Friday, 23 March 2012

Hutang Negara Malaysia : Jom Berhujah Bab Ekonomi Sikit..Part 1

1. Ape? Hutang Malaysia cecah RM 495 billion hujung 2012 (53% KDNK)! Teruk betul kerajaan BN! muflis la rakyat macam ni!
Betul tu. Tapi jangan takut, kerajaan takkan bengkrap dan rakyat tak perlu jadi muflis. Semuanya dalam keadaan terkawal.

2. Ahh.. tu ayat BN nak tipu rakyat la tu. terkawal hapa kalau sampai 53%. rakyat akan muflis!
Jadi, kenapa Jepun dengan hutang lebih USD 7.5 trillion (208% KDNK) masih belum muflis? Singapura dengan hutang USD 303 billion (96.3% KDNK) juga masih belum muflis? secara keseluruhan, negara maju di dunia memiliki hutang lebih 60% KDNK memasing. tapi belum ada yg diistihar muflis.
3. Eleh.. diorang negara maju, Malaysia negara membangun. Mana sama. cuba tengok brunei, takde hutang. Indon pulak hutang cuma 25.5%. Malu la dengan Indon woi!!
Brunei memang bertuah kerana negara kecil & hasil petroleum banyak. Kalau hutang Indon sikit = ekonomi kukuh, kenapa rakyatnya masih berlumba2 nak ke Malaysia, negara yg banyak hutang? Hakikatnya ekonomi Malaysia adalah kukuh. betul ni.
4. Kalau kukuh, apasal hutang Naik? Haa.. jawap, jangan tak jawap. mesti BN berhutang, duit masuk poket sendiri, tapi rakyat yg kena tadah beban hutang, kan? kan?
masih ingat krisis kewangan dunia bermula tahun 2008? ala yg ada bank bengkrap di USA, hampir semua syarikat gergasi USA mintak suntikan dana elak muflis, ekonomi dunia pulak merosot (jangan kata tak ingat pulak) kerajaan Malaysia berhutang untuk suntik dana dalam ekonomi dalam negara, biar tak terjejas sangat dengan situasi dunia (pakej rangsangan ekonomi). hasilnya, tahun 2010 je ekonomi malaysia dah pulih (pertumbuhan KDNK positif). ekonomi dunia masih demam kura2 lagi.
Sampai sekarang pun demam ekonomi dunia masih belum kebah sepenuhnya (krisis hutang eropah pulak..). Oleh kerana Malaysia adalah negara pengeksport, kalau dagangan antarabangsa masih lemau, eksport pun tak berapa nak rancak. nak tak nak kena la kerajaan Malaysia rangsang ekonomi tempatan bagi membantu naikkan KDNK. Tu yg kerajaan adakan macam projek pembangunan skala kecil dan sederhana, naikkan gaji pekerja, bantuan 100 untuk budak sekolah, BR1M dll, biar rakyat berbelanja, supaya ekonomi dalam negeri aktif dan terus meningkat. tu yg hutang malaysia terus naik, tapi masih terkawal. yg penting ekonomi dalam negara tak lembab.
Jepun ,singapore dan lain2 negara buat benda yg sama jugak, berhutang dan salurkan duit untuk rangsangan ekonomi dalam negara (tapi kes singapore lain sikit, lain tahun la cerita..) Tu yang masing2 punya hutang naik mendadak. Jepun sampai 200%, singapore sampai 96% dan lain2. (pengurusan Malysia kira hebat pasal tak perlu hutang sampai 90% nak rangsang ekonomi..tapi pertumbahan KDNK terus positif) Bijaknya kerajaan!!


5. Abis, kerajaan BN hutang billion2 tu dengan siapa pulak? dengan IMF ke? dengan yahudi APCO ke? Abis la, BN gadai negara ni!
Apa punya mengarut la.. mana ada. Jangan kata IMF, Bank Dunia pun dah bertahun kerajaan tak pinjam (yg kata yahudi APCO tu lagi la melalut gila..) 96% hutang kerajaan pinjam dari dalam negara (bon2 yg kerajaan terbitkan, bank2 tempatan, KWSP dll) cuma 4% (18 billion) jer hutang luar negara. situasi lebih kurang sama dengan Jepun  (hutang trillion2 tu sebahagian besarnya hutang dalam negara)  hutang2 dalam negeri ni dibuat berdasarkan strategi dan pertimbangan yg munasabah. Jadi, hutang boleh deal secara dalaman tanpa perlu nak sembah pale lutut IMF mintak tolong. sebab tu la tak muflis. (tapi kalau sampai macam 200% Jepun tu makan puluh2 tahun, lama gila la nak settle..)  
6. Dah tu, apasal Greece boleh muflis? takkan greece tak terfikir nak hutang dalam negara jer? kalau dah nama hutang tu bahaya jugak. BN gadai malaysia pada bank dalam negeri!!
Masih nak melalut lagi..tak kisah la, janji masih nak dengar. perbezaan antara Malaysia & Greece adalah matawang. Selain pendapatan setiap tahun negara, Malaysia pemilik matawang RM, boleh cetak seberapa banyak ikut suka, oder je dgn Bank Negara, buat bayar hutang ngan bank tempatan (tapi kalau cetak sampai tak ingat dunia, nilai RM jatuh pulak. kena pandai balence) lagipun kerajaan boleh kawtim baik punya dengan bank tempatan dalam bab tempoh bayar balik ni.. No problem punya!
Greece pulak jadi ahli EU. matawang asal dia dimansuh, tak laku lagi pasal ganti ngan euro. (Bunyinya macam bagus, matawang euro kan mahal..) Yang peritnya, Greece tak boleh nak cetak matawang euro ikut sukati dia. Semua kena rujuk kesatuan eropah. dah tu dia hutang pulak dengan bank2 luar negara, yg peelnya sebijik macam tukang tarik kereta, tak boleh diajak berunding langsung (tiga bulan tak bayar, tarik! tak puas hati? naik court la!!) tu yang Greece terkedek2 mintak tolong IMF (kena gigit anjing, mintak tolong dengan naga, bijak..) IMF pun cekik cukup2 kerajaan greece. habis cukai semua naik. habis semua subsidi dipotong. Rakyatnya pulak dah terbiasa dengan subsidi berlebihan (Greece macam negara berkebajikan la, macam pernah dengar eh?) apa lagi, merusuh la diorang.. Harap2 rakyat Greece bertenang, bersabar melalui dugaan ni semua. (cerita pasal krisis ekonomi greece, sini)


bersambung.. part 2

7 comments:

  1. info yg menarik n best untuk di baca..

    ReplyDelete
  2. ya bet0l..
    x boring untuk di baca..

    ReplyDelete
  3. Jepun tk ada minyak n sumber asli,jadi kena pinjam,negara kita byk sumber asli.npa nk pinjam?memang lh negara kita tk muflis tapi harga brg naik.cukai sana sini..anak kita n cucuk kita nanti yg merasa bebanya.beban racun lynas

    ReplyDelete
  4. Memanglah malaysia berhutang cara domestik tak melibatkan kemuflisan macam greece. Tapi bila berhutang mesti kena bayar walaupun dengan bank-bank tempatan supaya bank-bank dpt memberi pinjam untuk menggerakkan ekonomi. Najib pinjam dari world bank yg dah sah sah buka cawangan di KL sekarang. Pinjaman dari world bank ini tanpa kawalan bank negara. Apa akibatnya nanti.

    ReplyDelete
  5. Kini rakyat Malaysia dah rasa apa kesannya jika negara berbelanja lebih drpd pendapatan.
    Nilai RM turun. Harga barangan & perkhidmatan semuanya naik. Sedangkan pendapatan individu kebanyakan rakyat tidak meningkat.
    Kesimpulannya pendapatan benar rakyat menurun.

    ReplyDelete
  6. Kini rakyat Malaysia dah rasa apa kesannya jika negara berbelanja lebih drpd pendapatan.
    Nilai RM turun. Harga barangan & perkhidmatan semuanya naik. Sedangkan pendapatan individu kebanyakan rakyat tidak meningkat.
    Kesimpulannya pendapatan benar rakyat menurun.

    ReplyDelete
  7. Kini rakyat Malaysia dah rasa apa kesannya jika negara berbelanja lebih drpd pendapatan.
    Nilai RM turun. Harga barangan & perkhidmatan semuanya naik. Sedangkan pendapatan individu kebanyakan rakyat tidak meningkat.
    Kesimpulannya pendapatan benar rakyat menurun.

    ReplyDelete

Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..