Monday, 16 April 2012

Pengemis Yahudi + Bersih 3.0 = ????

Ada seorang pengemis yahudi yg buta
di negeri Madinah zaman dulu kala
duduk dihujung pasar mintak derma
mulutnya pulak hari2 bercerita
pada sesiapa yg lalu dihadapannya
"jangan percayakan Muhammad yg durjana
dia tu ahli sihir, pembohong & pendusta
agama yg dia bawak tu tipu belaka" 


Namun setiap pagi bila matahari menjelma
Nabi datang bawak sarapan bersama2
disuapnya si pengemis makanan yg dibawa
dengan layanan penuh kasih mesra 
tanpa si pengemis kenal pun siapa
setiap hari sampai bertahun2 lamanya
walaupun mulut pengemis tak henti2 mencerca 
Namun Baginda tak kata apa2
Jauh sekali nak terajang atau bagi buku lima..


Apabila wafat sahaja baginda
apabila terdengar khabar berita
si pengemis yahudi pun tersenyum gembira
bergelaklah dia sepuas-puasnya
org yg dia paling benci dah tiada


Sebagai sahabat yg setia
Abu Bakar cuba ganti munyuap pengemis pula 
namun pengemis buta tu tak suka
"mana pergi orang yg selalunya
dia layan aku macam anak ngan bapa
aku tanak org lain selagi dia masih ada"


Maka dgn suara yg hiba
berkatalah Abu Bakar r.a
Rasulullah lah yg selalu suapkan dia
tapi sekarang baginda dah tiada
sudah kembali ke hadrat Allah taala


terkejut si pengemis tahap maksima
lalu menangis & berlinangan air mata
org yg hari2 dia keji & dihina
rupanya dialah yg paling banyak berjasa
pengemis yahudi menyesal akan tutur katanya
dia pun bersyahadah dengan rela
mengaku beriman pada Allah & Rasul-Nya
Tapi lain pula cerita umat akhir zaman
bukan nak ikut akhlak Nabi junjungan
malah yahudi pulak dijadikan tuan
peel buruk dijadi contoh tauladan
sukarela jadi balaci belaan
sukarela jadi gunting dalam lipatan
asal dapat dana & tajaan
ditipu pulak orang bawahan
diajak berdemo di atas jalan
tak pun duduk bantah atas dataran
dok campur laki2 ngan perempuan
kononnya nakkan keadilan
tapi tolak Islam punya perpaduan


sedarlah wahai sedara2ku sekalian
yg mengaku Rasulullah punya Ikhwan
yg beriman pd sunnah & Al-Quran
jangan tertipu dgn yahudi punya percaturan
kalau tak lempang pun penganjur bantahan
cukuplah membenci diorang punya tindakan
jangan terlibat ataupun ambik bahagian
tak pun foward syair ni kat kengkawan
Itulah tanda selemah2 iman..
-HL

1 comment:

  1. Anak batman jatuh kat gaung,
    Berani komen berani tanggung..
    hahahha xD

    ReplyDelete

Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..