Friday 30 March 2012

Rahsia Besar Disebalik Doa Dalam Tokong?

baru2 ni ambo terbaca yg YDP PAS Kuala Lumpur berdoa dalam tokong. ramai yg kritik apa relevennya berdoa dalam tokong yg Nabi sendiri pun tak pernah buat. Ada yang kata ni semua semata2 kerana undi si kafir, ada yang dakwa pengaruh pluralisme, ada yang sangka ni la ciri2 Islam Liberal sesat dan macam2 lagi. Ala, takat berlilin menghormati kafir mati pun dikira halalan toyyiban, berdoa lagilah ok, walaupun apa yang didoakan dalam tokong tu penuh tanda tanya!

Tetiba ambo teringat pulak peristiwa dekat 3 bulan lepas. Mungkin ini adalah langkah awal menguji "kemustajaban" doa pecoh perut v3 tuan guru.. Anak buah nak cuba buat test run kot?  Kalau diikutkan, sebahagian cerita "mengarut" pakck infomer tu macam ada logiknya jugak.. agaknya!

Saturday 24 March 2012

Hutang Negara Malaysia : Jom Berhujah Bab Ekonomi Sikit..Part 2

7. Haa!! ko tau tak had hutang Malaysia adalah 55% KDNK? maknanya tinggal 2 persen je lagi. Ibarat nyawa dah sampai ke halkum dah. Nazak tu!
sapa yang tetapkan had 55% ni eh? Kerajaan la (akta pembiayaan kerajaan 1983) Jadi tadak masalah pun kalau kerajaan nak pinda, naikkan had tu berdasarkan keperluan semasa, macam kerajaan Amerika buat tahun lepas (diorang hutang lagi la dasat, sampai 102% KDNK. harap2 kita tak terdesak sampai tahap macam tu..).
8. Apa bukti kerajaan mampu turunkan hutang setinggi 53% ni? Jangan berhutang je pandai, bayar balik tak pandai!
Tahu tak bahawa hutang 53% bukanlah yang tertinggi dalam sejarah Malaysia? 1986 hutang  Malaysia lebih kurang 100% KDNK. Malah 1987 hutang lebih tinggi dari KDNK!. tapi kerajaan mampu kurangkan jumlah hutang tu ke paras 41% (2007) Maknanya kerajaan pernah turunkan hutang dan mampu lakukannya.
9. Eleh.. tu time Anwar dalam kerajaan, memang la kerajaan boleh perform baik.. Anwar punya jasa la tu!
Anwar punya jasa?? HAHAHAHAHA!!! Apa kelulusan Anwar? Ijazah sarjana muda sastera UM 1971 ( 3rd degree pulak tu..) = pakar ekonomi? HAHAHAHA!! macam kata Wak Samaon yg blajar takat darjah 3 zaman jepun dulu tolong upgradekan PC ambo dari win xp ke linuxmint 12 (perumpamaan: sori Wak Samaon, ambo gurau je..) Hakikatnya, masa Anwar jadi Menteri Kewangan, dia cuma berfungsi jadi tukang baca bajet dan tukang perabih harta rakyat. Bukannya Anwar langsung tadak jasa, tapi jasanya ciput sangat, mudarat pulak lebih. dah macam arak pulak. sebab tu la minum arak haram.. Harap2 Anwar dapat hidayah & berubah. Eh, apa pulak menjajau cerita pasal anwar ni. balik pada topik hutang Malaysia la.

10. Kalau Malaysia diumpamakan orang bekerja gaji RM 2000 sebulan, hutang 53% maknanya RM 1060 perlu diguna utk buat bayar hutang aje.. Baki RM 994, macam mana nak bajet utk belanja makan, minyak keta, bayar rumah, bil dll. Mane cukup! 
kalau perumpamaan camtu, katakan Jepun diumpamakan jugak orang bergaji RM 2000 sebulan, dengan hutang 200% bukan aje tak cukup bajet, malah terpaksa pinjam sesapa (hutang lagi..) RM 2000 utk langsaikan hutang! Singapore pulak dengan hutang 96% hanya ada baki 4% gaji (RM 80 aje..) makan mee segera la nampaknya.. belum kira minyak keta, bayar rumah, bil dll. nampaknya Malaysia jauh lebih baik urus ekonomi dari Jepun & singapura!
Hakikatnya, hutang negara tak perlu dibayar sekaligus tahun tu jugak. sebaliknya dijadualkan ke tahun2 berikutnya (bayar ansur2 macam bayar sewa beli rumah.. itu kebaikan berhutang dalam negeri) sebab tu la Jepun masih sihat wal-afiat lagi, Singapore pulak masih mampu tambah koleksi kapal selamnya lagi.. macam takde apa2. Malaysia lagilah ok. Dan hutang bukan satu2nya faktor penentu jatuh bangun ekonomi negara. Pentadbiran Malaysia sekarang tengah buat yg terbaik, betul! (tapi masih ada ruang untuk diperbaiki..)

11. Huh.. Malas la nak layan ko ni.
Habis dah? Ok la, Kesimpulan bab hutang negara Malaysia. Sebenornye iklim ekonomi dunia masih lagi dalam keadaan lembab, pemulihan akibat kemelesetan ekonomi 2008 masih perlahan. kerajaan jepun bukan sesaja jer nak pikul hutang 200%. kerajaan singapore pun bukan suka2 nak tanggung hutang 96%. begitu jugak Malaysia. Tetapi keadaan ekonomi dunia memaksa hutang dibuat (dengan kaedah yg selamat) Inilah keadaan dimana kita semua rakyat malaysia perlu bersatu & berkerjasama.
Kerajaan mesti memastikan ekonomi negara kekal dilandasan yg betul. kejayaan kerajaan menarik pelaburan langsung asing, FDI (seperti di Iskandar johor) patut di teruskan. Jangan lupa turunkan hutang bila ekonomi dah stabil. Selain itu, ada beberapa aspek yg boleh dan wajib ditambah baik contohnya elakkan pembaziran, penyeludupan, ketirisan, kontroversi dan mintak Najib suruh Datin Rosmah pakai tudung (hehe.. penting jugak tu) 
Pembangkang pulak perlu profesional. Kalau tak sesama sumbang idea nak majukan negara pun, tak menyusahkan kerajaan dgn hal remeh-temah pun dah cukup baik. Ini tak, dalam parlimen jadi sarkis, luar parlimen apatah lagi. (fitnah, rusuhan, demonstrasi dll) Berpolitik 25 jam sehari, 8 hari seminggu. Jangan rosakkan keamanan yg merupakan asas kemakmuran. Jalankanlah tugas diamanah rakyat sebagai pengimbang kerajaan dgn ikhlas dan beretika. baru rakyat respek! 
rakyat pun kena berusaha jugak. yg tadak kerja, cari la kerja, jangan memilih sangat. kalau tak pun, cuba2 la berniaga kecil2an ke, bertani ke. Kat Malaysia yg aman ni, rezaki halal ada dimana2 asal nak berusaha. Pastu tanamkan azam utk dapatkan pendapatan atas RM 3000, bayar cukai pendapatan bila cukup tahun, sesama bantu majukan kerajaan. setakat merempit kehulu-kehilir, berfb berjam2, tapi takde hasrat menyumbang kepada negara.. tak berguna satu sen pun! 

- RG

Friday 23 March 2012

Hutang Negara Malaysia : Jom Berhujah Bab Ekonomi Sikit..Part 1

1. Ape? Hutang Malaysia cecah RM 495 billion hujung 2012 (53% KDNK)! Teruk betul kerajaan BN! muflis la rakyat macam ni!
Betul tu. Tapi jangan takut, kerajaan takkan bengkrap dan rakyat tak perlu jadi muflis. Semuanya dalam keadaan terkawal.

2. Ahh.. tu ayat BN nak tipu rakyat la tu. terkawal hapa kalau sampai 53%. rakyat akan muflis!
Jadi, kenapa Jepun dengan hutang lebih USD 7.5 trillion (208% KDNK) masih belum muflis? Singapura dengan hutang USD 303 billion (96.3% KDNK) juga masih belum muflis? secara keseluruhan, negara maju di dunia memiliki hutang lebih 60% KDNK memasing. tapi belum ada yg diistihar muflis.
3. Eleh.. diorang negara maju, Malaysia negara membangun. Mana sama. cuba tengok brunei, takde hutang. Indon pulak hutang cuma 25.5%. Malu la dengan Indon woi!!
Brunei memang bertuah kerana negara kecil & hasil petroleum banyak. Kalau hutang Indon sikit = ekonomi kukuh, kenapa rakyatnya masih berlumba2 nak ke Malaysia, negara yg banyak hutang? Hakikatnya ekonomi Malaysia adalah kukuh. betul ni.
4. Kalau kukuh, apasal hutang Naik? Haa.. jawap, jangan tak jawap. mesti BN berhutang, duit masuk poket sendiri, tapi rakyat yg kena tadah beban hutang, kan? kan?
masih ingat krisis kewangan dunia bermula tahun 2008? ala yg ada bank bengkrap di USA, hampir semua syarikat gergasi USA mintak suntikan dana elak muflis, ekonomi dunia pulak merosot (jangan kata tak ingat pulak) kerajaan Malaysia berhutang untuk suntik dana dalam ekonomi dalam negara, biar tak terjejas sangat dengan situasi dunia (pakej rangsangan ekonomi). hasilnya, tahun 2010 je ekonomi malaysia dah pulih (pertumbuhan KDNK positif). ekonomi dunia masih demam kura2 lagi.
Sampai sekarang pun demam ekonomi dunia masih belum kebah sepenuhnya (krisis hutang eropah pulak..). Oleh kerana Malaysia adalah negara pengeksport, kalau dagangan antarabangsa masih lemau, eksport pun tak berapa nak rancak. nak tak nak kena la kerajaan Malaysia rangsang ekonomi tempatan bagi membantu naikkan KDNK. Tu yg kerajaan adakan macam projek pembangunan skala kecil dan sederhana, naikkan gaji pekerja, bantuan 100 untuk budak sekolah, BR1M dll, biar rakyat berbelanja, supaya ekonomi dalam negeri aktif dan terus meningkat. tu yg hutang malaysia terus naik, tapi masih terkawal. yg penting ekonomi dalam negara tak lembab.
Jepun ,singapore dan lain2 negara buat benda yg sama jugak, berhutang dan salurkan duit untuk rangsangan ekonomi dalam negara (tapi kes singapore lain sikit, lain tahun la cerita..) Tu yang masing2 punya hutang naik mendadak. Jepun sampai 200%, singapore sampai 96% dan lain2. (pengurusan Malysia kira hebat pasal tak perlu hutang sampai 90% nak rangsang ekonomi..tapi pertumbahan KDNK terus positif) Bijaknya kerajaan!!


5. Abis, kerajaan BN hutang billion2 tu dengan siapa pulak? dengan IMF ke? dengan yahudi APCO ke? Abis la, BN gadai negara ni!
Apa punya mengarut la.. mana ada. Jangan kata IMF, Bank Dunia pun dah bertahun kerajaan tak pinjam (yg kata yahudi APCO tu lagi la melalut gila..) 96% hutang kerajaan pinjam dari dalam negara (bon2 yg kerajaan terbitkan, bank2 tempatan, KWSP dll) cuma 4% (18 billion) jer hutang luar negara. situasi lebih kurang sama dengan Jepun  (hutang trillion2 tu sebahagian besarnya hutang dalam negara)  hutang2 dalam negeri ni dibuat berdasarkan strategi dan pertimbangan yg munasabah. Jadi, hutang boleh deal secara dalaman tanpa perlu nak sembah pale lutut IMF mintak tolong. sebab tu la tak muflis. (tapi kalau sampai macam 200% Jepun tu makan puluh2 tahun, lama gila la nak settle..)  
6. Dah tu, apasal Greece boleh muflis? takkan greece tak terfikir nak hutang dalam negara jer? kalau dah nama hutang tu bahaya jugak. BN gadai malaysia pada bank dalam negeri!!
Masih nak melalut lagi..tak kisah la, janji masih nak dengar. perbezaan antara Malaysia & Greece adalah matawang. Selain pendapatan setiap tahun negara, Malaysia pemilik matawang RM, boleh cetak seberapa banyak ikut suka, oder je dgn Bank Negara, buat bayar hutang ngan bank tempatan (tapi kalau cetak sampai tak ingat dunia, nilai RM jatuh pulak. kena pandai balence) lagipun kerajaan boleh kawtim baik punya dengan bank tempatan dalam bab tempoh bayar balik ni.. No problem punya!
Greece pulak jadi ahli EU. matawang asal dia dimansuh, tak laku lagi pasal ganti ngan euro. (Bunyinya macam bagus, matawang euro kan mahal..) Yang peritnya, Greece tak boleh nak cetak matawang euro ikut sukati dia. Semua kena rujuk kesatuan eropah. dah tu dia hutang pulak dengan bank2 luar negara, yg peelnya sebijik macam tukang tarik kereta, tak boleh diajak berunding langsung (tiga bulan tak bayar, tarik! tak puas hati? naik court la!!) tu yang Greece terkedek2 mintak tolong IMF (kena gigit anjing, mintak tolong dengan naga, bijak..) IMF pun cekik cukup2 kerajaan greece. habis cukai semua naik. habis semua subsidi dipotong. Rakyatnya pulak dah terbiasa dengan subsidi berlebihan (Greece macam negara berkebajikan la, macam pernah dengar eh?) apa lagi, merusuh la diorang.. Harap2 rakyat Greece bertenang, bersabar melalui dugaan ni semua. (cerita pasal krisis ekonomi greece, sini)


bersambung.. part 2

Thursday 22 March 2012

Hutang Negara Malaysia : Kita Paling Malang Di Dunia?

Bila Awang Adek Husin umumkan hutang negara Malaysia dekat 53% KDNK, juak2 pembangkang macam orang lapar dihidang nasik ambeng (sedap nasik ambeng, tradisi orang Jawa ni.. selalu dihidang lepas majlis tahlil arwah. makan 1 dulang 5 orang) galak betul mereka menghentam, menuduh dan menuding jari, (mencerca tu tak payah cerita la, tadak isu pun kutuk jugak..) salah sapa hutang Malaysia setinggi ni. Digembar-gemburkan juga Malaysia bakal muflis, bengkrap, bungkus, lingkup & gulung tikar dengan hutang setinggi tu. Tambah2 lagi fakta hutang tu tinggal bawah 2 persen lagi dari had yg dibenarkan undang2. Tuduhan2 liar macam kerajaan tak pandai urus ekonomi, songlap duit rakyat, korup dll dijadikan hujah & dalil kenapa hutang Malaysia naik (bab tuduhan liar, putar belit fakta, kondem sembrono + mencarut tu memang juak2 tu pakar.. blajar dengan sapa eh?)

Jadi, jom tengok sat negara2 lain. Betul ke Malaysia paling kritikal sekarang ni?

 sumber : wikipedia. Mana Malaysia eh? ada kat bawah, tak nampak..
Wow! hutang Jepun dah lebih 200% KDNK dia! Ikut sifir juak2 PR, Kalau 53% dari KDNK pun dah diibarat diambang sakaratul maut, 200% dari KDNK patutnya ekonomi Jepun tengah "bersoal jawab" dengan Munkar Nankir sekarang ni! Tapi negara Jepun nampak ok je.. tak muflis, bengkrap, bungkus, lingkup, gulung tikar pun?. Mengelabah pun tak.. Orang Jepun tak belajar ekonomi ke?

Tengok Singapore pulak. Uih.. Juak2 PR cukup bangga dengan singapore ni. Singapore dikata lebih maju, moden, mantap, stabil, kompetitif, power, macho, kacak lagi bergaya dari Malysia. Pendek kata, dari aspek pengurusan, ekonomi, keselamatan dll semuanya lebih belaka. So, apa cerita hutang singapore? Alamak, 93.6% dari KDNK dia! Ikut sifir juak2 PR, Kalau 53% dari KDNK pun dah diibarat nyawa dah di kerongkong, 93.6% dari KDNK patutnya ekonomi Singapore dah siap2 dikafan, tinggal nak sembahyangkan, ditanam jer. Tapi Singapore nampak ok je.. tak muflis, bengkrap, bungkus, lingkup, gulung tikar pun?. panik pun tak.. Pemerintah Singapore tak nak belajar ekonomi dari Juak2 PR ke?

Memang la hutang tu nampak tak elok untuk "kesihatan" ekonomi.. Tapi adakah hutang 53% dari KDNK tu menjadikan Malaysia paling malang di dunia bila negara yang hutangnya 2 kali, 4 kali ganda dari Malaysia nampak ok je?

Tuesday 20 March 2012

PAS Begitu Komited Untuk Menjadi Balaci Lagi!

"Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kali ini mereka menamakan dan memilih lebih 70 kerusi Parlimen berbanding pilihan raya lalu, iaitu 63 kerusi sahaja."- Sinar Harian
Sekali pandang, bagus la tu. Ada peningkatan 7 kerusi. Penyokong fanatik2 agaknya dah mula kata inilah bukti PAS tidak diperlekeh malahan dihormati dalam PR. tapi jom belajar matematik darjah 4 sekejap. Jumlah kerusi parlimen di dewan rakyat = 222 kerusi. PAS tempah 70 kerusi. Jadi berapakah jumlah kerusi untuk ditandingi PKR dan DAP jika kedua-duanya membahagikan baki bilangan kerusi sama banyak? (soalan skema ini ditaja oleh Cikgu Suratman, patut la ayat skema semacam je..)

baki bilangan kerusi : 222 - 70 = 152 buah
Jika PKR & DAP setuju kawtim bahagi dua,
152 / 2 = 76 buah kerusi

Nampaknya tak sia2 PKR & DAP menjangkitkan parasit dalam PAS. Parti dengan ahli teramai pun wala' untuk bertanding dengan bilangan kerusi paling sikit. Kalau PKR sakau lebih pun (rekod 2008 : PKR bertanding 94 kerusi) PAS jadi parti kedua jer. belum kira jumlah sokongan yang menurun 2-3 menjak ni. nak menang 1/3 dari jumlah tu pun perit. Tambah lagi 70% makhluk di PAS pusat tu parasit belaka (kata Dr. Hasan Ali). Kompom diorang2 ni nanti jadi calon PRU. Luar je nampak cap bulan, dalam cap mata satu, cap roket. nampaknya ahli PAS yang ramai tu hanya berguna jadi tukang kempen & tukang demo PKR dan DAP je. Daulah Islamiah? ehmm.. tak ada dalam buku jingga!
Reverse Gear: Demokrasi terpimpin cara PR, parti paling ramai ahli = paling sikit kerusi. Apa ilmu Bapak Anwar Bin Ibrahim pakai sampai PAS kekal tawaduk walau diperlekeh sedemikian rupa? ajaib..

Thursday 15 March 2012

Anwar Takut Dengan Pemimpin PKR Sendiri?

 
Semalam, dalam entri Blog Anwar Ibrahim Demi Rakyat (Israel), Bapak Anwar Bin Ibrahim menzahirkan rasa bimbang dengan rakyat asing dikatakan diberi hak mengundi. Kononnya kalau dibiarkan, maka ramailah minah2 Indon & mat2 Bangla beratur di pusat pembuangan undi masa PRU nanti. Ini menyebabkan data senarai pengundi SPR di ragui kesahihannya. Hmm.. Bunyinya macam orang dah start prepare alasan bila kalah PRU..

Reverse sikit: Apapun, mungkinkah ini adalah luahan "tersirat" Anwar. Kalau rakyat asing diberi hak mengundi pun sudah ditakuti, rakyat asing yang ada hak mengundi dan menjadi wakil rakyat mestilah jauh lebih digeruni! siapa mereka yang dikesan memiliki kod 71 dalam mykad nih? Di sini ada beberapa contoh:

zuraidah Binti Kamaruddin
Ada yang kata dia ni jelmaan "mak lampir". gentayangan menakutkan rakyat jelata dikatakan hobi nombor wahid beliau. aura keangkerannya mampu menyebabkan sesapa saja hesteria. Banyak2kan baca ayat kursi bila beliau ada berhampiran. Malang nasib penduduk Ampang apabila Mak Lampir ni dilihat lebih berminat meratah lembu di NFC, dari menjaga kemuslahatan penduduk setempat..

Badrulamin
Ostat import ni terbukti pakar melingkupkan imej PKR. Dulu ada kes "membapaksetankan" bekas mufti perlis, pastu saja cari pasal tabalkan Anwar jadi Imam mahdi. Baru2 ni tukar profession jadi kaunselor untuk isteri yang dah nak cerai dengan suami, sesi "kaunseling" jam 2 pagi. Dah tak pasal2 rakyat cop PKR = Perosak Keharmonian Rumahtangga..
Azmin Ali
Yang ni lain sikit. Khabarnya Anwar cukup takut & bimbang kalau dia merajuk! Ada pulak khabar angin kata si Azmin ni sanggup berkongsi segala2nya dengan anwar. diberitakan dulu anwar sanggup berlari2 anak dalam hotel memujuk Azmin (sini). Sampai sanggup jadi kempen leader semata2 supaya Azmin dapat kerusi nombor 2 PKR..

Reverse Gear : Pelik juga Anwar ni. takut sangat pada pengundi rakyat asing yang tak wujud walhal parti sendiri ada orang asing, dapat dana pun dari sumber asing, sokong keselamatan negara asing, main "konda-kondi" ngan chinadoll warga asing..

Wednesday 14 March 2012

Tak Tau Nak Letak Tajuk Apa..

Sekarang ni ramai yg berfikiran singkat
Fanatik bebeno x kira tempat
Pemimpin dah terang2 sesat
Walau diberi dalil yg tepat
Walau dibentang hujah yg kuat
Tetap diorang patuh & taat
Tuduh kita pulak berniat jahat
Walhal kita cuma nak nasihat
Saudara seagama, 1 nabi 1 umat
Pemimpin tu pulak hati dah berkarat
Brainwash pengikut sampai tak ingat akhirat
Macam langit & bumi dia yg tongkat
Apa sahaja janji tercapai matlamat
Beroleh kuasa, pangkat & darjat
Habis diguna semua muslihat
Habis diputar segala maklumat
Putih jernih pun jadi hitam pekat
Caci maki pun dah jadi tabiat
Ingat2lah wahai sahabat 
Kiamat pun dah makin dekat
Kembalilah pada sunnah & syariat
Bersederhanalah dalam berselisih pendapat
Untuk Islam kita bersepakat
Moga di akhirat beroleh syafaat
Moga di syurga beroleh tempat
Ingatlah azab neraka amatlah berat!
-HL

Sunday 4 March 2012

Sebab Sebenar Kenapa Anwar Tanak Lynas Beroperasi?

Minggu lepas, Bapak Anwar Bin Ibrahim menyertai perhimpunan hijau membantah pembinaan kilang rare earth Lynas. Tapi berita beliau di perhimpunan itu sangatlah ciput pasal ramai yang lebih berminat dengan berita ostat "Bad Role" Amin yang ditangkap khalwat..

Apa-apa pun dalam perhimpunan itu, Anwar berjanji akan tutup Lynas kalau PR menang PRU 13. Dimomok-momokkan kononnya Lynas beradiasi tinggi dan mengancam keselamatan alam sekitar. Ramai jugak yang termakan fitnah..
Radiasi Lynas ciput sangat.. sampai tak masuk skala pun.

Ramai yang kata bantahan adalah berteraskan faktor monopoli ekonomi. ada jugak kata pembangkang nak sabotaj usaha kerajaan nak jadikan malaysia berpendapatan tinggi. tak kurang jugak kata pasal nama pun pembangkang, mesti la nak bangkang, walau apapun bendanya. kalau sokong nanti kena tukar nama jadi penyokong pulak.

Ramai tak sedar, di selangor sendiri pun ada kilang serupa Lynas jugak. beberapa blogger dah pecah lobang pasal hal ni. Kat selangor boleh, apasal kat pahang tak boleh?
Pasal ramai yang tak tahu, Anwar bangkang pasal tanak Najib jadi superhero macam dia. berkat radiasi yang beliau dapat kerana selalu menziarahi sekutu kuat Israel, Amerika (negara yang paling banyak stok senjata nuklear, loji nuklear jangan cerita la..), beliau dah level up jadi superhero. Kalau Lynas beroperasi di Pahang (negeri kelahiran Najib) radiasi Lynas (walaupun seciput) kompom akan melevel upkan Najib jadi superhero jugak! 

Friday 2 March 2012

Ostat Azizan Tak Cukup Soleh Untuk Pimpin PAS Kedah?

Lat dua-tiga hari lepas ada kenyataan kata PAS sedia melantik bukan Islam (Isle?) dalam saf pimpinan utama. Tak pasal2 ramai yang buat spekulasi Lim Kit Siang bakal masuk PAS.. super impose jadi ala2 tuan guru lagi. Ambo tanak komen. Tapi kalau  Kit Siang tergerak hati nak tukar nama jadi Ahmad Kit Siang Bin Abdullah, ambo nak ucap tahniah kat Tuan Guru, walaupun keadaan sekarang ni nampaknya Tuan Guru yang macam nak tukar nama jadi Nee Ah Zee!
Jenguk jap di negeri Kedah. MB Ostat Azizan nampaknya ditekan pihak2 tertentu supaya turun takhta. Orang dalam PAS sendiri. Dari kes AUKU sampai la kes Exco sekarang ni, satu-satu gerakan terancang digerak. Dikhabarkan gerakan ini disokong dan dikepalai orang PAS pusat. Agaknya Ostat Azizan tak cukup soleh untuk pimpn PAS Kedah..

Ini menimbulkan persoalan apa kriteria "soleh" yang dimaksudkan TuaN Guru? Pasal Ostat Azizan nak roboh madrasah? rasanya tak. pasal PAS pusat haram tak berbunyi tentang madrasah ni. yang banyak bunyi cuma anak2 kariah & blogger. Pasal Ostat Azizan bagi kaunseling bini orang jam 2 pagi? Lagi la tak. Itu Ostat "Bad Role" Amin, orang PKR. dah la ditangkap khalwat, kelentong cakap dibelasah samseng lagi!
Pasal tanak teruskan diskaun cukai tanah UUM? itu kelemahan pentadbiran aje, tadak kaitan dengan darjah kesolehan beliau. Pasal beliau tukar kereta baru tahun lepas? Ala, Tuan Guru yang zuhud (tak cintakan dunia) pun naik Mesdez, tadak sapa pertikai kesolehan beliau pun?
Mungkin soleh di sini merujuk kepada darjah ketaatan kepada Bapak Anwar Bin Ibrahim. Mentaati ketua puak mata satu aka balaci yahudi tu dah jadi syarat wajib pemimpin PAS, lebih tinggi darjatnya dari mentaati Allah dan Rasul-Nya.

Komen Anwaris aka parasit : "Tuan Guru yang warak boleh kowtim baek punya dengan Anwar pasal sokong keselamatan Israel. Dr Hassan Ali kena talak dari PAS pun pasal lawan Anwar, Haji Hadi tadak nilai apa2, takkan Ostat Azizan tak paham2 lagi, lambat pikap betul la!"

Thursday 1 March 2012

Segala2nya Demi Sehelai Undi!

ada yang rela bercalit dahi
ada yang berlilin hormati orang mati
ada yang terang2 sokong Negara yahudi
ada yang tunduk sembah mendiang kafir harbi
ada yang sokong projek mega ternak babi
ada yang slowkan speker masjid atas arahan DAP
ada yang jadi penjaga pintu illuminati
ada yang kaunseling bini orang jam 2 pagi
ada yang tabur fitnah pasal radiasi
ada yang negerinya banyak berhala tinggi2
ada yang anggap murtad sebagai hak asasi
ada yang songlap pasir demi kroni
ada yang setiap masalah dituduhnya konspirasi
ada yang suka jadi harbi punya balaci
kunun-kununnya tahaluf syiasi
walhal agama Islam tercatat dalam IC
akidah, syariat diorang tolak tepi
segala2nya demi sehelai undi!