malaysia boleh direalisasikan dgn perpaduan sesama Melayu muslim, bukan dgn ikut telunjuk  oku, presiden ataupun mursyidul yg makin terlajak umur & pegangannya! 

Friday, 5 October 2012

Tiket Ke Neraka : Jom Fitnah Tun Reramai!

Mahathir otak dah tak betul, gila & cuba sesatkan orang Islam kat Malaysia. Mesti orang2 umno pun ikut pandangan macam dia jugak. macam mana umno boleh sokong orang camni?

Eh, tak pasal2 tuduh & fitnah tun semacam je.. ada bukti ke?

Mestilah ada bai.. ni ha buktinya. Utusan lagi yang tulis. Mana dia belajar agama hah? Orang tua ni sekular, cakap ikut pala otak dia je!
Memang la tun ada cakap macam tu, tapi kat atas tu sekerat je. sebenarnya tun petik pendapat orang lain. ayat penuh dia bunyi camni :

" Ada orang yang mengesyorkan supaya Melayu ini bersikap kurang ajar sedikit. Syor ini mendapat sambutan. Apa perlunya kurang ajar sedikit? Lebih baik kurang ajar sahajalah. Dengan itu maka berkembanglah pendapat bahawa tidak perlu ada perasaan terhutang budi sampai mati. Jangan ada langsung perasaan terhutang budi. Jangan berterima kasih kepada orang yang menolong kita. Memaki mereka dan memburuk-burukkan mereka tidak salah. Hanya yang diperlukan ialah bersyukur kepada Tuhan. Nikmat dan rezeki yang kita dapati bukan daripada orang yang menyampaikannya. Jika tidak orang itu, orang lain yang akan menyampaikannya. Jadi kita juga tidak perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jika tidak Nabi Muhammad, orang lain akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam. Oleh itu tidak perlulah kita mengagung-agungkan Nabi Muhammad. Memadailah dengan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sahaja."

kalau nak baca ucapan penuh klik kat sini

Tapi betul la dia ada cakap macam tu!

tapi kalau cakap ayat tu adalah pendapat Tun, itu dah kira fitnah. kutuk kata gila, otak tak betul, sesatkan orang & sekular lagi la teruk. Lain kali double check dulu kalau terima apa2 berita, betul ke fitnah. tak pasal2 dapat tiket ke neraka percuma. Ni dah jumpa Tun mintak maaf ke blom? kalau tak, Allah tak ampunkan dosa tuh..
RG : sebenornye Tun petik pendapat puak2 PAS sendiri. Tak payah nak terima kasih walaupun hari2 solat kat masjid dibina UMNO, hari2 lalu kat jalan dibina UMNO, makan beras, gula, tepung disubsidi kerajaan UMNO, naik haji lalu Tabung Haji UMNO, terbang ikut kapal terbang UMNO, dapat beribadat & hidup aman di negara yg ditakdir Allah dimerdekakan UMNO.. perasan ke tak ni? 

Thursday, 4 October 2012

Tuan Guru : Bajet 2013 Tadak Nilai "Ketaqwaan"!

RG : pergh.. pedas semacam je ayat dalam picture dari fb nih. dasat dia punya "reverse psychology" tu..