Monday, 23 April 2012

Demo PTPTN: Monolog Dari Mak & Bapak


Dulu, bila anak2 dapat surat tawaran belajar di universiti, bersyukur & bangga mak bapak. Mak kata berbaloi susah payah mengandung 9 bulan. Bapak kata tak membazir berabis pitih besarkan & sekolahkan anak. Anak ni la yg akan mengharumkan nama keluarga, menaikkan martabat agama, menjulang kedaulatan bangsa, menyumbang memajukan negara! tinggi betul harapan mak bapak..
Tapi bila kenangkan kos belajar yg berpuluh2 ribu demi segulung ijazah, senak jugak dada dan poket mak bapak. Mak dah terfikir nak bawa gelang & rantai ke pajak gadai. Bapak dah membelek2 geran tanah pusaka untuk ditukar jadi pitih. walaupun berat hati, mak bapak tak berkira sangat, semuanya demi tanak masa depan anak jadi hitam pekat.
tapi nasib baik ada PTPTN, walaupun anak tak layak dapat biasiswa, gelang & rantai mak tak tergadai. walaupun anak tak terpilih dapat tajaan, geran tanah bapak tak bertukar tuan. Si anak didahulukan bayaran utk kos yuran, kos hidup sepanjang pengajian. semuanya jasa kerajaan yg prihatin dan ada belas ehsan. blajar rerajin, result cemerlang, PTPTN tak perlu dipulangkan. tak pun lepas dapat kerja, bayar ansur bulan2. Baik betul kerajaan!
Tapi sekarang mak bapak tepuk dahi. mak malu macam muka dilumur tahi. bapak marah macam beruang sakit gigi. anak yg disangka tekun blajar di universiti, rupanya melepak di dataran macam zombie. berdemo nak PTPTN free, tapi malas belajar macam sipot babi. malukan keluarga, aibkan agama, rosakkan imej bangsa, tak guna satu sen pada negara. 
Ikutkan rasa, nak je mak sumpak anak jadi batu bata. Ikutkan hati, nak jer bapak belasah anak dgn kayu beruti. siap la bila balik kampung nanti!

No comments:

Post a Comment

Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..