Tuesday 31 July 2012

Rahsia Kejayaan Ronnie Mereformasikan Industri Maksiat Di Selangor!

Laa.. rupa-rupanya Ronnie & PBT di bawah kendaliannya tadak kuasa nak serbu & banteras rumah urut, pub pusat judi haram. Dia kata cuma ada kuasa untuk ambik tindakan pada yang ada lesen sahaja pasal bidang kuasa PBT ikut undang2 terbatas. yang ada kuasa cuma polis, jadi polis la yang kena ambik tindakan, katanya lagi. baca sini

Patut la makin membiak industri haram ni kat selangor, terutama rumah urut yg menyediakan chinadoll utk tujuan ehem2. Siap diakui "lazat, gebu & menyelerakan" oleh ketua puak mata satu dajjal merangkap punahsihat ekonomi negeri. Yang halal kat rumah dah dikira ayam pencen agaknya, "payau, liat & meloyakan".. kalau ikut taste dia la!
Mungkin jugak ini adalah agenda sulit Pakatan untuk merakyatkan maksiat, memaksiatkan rakyat. Ye la, nilai demokrasi kan bergantung pada nilai masyarakat tu sendiri. kalau masyarakat pun dah terbiasa bahkan ketagih dengan maksiat, maka mereka pun tak kisah nak pilih "pembalun bersiri" jadi perdana menteri, tokan rumah urut & gengster jadi menteri dalam negeri.. bijak betul rancangan jangka panjang diorang!

Balik cerita pasal Ronnie, ambo yakin rumah urut, pub & pusat judi haram tuh semuanya bawah "payung" dia. Tokan besar la katakan. Takkan la tokan nak pedajal bisnes orang2 dia sendiri kan? mesti la dia tutup mata je, bahkan tolong cover baik punya kalau polis atau JAIS nak serbu.

Rumah urut, pub & judi haram ni pulak tak ambik lesen mungkin atas 3 sebab :
1- diorang bayar terus ufti pada Ronnie, Ronnie rulez maa!
2- Supaya diorang kebal dari diambil tindakan oleh PBT macam yg diakui Ronnie. senang sikit, kurang satu masalah, tinggal pasang tonto utk pantau polis & JAIS je.
3- Lokasi rumah urut, pub & judi haram ni terletak di kawasan yang tak patut, contohnya kat tengah2 kawasan penduduk Islam. kalau kerajaan negeri yang luluskan lesen, orang ramai akan persoal macam mana lesen boleh lulus? tak patut! tapi kalau tadak lesen, yg kena komplen tokey rumah urut sorang je. kerajaan negeri & ronnie cuci tangan!

Berapa jumlah rumah urut di selangor? data 2008 masa last BN perintah ada 700 (habis PAS pusing satu negeri komplen & hasut rakyat kata selangor darul maksiat) Data tahun 2010 pulak kata ada 5000, wow! pertambahan 4300 dalam masa 2 tahun! tahun 2012 ni agaknya dah cecah 9300, tambah2 lagi bila Hasan Ali dipecat & Ronnie masih terpacak jadi exco. Tapi tadak pun orang PAS kecoh pasal maksiat? tu belum kira pub & judi lagi..

RG : Kesian polis & JAIS, banyak lagi tugas diorang, bukan semata2 nak serbu pusat maksiat yg beribu2 jumlahnya di seluruh selangor. kakitangan pulak berapa kerat sangat. Ada PAS nak tolong? tolong "mengimarahkan" rumah urut ada la..

Monday 30 July 2012

Edisi Ramadhan : Kisah "Zorro" Yang Zuhud!


gambar hiasan semata-mata

Al-kisah, pada zaman dahulu kala di tanah Arab, ada seorang pemuda zuhud berhasrat untuk bersedekah secara sembunyi-sembunyi. Lalu dia sangat berjimat cermat perbelanjaannya setiap bulan hingga dapat mengumpulkan 12 ribu dinar dalam setahun. Setelah dirasakan cukup tabungannya, dia pergi keluar rumah pada malam hari ke kampung berhampiran. Dilihatnya ada seorang wanita tidur di tepi jalan. “tentu ini orang susah” bisik pemuda itu. lalu sambil menutup wajahnya agar tidak dikenali, dia memberikan bungkusan dinar itu dan lari, supaya tidak diketahui.

Pada keesokkan harinya di kampung itu kecoh mengenai berita seoranng pelacur mendapatkan bungkusan berisi dinar yang diberikan oleh orang tak dikenali. Bila didengari pemuda itu, dia pun mengeluh, “SubhanAllah! salah orang rupanya, ku fikir wanita yang tidur di tepi jalan itu orang susah, rupanya pelacur.”

“Ya Allah, setahun aku berjimat cermat mengumpulkan hartaku untuk dapat pahala sedekah sembunyi-sembunyi, tetapi takdir-Mu menentukan ia hanya untuk pelacur. mungkin ini dugaan untuk menguji keikhlasanku" Lalu pemuda itu tidak berputus asa, Sekali lagi dia berjimat cermat selama setahun dan berjaya mengumpulkan lagi 12 ribu dinar.

Kali ini dia berazam tidak mahu tersilap. Pada suatu malam, dia keluar ke kampung yang berikutnya. Dilihatnya seorang lelaki yang sedang duduk diam disuatu tempat yang gelap di hujung kampung. “Ini pasti orang yang susah,” katanya di dalam hati. Dilemparkannya bungkusan dinarnya itu, lalu ia bergegas lari.

Pada keesokkan harinya pemuda itu mendengar berita gempar. Seorang lelaki yang dikenali oleh penduduk kampungnya sebagi pencuri mendapatkan sebungkus dinar yang banyak. Khabarnya, malam itu sedang dia leka bersendirian menyusun strategi untuk mencuri, tiba-tiba ada orang melemparkan bungkusan dinar yang banyak kepadanya.

“Ya Allah, dua tahun aku berjimat-cermat khusus untuk memberi sedekah kepada orang susah secara sembunyi-sembunyi. tahun lepas yang dapat seorang pelacur, tahun ini seorang pencuri."

Namun pemuda yang zuhud itu tetap tak putus asa. Sekali lagi dia berjimat cermat mengumpulkan dinar sampai ke tahun berikutnya. “Ya Allah, ini kali terakhir. Semoga sedekahku kali ini sampai ke tangan mereka yang benar-benar memerlukan, kerana selepas ini aku tidak mampu berbuat seperti ini lagi.”

Apabila tiba waktu malam, pemuda  itu pun keluar ke kampung berikutnya yang terletak agak jauh dari kampung2 sebelumnya untuk melaksanakan niat baiknya buat kali ketiga. Malam itu, dia melihat seorang orang tua tengah berjalan terbongkok-bongkok. “Rasanya hamba Allah ini pasti berhak menerima sedekahku, orang tua ini berjalan di tengah malam sambil tongkat, pasti dia orang susah,” katanya dalam hati. Dengan menutup wajahnya, pemuda itu menghampiri orang tua bertongkat lalu berkata: “bungkusan ini untukmu.” dan segera melarikan diri.

Pada keesokkan harinya, pemuda itu mendengar berita gempar seperti tahun-tahun sebelumnya. orang tua yang dikenali paling kaya tetapi paling bakhil di kampungnya mendapat bungkusan dinar secara mengejut malam tadi.

Mendengar khabar itu, pemuda zuhud itu berkata: “Yang pertama pelacur, yang kedua pencuri dan yang ketiga orang tua paling kaya dan paling bakhil di kampungnya. Ya Allah, apa ertinya perbuatanku ini? Dia pun memilih untuk diam dan mengiklhaskan apa yang telah dilakukannya.

Waktu berlalu, pemuda zuhud tersebut telah berumahtangga dan memperolehi cahaya mata. 20 tahun kemudian, Allah SWT membuka rahsia perbuatan si zuhud itu dahulu. Ada seorang ulama muda yang disegani baru pulang dari pengajiannya dan membuka sebuah madrasah di kampung sebelah. beribu-ribu orang datang menjadi muridnya, dan si pemberi sedekah puluhan tahun yang lalu juga menghantar anaknya belajar di madrasah tersebut. Rupa-rupanya, ulama muda itu adalah anak pelacur yang dulu diberi sedekah secara sembunyi-sembunyi dahulu.

Perempuan itu dahulu melacur demi membesarkan anaknya. Ketika mendapat sedekah terkejut itu, dia bertaubat dan menggunakan sedekah itu untuk menyekolahkan anaknya hingga menjadi ulama besar dan disegani.

Air mata pemberi sedekah pun mengalir. Ternyata besar hikmah sedekah yang diberikannya puluhan tahun yang lalu. Allah jadikan balasan yang berlipat ganda dengan lahirnya ulama soleh yang ramai muridnya dan amat berjasa pada masyarakat.

Tidak lama kemudian si zuhud mendengar ada seorang wali yang soleh meninggal, jenazahnya disembahyangkan oleh ribuan orang. Siapa wali yang soleh itu? Rupan-rupanya wali tersebut itu dulunya adalah pencuri yang mendapat sedekah sembunyi-sembunyinya.

Khabarnya, ketika hendak mencuri dahulu dia berdoa kepada Allah: “Ya Allah, hidupku sangat miskin. kalaulah ada rezeki dari sisi-Mu malam ini aku akan taubat." Tiba-tiba ada yang melempar bungkusan dinar kepadanya, segeralah dia bertaubat. Dia memperbaiki diri dari segala kesalahan yang diperbuatnya, beribadah setekun-tekunnya, istiqamah dengan ucapan dan tindakannya, hingga Allah Ta’ala mengangkatnya menjadi wali yang soleh.

Si zuhud yang bersedekah itu amat terharu, dan dia tertanya-tanya bagaimana pula dengan orang tua kedekut yang menerima sedekah ketiganya?

Kemudian dia mendengar kabar, orang tua itu telah meninggal. Semenjak kejadian sedekah terkejut itu, si tua yang bakhil merasa malu kepada orang sekelilingnya kerana walaupun dia kaya dan bakhil, masih ada yang bersedekah kepadanya. Si bakhil itu pun berpindah ke kampung lain dan sebelum kematiannya, dia berwasiat untuk menginfaqkan seluruh hartanya kepada Baitul Maal, madrasah & rumah anak-anak yatim. SubhanAllah.

Saturday 28 July 2012

Sajak Level A Samad Said Untuk Pencacai Bersih


tadak sapa komplen kalau ikut peraturan
kalau kebulur sangat nak adakan perhimpunan
buat la di stadium berhampiran
bukan buat kat tengah2 jalan
atau kat tempat yg mahkamah x benarkan
masa dulu mahkamah keluarkan arahan
xleh berhimpun kat merdeka punya dataran
korang satu sen pun tanak layan
malah tuduh hakim cuma pak turut kerajaan
mahkamah tak adil & penuh penipuan
sampai sanggup rempuh polis punya sekatan
sanggup pijak2 keta polis tanpa belas ehsan
peel macam dirasuk syaitan 
tapi bila mahkamah buat keputusan
BERSIH dikira sah punya pertubuhan
korang pulak bersorak sakan
siap kata ini besar punya tamparan
percaya pulak korang pada mahkamah kerajaan?
yg sebelum ni korang kata korup & tadak keadilan
pelik betul mentaliti pencacai pakatan
lagi molek peel kera kat hutan..

Thursday 26 July 2012

Kisah Sipot Babi Yang "Mengkonfiuskan" Umat Manusia!


Nak dijadikan cerita, pada suatu petang, ada la sorang pak aji dengan cucunya tengah bersiar2 di laman rumah, sementara tunggu masuk waktu berbuka. rumah pak aji tu ada berkibar beberapa helai bendera bulan, siap ada banner "Orang Islam Wajib Undi PAS"

Tetiba ada anak muda jiran sebelah datang kasik kuih sikit utk buka puasa, sedekah bulan ramadhan. sambil terima kuih tersebut, pak aji pun tazkirah la sikit berkenaan perjuangan Islam mestilah bersama2 dalam PAS. Hui.. yakin betul dia dengan PAS ni.

"boleh jatuh hukum jahiliah malah kafir kalau tak bersama parti Islam. cuba tengok parti belah sana, pakai nama bangsa, perjuangkan bangsa, tu asobiah tuh. Nabi tak mengaku umat. yakinlah pada PAS. nama parti pun Parti Islam. pendek kata, PAS itu Islam, Islam tu PAS." 
Anak muda tu dengar aje la tazkirah politik free tu. kebetulan pulak cucu pak aji tu tengah main seekor sipot babi kat laman rumah. Anak muda tu tanya "cucu pak aji tu main menatang ape atas tanah tuh?"

Pak aji tu tengok & menegur cucunya "amin, jangan buat buat main sipot babi tuh. kotor. pi basuh tangan kat paip sana" Anak muda tadi pun kata "mana cukup basuh tangan dengan air paip aje, kena basuh dengan air tanah dulu tuh"

Gelak sakan Pak Aji "ni la orang muda sekarang, malas belajo agama. yang kena basuh dengan air tanah dulu tu kalau pegang babi, najis muhalazah. sipot babi tu nama je babi, tapi dia sipot."

"kalau macam tu tak jatuh hukum jahiliah atau kafir kalau tak jadi ahli parti Islam kan? pasal parti Islam tu nama je Islam, tapi dia cuma parti" terdiam terus Pak aji..
RG : Kata pak aji dalam hati "sipot babi ni kacau line betul la" 

Tuesday 24 July 2012

Kisah Dilema Tok Siak & Pak Bilal Vs "Tuan Guru" !!

Gambar hiasan semata-mata

Nak dijadikan cerita, pada suatu pagi Jumaat, tok siak & pak bilal tengah kemas2 sejadah, check speaker, mikrofon & mimbar masjid, pasal prepare nak solat jumaat tengah hari nanti. tak lama lepas tu Tuan Guru merangkap tok imam masjid kampung tu pun sampai. Bagus Tuan Guru ni, sampai jauh lebih awal dari makmum. Maklum la, belajar agama pun jauh nun di India, pastu sambung plak di mesir. Hui.. bukan calang2 Tuan Guru nih!

tetiba datang sorang paderi dari pekan berdekatan nak jumpa Tuan Guru. Ada hajat katanya. "dasat betul aura Tuan Guru, sampai paderi pun datang nak mintak tolong" bisik tok siak & pak bilal.

memula padri tu mintak nak pinjam mimbar masjid, pasal ada ceramah dari pastor diimport khas dari luar negara di gereja ahad ni. Tuan Guru dengan tegas kata MANA BOLEH, walaupun besi, paku & kayu mimbar ni dibeli dari kedai hardware Ah Seng, mimbar ni masjid punya, Islam punya. tak boleh diguna penganut agama lain. Bangga tok siak & pak bilal dengar. tegas Tuan Guru dalam hal ni.

Pastu paderi tu nak pinjam mikrofon & speaker pulak. Lagi sekali Tuan Guru kata MANA BOLEH. "Walaupun mikrofon ni made in japan & speaker tu made in China, tapi dah digazetkan untuk kegunaan masjid, untuk kegunaan orang Islam sahaja" tegas Tuan Guru. Bertambah2 kagum tok siak & pak bilal dengan ketegasan Tuan Guru.

Last skali, paderi tu kata boleh tak kalau diorang nak pakai kalimah Allah kat gereja & penulisan2 diorang. "Apa punya paderi daa.. makin melalut pulak permintaan dia ni. mesti la Tuan Guru akan kata MANA BOLEH" bisik tok siak & pak bilal dalam hati.

video ni pun sekadar hiasan semata-mata

"Awok nak guna kalimah Allah tu takpe, tapi jangan mengelirukan. kalau kamu mengelirukan Allah, nak tarik orang masuk kristian, buruk nama orang kristian. Imej paderi akan jadi rosak.." kata Tuan Guru. 

Melopong tok siak & pak bilal. bior betul Tuan Guru! bukan ke orang kristian paham tuhan tu trimurti, ada tuhan anak, ada tuhan mak & roh suci? sedangkan dalam Islam, Allah tu Esa, Satu, Tunggal. MANA SAMA! takkan penggunaan kalimah Allah dalam trimurti kristian, Tuan Guru kata takpe. takat amaran imej rosak mana cukup!
Yang ni pun hiasan semata-mata jugak..

"Kenyataan Tuan Guru ni mengelirukan la. mimbar tak boleh, mikrofon & speaker tak boleh. Tapi kalimah Allah boleh. Takkan nilai mimbar & mikrofon made in japan jauh lagi tinggi dari kalimah Allah?" pening kepala tok siak & pak bilal.

"tak kompiden la dengan akidah Tuan Guru ni.. lagi tak kompiden nak jadi makmum dia. nak solat Jumaat kat kampung Tanah Merah lah." bisik pak bilal. "ambo ikut, boleh?" tanya tok siak..

RG : Pesanan dari Tok siak & pak bilal " kami tak berani nak tegur Tuan Guru, pasal takut dicop jahiliah & kena doa pecoh perut. sesapa yg blajar sampai mesir nun tolong tegurkan ye, tima kasih!"   

Monday 23 July 2012

Edisi Ramadhan : Kisah Tuan Guru Yang Diauta Muridnya sendiri


Gambar Hiasan semata2
tadak kaitan dengan cerita..

Kisah tuan guru bernama Barshisha,
punyalah hebat dan tinggi ilmunya,
dikhabarkan anak2 muridnya mampu terbang di angkasa,
para malaikat kagum dan memuji kehebatannya,
Namun kemudian berfirman Allah taala,
Tuan guru bakal mati dalam keadaan kafir & hina.


perkabaran didengar Iblis durjana
maka bersegeralah dia menjelma
menyamar sebagai seorang pemuda
kononnya mahu bimbingan alim ulama 


tuan guru menerima dengan tangan terbuka
maka beribadatlah Iblis di rumahnya
tiga hari tiga malam dia berjaga
tiadalah dia tidur walau seketika
hairan dan takjub tuan guru dibuatnya
dasatnya beribadah, apa rahsia?


Tuan guru memuji2 kehebatan murid barunya
iblis membalas ibadatnya biasa sahaja
jika dibandingkan Ibadah Tuan Guru 200 tahun lamanya
Namun jujur tuan guru berkata
tak pernah dia beribadah sedemikian rupa
apa petua? tuan guru bertanya..


Iblis pun mula goreng cerita
kononnya dulu dialah sejahat2 manusia
merompak, merogol, membunuh kerja hariannya
meliwat, memfitnah celah gigi aja
namun pastu dia insaf dan bertaubat nasuha
kerana pernah bergelumang dosa
sebab itulah dia mampu beribadah secara luar biasa
tuan guru mana pernah rasa ini semua
maka timbul lah minat untuk mencuba


Iblis cadangkan cuba membunuh dahulu
berat sangat, tuan guru tak mampu
lalu dicadang berzina memuaskan nafsu
pun berat, tuan guru tak mahu
last2 minum khamar sajalah tuan guru 
kalau yang ni tuan guru setuju
lalu dicadang port yang tak ramai orang tahu


suatu malam yang ditermangi cahaya bulan
tuan guru pun ke kedai khamar yang dimaksudkan
berselubung supaya takdak sapa kenal & perasan
setelah pekena khamar bercawan2
mabuklah tuan guru hilanglah pertimbangan
habis diperkosa wanita pelayan
bila suami pelayan cuba menyelamatkan keadaan
dibunuhnya tanpa belas kasihan
Iblis pulak cepat2 repot perkara berkenaan
kepada pihak berkuasa tempatan
lalu ditangkaplah tuan guru di tempat kejadian
tuan guru didapati bersalah atas semua pertuduhan
bukti jelas walaupun tanpa pita rakaman
Tuan guru disalib di tepi jalan
dan dihukum pat ratus sebatan
dikhayalak ramai hukuman dijalankan


habis berbirat badan dirotan
darah pun keluar bercucur2ran
tuan guru tinggal nyawa2 ikan 
beliau merayu minta belas ehsan
merayu agar dirinya dibebaskan


datang iblis kononnya nak beri bantuan
tapi kena sembah dulu tanda persetujuan
tapi tuan guru tak mampu nak lakukan
tundukkanlah kepala isyarat penyembahan 
tatkala kepala tuan guru tundukkan
tercabutlah nyawa dari badan
maka matilah tuan guru dalam kekufuran
Ibadah beratus tahun yang beliau lakukan
hangus dek ditipu bapak syaitan
moga kisah tuan guru ini dijadikan pedoman
moga kita selamat dari segala godaan
Anwar dan "kekasih gelapnya"
tunduk sembah demi pancing undi & kuasa
mujur tak dicabut nyawa
bertaubatlah selagi ada masa..

Friday 20 July 2012

Tanda Tuan Guru "Berterima Kasih" Pada UMNO/BN!

Tuan Guru selalu dilihat cukup anti dengan umno dan segala yg ada kaitan dengan umno, sampaikan mengaku sanggup berkawan dengan syaitan demi melawan umno, sanggup jadi abdi DAP si kafir harbi dari bermuzakarah dengan umno, setuju kongsi kalimah Allah demi undi kapiaq semata2 tanak dilihat sependapat dengan umno.. dasat betul!  
Tapi dalam diam rupa2nya dia tau jugak bersyukur pada jasa dan budi baik umno. cuba tengok gambo kat ni. apasal Tuan Guru letak gambonya yg tengah tadah tangan tanda bersyukur sebelah telefon? 

telefon tu mungkin beliau beli sendiri (kalau ada orang sponsor tu ambo tak kau le..) tapi, sapa yg sediakan perkhidmatan telefon tuh? sapa yg pasang kabel telefon yg beribu2 kilometer sampai ke rumah beliau? sapa yg menjaga keamanan negara sampai membolehkan tuan guru bergayut bila2 masa 24 jam tanpa merungut telefon tadak line? (kalau ada mat gian curik kable tu lain cerita la..)
Itulah agaknya sebab tuan guru memberikan "penghormatan tertinggi" dgn meletakkan gambo beliau disebelah telefon tersebut, bukan letak di sebelah bendera PAS, PKR mahupun DAP. Dalam hati tuan guru, beliau mungkin kata "tengkiu umno/BN". pasal kalau nak harapkan parti dia sendiri, sebatang tiang telefon pun belum tentu berjaya didirikan. tengok air paip di kelantan pun dah tahu..  

RG : Jangan lepas ni Tuan Guru naikkan billbord kutip duit mintak derma pasal nak buat syarikat telefon pulak dah la.. :p

Thursday 19 July 2012

Hantu Altantuya "Gentayangan" di Perancis!


Sekali menipu, selamanya penipu.  Itulah SUARAM.  

SUARAM nekad untuk terus menipu walaupun penipuan mereka mengenai kapal selam scorpene dan pembunuhan Altantuya telah terdedah.  Nampaknya penipuan SUARAM terlalu mendalam di mana mereka tidak dapat lagi keluar darinya dan satu-satunya jalan yang tinggal ialah untuk terus menuju ke dasar.  

Kita faham bahawa SUARAM perlu terus menipu kerana Pilihanraya Umum semakin hampir tetapi sekurang-kurangnya, SUARAM perlu memikirkan penipuan yang lebih baik, ataupun mengetahui bila untuk berhenti menipu, iaitu sebelum penipuan itu menjadi terlalu besar sehingga tidak terkawal lagi.  

Kita tahu bahawa SUARAM telah hilang kawalan atas penipuan mereka sendiri apabila penipuan mereka semakin mudah untuk dikesan, malah melucukan.  Contohnya, SUARAM menyatakan bahawa mereka mempunyai bukti dalam bentuk gambar bahawa Altantuya berada di Perancis pada tahun 2007 yang mana portal Malaysiakini begitu teruja untuk membantu menyebarkannya di internet.  

Tetapi, bahagian yang menyeramkan mengenai penipuan ini ialah:  Altantuya telah dibunuh pada tahun 2006.  

Bagaimana SUARAM boleh terlepas pandang fakta penting ini – iaitu kunci segala penipuan mereka sendiri?

SUARAM mungkin sedikit panik dalam usaha mereka untuk meyakinkan orang ramai di ketika kredibiliti mereka sendiri telah hancur lebur.  
Penyiasatan polis Perancis telah mendedahkan bahawa orang yang bernama Altantuya Shaariibuu tidak pernah memasuki Perancis di antara tahun 1999 hingga 2006 yang mana mengesahkan bahawa mendiang tidak pernah terlibat dalam urusniaga kapal selam sama ada sekadar menemani mana-mana VIP ataupun sebagai penterjemah sepertimana yang didakwa oleh SUARAM.  Dan seperti yang disahkan oleh bekas Pengurus Jualan DCNS, Mr. Fredric Faura, semua urusan pembelian dilakukan dalam bahasa Inggeris dan tiada penterjemah yang diperlukan.  

Mungkin SUARAM cuba untuk mencabar pihak berkuasa agar mengambil tindakan ke atas mereka dengan harapan ia boleh digunakan untuk meyakinkan orang ramai bahawa kerajaan benar-benar mempunyai rahsia yang perlu ditutup dalam kes ini. 

Tetapi kerajaan Malaysia bukanlah bodoh, begitu juga kerajaan dan pihak berkuasa Perancis, termasuk hakim, polis dan pegawai imigresen mereka. 

Pihak Perancis tentu telah mengesan ketibaan Altantuya jika benar mendiang memasuki negara tersebut sebelum kematiannya.  Kecualilah jika mendiang memasuki negara itu selepas kematiannya sepertimana yang diwar-warkan oleh SUARAM/Malaysiakini.   Mungkinkah mendiang telah ‘terbang secara ghaib’ dan ‘menjelma’ di dataran di tengah-tengah kota Paris lalu menyuruh seseorang mengambil gambarnya sebelum menyerahkannya kepada SUARAM dan Malaysiakini.  Ini tentulah tidak masuk akal sama sekali.  

Justeru, SUARAM perlulah menyusun kembali cerita ini sebelum menceritakan semula kepada kita agar penipuan ini nampak masuk akal sedikit.  

Sebenarnya, ramai yang berminat untuk mendengar cerita SUARAM seterusnya kerana ia agak menyeronokkan melihat bagaimana kisah ini dibelit, diterbalikkan, dipusing sebelum tertepek kembali ke muka SUARAM.    

Namun, secara rasionalnya, kita menasihatkan SUARAM agar berhentilah membodohkan diri sendiri.  Kita menasihati sedemikian bukanlah kerana kita merasa kasihan kepada SUARAM, tetapi bukankah sudah sampai masanya kita membiarkan Altantuya bersemadi dengan tenang?  

Jika apa yang SUARAM katakan adalah benar iaitu terdapat sesuatu yang ‘pelik’ dalam urusniaga kapal selam, maka biarlah mahkamah Perancis menentukannya.  Tidak perlu sebarang publisiti murah bagi sesuatu yang sedang di dalam siasatan.  

Kecualilah jika apa yang dikatakan ‘pelik’ itu tidak berlaku dan SUARAM memang sengaja mencari publisiti murah dan bodoh yang disangkanya dapat memberi sedikit keuntungan politik kepada pihak pembangkang. 

Tuesday 17 July 2012

Malang Yang Bertimpa2 Buat SALAHuddin Ayub!

Apalah malang nasib SALAHuddin Ayub.. Bila kena tendang balik semula ke Johor, macam2 benda yg tak kena berlaku. mula2 nizar sabotaj dengan saje cari murka sultan johor. murka sultan = kemarahan rakyat. terpaksa la SALAHuddin bersusah payah memperbetulkan persepsi rakyat yang mula cop pas sebagai kaki derhaka.
bila masa memula dihalau balik ke johor, sibuk dikompang & dicanang keliling negeri dialah bakal MB johor yang baru. Akar umbi PAS yg dulunya sibuk menepis kiri & kanan tuduhan cya ya nun alip bakal jadi MB pun bersorak sakan tanda gembira. tapi tak pasal2 presiden parti pulak bagi kenyataan SALAHuddin bukan calon MB.. kalau bukan SALAHuddin, sapa lagi? "Khalifah" Chua Jui Meng ke?

Agaknya PKR tak senang bila riuh dicanang SALAHuddin bakal MB. parasit2 dalam PAS pun tarik serban Haji Hadi tanda bantahan. tu yg tuan presiden Parti Angguk Saje terpaksa buat kenyataan tanda tunduk pada PKR & tanak undi kapiaq lari. walaupun ada ayat cover "MB hanya ditentukan selepas PR menang" namun peluang SALAHuddin nampaknya lebih tipis dari kulit bawang.. Johor bakal dapat Khalifah Umar Abd Aziz celup v 2.0 la nampaknya kalau PR menang!

RG : Agaknya SALAHuddin kena tukar nama jadi BETULuddin, baru la afdal.


Monday 16 July 2012

SUara Anak haRAM = Penipu Tahap Na'uzubillah!


SETELAH penipuan Penyelaras SUARAM (sebut PKR), Cynthia Gabriel pada 15 Jun 2012 berhubung pengeluaran satu sepina oleh Mahkamah Perancis berhubung dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene terbongkar, Malaysiakini semalam memetik sumber dari sekratariat NGO tersebut yang terus mempertahankan kenyataan Cynthia dengan memberi alasan yang penulis petik, “"Penghantaran sepina sedang dibuat dan akan mengambil masa beberapa hari. Kami tiada maklumat lanjut bilakah tempoh waktu sebenar untuk proses ini”

Masuk akalkah, dari 15 Jun sehingga sekarang, sejak Cynthia membuat kenyataan tersebut, sepina itu masih tidak sampai kepada penerimanya di sini yang dikenali sebagai Jasbir Singh Chahl?

Kita tidak bercakap tentang zaman-zaman dahulu bila mana serba serbinya berbentuk manual.  Zaman hari ini, semuanya semudah menekan butang di keyboard. Oleh itu, sangat-sangat mustahil sepina yang disebut Cynthia “dalam perjalanan” pada 15 Jun itu masih tidak tiba sehingga sekarang!!

Orang yang dinamakan dalam sepina tersebut pun sudah menafikan ada menerima sebarang sepina dari Perancis.  Kalau itu tidak cukup, wakil Kedutaan Perancis di Malaysia, Laurent Lemarchand (Penolong Ketua Misi) sendiri telah menafikan bahawa Mahkamah di negaranya ada mengeluarkan sepina ke atas Jasbir seperti yang di dakwa Cynthia.

Bukan setakat Jasbir, malah tidak ada sepina dikeluarkan kepada mana-mana rakyat negara ini berhubung dengan kes tersebut.

Untuk pengetahuan semua, peranan kedutaan Perancis dalam hal ini sangat penting kerana prosedur kehakiman Perancis yang berbeza dengan Malaysia.  Kalau benarlah seperti dakwaan Cynthia ada sepina yang dikeluarkan, kedutaan Perancis akan menjadi pihak yang pertama di negara ini tahu mengenainya, sebelum Kementerian Luar dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ini kerana mengikut prosedur perundangan  di Perancis, mereka tidak memerlukan saksi tersebut hadir di Mahkamah dalam tempoh siasatan, sebaliknya hanya menjawab soalan-soalan yang telah disediakan.

Ya, siasatan, kerana seperti dimaklum SUARAM sendiri di Bangkok pada 30 Mei, siasatan kes ini oleh Mahkamah Perancis masih berjalan dan mungkin mengambil masa antara 2 hingga 3 tahun.  Itu yang pelik bagaimana pada 30 Mei mereka sendiri menerangkan yang siasatan masih berjalan (di Bangkok), pada 15 Jun mereka memaklumkan sepina sedang dalam perjalanan.

Sepina apa kalau perbicaraan pun tidak ada?

Ini yang kita katakan SUARAM ini sebagai penipu nombor satu selain membayangkan kecelaruan ketara yang berlaku dalam Pakatan Rakyat.  Dikalangan mereka sendiri pun sering bercakap perkara yang bercanggah antara satu sama lain.  Tujuannya untuk membodoh-bodohkan rakyat selain mencipta sensasi untuk menjual meja (SUARAM mengadakan majlis makan malam mengutip derma pada 15 Jun) bagi mendapatkan dana, kononnya untuk membiayai Ops Scorpene 2.0.

Ini tidak jauh beza dengan Anwar mengumumkan kononnya ada beberapa ahli Parlimen dan bekas pemimpin UMNO Sabah yang akan melompat parti dalam kunjungannya ke negeri tersebut pada 10 Jun 2012.  Sama seperti kes SUARAM ini juga, pada malam itu juga diadakan majlis sama untuk mengutip derma bagi tujuan persediaan pilihanraya PKR Sabah.

Ini bukan kali pertama berlaku, peristiwa 16 September 2008 dan beberapa kes-kes kecil selepas itu menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat adalah pertubuhan haram politik yang gemar mencipta sensasi untuk membodohkan rakyat.  Kita semua tidak lupa bagaimana galaknya Anwar bercakap tentang penipuan dalam pilihanraya sehingga mencetus Bersih 1, 2 dan 3 tapi dalam masa yang sama dia menyatakan keyakinan yang pembangkang akan menang sekian-sekian kerusi dan memperolehi kemenangan selesa.

Disitu pun dah nampak tak betul, bagaimana kata UMNO/BN menipu dalam pilihanraya tapi kemudiannya mendakwa Pakatan boleh menang?

Semua ini sepatutnya memberi alasan kepada rakyat kenapa BN perlu dipertahankan.  BN mungkin bukan kerajaan yang sempurna (tiada siapa yang sempurna pun), tapi BN tidaklah bersandiwara sebegini hebat, dan dalam masa yang sama cuba membodoh-bodohkan rakyat

Thursday 12 July 2012

Tokan Rumah Urut Pun Tunduk Hormat Pada Faekah Husin!


Sungguh melucukan dan sungguh malang nasib rakyat Selangor yang mendapat Exco tidak berapa cerdik sehinggakan tugas posmen pun dia tidak tahu.
Sebenarnya bukan Ronnie tidak tahu atau tidak faham tugas seorang posmen. Dia faham , cuma dalam usahanya untuk membodek Faekah maka dia terpaksa memperbodohkan dirinya.
Tugas seorang posmen adalah mengambil surat-surat dari Pejabat Pos dan menghantar kepada orang -orang yang dialamatkan. Posmen tidak dibenarkan membuka surat-surat yang dihantarnya. Jauh sama sekali untuk seorang posmen menulis pula satu surat lain untuk memaklumkan kepada penerima tentang kandungan surat daripada pengirim. (seterusnya baca sini)
RG : Dasat aura Faekah walaupun takat setiausaha politik MB je, mampu "tundukkan" exco tokan rumah urut merangkap kepala samseng / kongsi gelap yg dulu kemain ganas berseteru dgn Hasan Ali.. pakai nasik kangkang ke?


Tuesday 10 July 2012

Biar Betul, BN & PAS "Bersatu" Di Dataran Tahrir!

KAHERAH 9 Julai - Presiden baru Mesir, Mohammed Mursi melalui satu dekri mengarahkan Parlimen yang dikuasai oleh parti pimpinan beliau yang sebelum ini dibubarkan, bersidang semula sehingga Parlimen baru dilantik.

Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam kemudian, Mahkamah Tinggi Perlembagaan Mesir yang membubarkan Parlimen pada bulan lalu menolak dekri berkenaan, menyatakan ia tidak sah.
"Keputusan mahkamah adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan," kata badan kehakiman itu dalam satu kenyataan.

Ia dibuat selepas Presiden baru itu mencabar kewibawaan Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir (SCAF) yang sebelum ini bertanggungjawab membubarkan Parlimen negara melalui arahan mahkamah berkenaan. (selanjutnya baca sini)

RG : Bior betul Pemuda mesir tu angkat poster perpaduan antara BN & PAS. Dulu pun PAS pernah bersama dalam BN. Bila agaknya PAS akan dapat hidayah, mufaraqah dengan DAP & kembali ke jalan yang benar? Marilah sama2 sokong perpaduan Islam!

Monday 9 July 2012

Bantah ISA: Abby Abadi Terkena "Guna2" Nik Aziz?

"Tabik spring" pada bekas inspektor tv celup abby abadi! beliau menunjukkan prinsip keadilan yg "dasat", sampai sanggup "gegar" kem kamunting demi memperjuangkan pembebasan tahanan ISA. agaknya effect lepas ditarbiah Tuan Guru, mujarab betul terompah second hand tu ye!
"..takkan tak boleh pikir benda2 yg kita patut buat & tak patut dibuat sebagai umat manusia, umat Muhammad yg beragama Islam.." agaknya lepas ni Abby akan gegarkan rumah2 urut, kelab2 malam, kandang khinzir 100 juta bahkan kilang calsberg kat selangor nun.. gegar, jangan tak gegar! tak takut dengan ronnie liu kan?
"..saya bercakap untuk rakyat, bukan untuk saya.." berapa ramai yg kena tahan ISA tu? 45 orang? Ambo rasa lagi ramai umat Islam yg nakkan rumah2 urut, kelab2 malam, kandang khinzir 100 juta bahkan kilang calsberg kat selangor nun ditutup. maknanya, lagi afdal untuk dibantah. Apa lagi, kasi gegar la! kalau berani buat, ambo tabik seploh kali, jangan jadi "Umat Muhammad & pejuang kebenaran" depan penjara aje.

Tak pun lagi afdal abby & pejuang2 "kebenaran" berdemo depan rumah Tuan Guru. desak Nik Aziz sediakan air paip bersih untuk rakyat kelantan. mesti berjuta2 rakyat kelantan setuju & akan sokong beliau. tak laksanakan amanah sebagai MB pun salah jugak.. silap2 rakyat kelantan lantik mung jadi MB ganti Nik Aziz!

RG : sedih bila mereka2 yg mengaku Umat Muhammad tapi tanak ikut apa Nabi kata.. Nabi tegur bila ada orang zikir dgn suara kuat. tapi diorang ni buat ikut suka hati diorang je. klik sini

Saturday 7 July 2012

Di Ambang Sakaratul Maut Pun Belum Tentu Anwar Berhenti Dari Politik!

3-4 hari lepas ada keluar kat surat kabo kata Anwar nak berhenti dari politik kalau tak menang PRU 13. bunyinya macam orang dah give up, dah surrender awal2. sokongan rakyat dah makin surut, tinggal yg totok & tegar je yang masih setia. kemungkinan PR nak bungkus masa PRU nanti amat cerah. belum masuk kes liwat yg bakal dibukak semula kat mahkamah rayuan..

tapi ini mungkin jugak taktik reverse psychology. ye la, bila kononnya anwar dah give up, jentera umno pun ambil lewa & tak berkerja keras untuk PRU. Ingat lagi bila Guan Eng kata sebelum PRU12? "DAP nak menang sikit je" tau2 dia pulun habis2an, sampai P.Pinang tergolek kat tangan dia!
Tuan Guru pulak dalam kenyataannya mintak anwar jangan berhenti. Tengok beliau, dah tua2 pun tanak turun dari takhta. alang2 jadi ditaktor dalam parti, bior sampai mati! anwar aje la harapan Nik Aziz untuk jadi geng sekepala. dulu Tuan Guru kata mahathir nak jadi PM sampai mati, tapi dah bertahun mahathir berhenti, Tuan Guru masih buat2 tak reti. alasannya, akar umbi tak kasi!

Parasit dalam PAS yang berkiblatkan Anwar kompom tanak dia berhenti. dia je la harapan & jambatan kepada dana yahudi yg berjuta2 jumlahnya tiap2 tahun. dapat sepersen dua dari jumlah tu pun boleh jadik kaya raya. pandai bodek & ampu kompom penuh pitih kat saku. lubuk duit anwar ni, selagi dia disokong yahudi, pitih takkan putus2 mari!

Ambo yakin anwar saje je nak test market bila dia kata nak berhenti. keinginan dia nak jadi PM takkan pernah padam, walaupun gagal masa PRU 13. apa susah, ke 14, ke 15 kan ada lagi. tambahan pula bila banyak kes terbelit di lehernya, liwat, chinadoll, songlap 3 bilion, tipu 16 sept dan lain2 lagi. peguam2 upahannya cuma boleh tangguh kes, tapi tak boleh nak selesaikan. hanya dengan jadi PM sajalah kes2 ini boleh "disenyapkan"..

RG : Anwar memang dah diketahui umum kaki penipu. kalau dia kata nak berenti, maknanya nak kekal samai mati la tu..

Friday 6 July 2012

Edisi Jumaat : Artis Tertipu Dengan Terompah Second Hand?

Dah jadi macam trend pulak 2-3 menjak ni artis masuk PAS. masing2 kata dah bertaubat dari bergelumang "dosa" dalam dunia artis dan mula menemui "hidayah", mula nak amalkan ajaran Islam. Baguslah, ambo pun bukan jenis yang minat sangat artis2 menyanyi & berlakon dedah sana-sini. kalau tengok tv pun takat berita, halaqah, Al-Kuliyyah. tak pun National Geographic. 
Tapi apa perlunya menyertai PAS? pasal diketuai seseorang yang digelar Tuan Guru? yg mendakwa dirinya alim ulama? ambo paham kalau nak memperbaiki diri tu kena la ada bimbingan mereka2 yg ada ilmu, tapi bukan pada kaki penipu. Ulama hapa kalau sanggup berkerjasama dgn syaitan, kata Allah pun mencarut, kata Nabi tu sama je dgn mamat2 kt kampung? bab tolak perpaduan sesama Islam jgn cerita la..
mungkin jugak diorang terjerat bila dikata tiap2 muslim itu mesti ada dalam jemaah & tak boleh terpisah dari jemaah. Dan ikut diorang lagi, PASlah jemaah tu (ambo pun ada pengalaman jugak dengan tarbiah2 PAS ni..) Jemaah apa kalau kalimah Allah pun boleh share dengan Kristian untuk triniti diorang, sanggup tuduk pada pengamal pluralisme, LGBT & anti Islam?
Mungkin jugak diorang terpesona dengan ganjaran ribu2 setiap ceramah. maklum la, menipu orang ramai dgn "derma jihad" diorang memang acara wajib dalam ceramah PAS. sapa tak suka dapat ribu2, pastu siap kata ini lagi "afdal" dari bukak aurat jadi artis. afdal hapanya menipu & menghasut orang ramai lawan pemerintah Islam, sama je buruknya dengan jadi artis yg dedah2 tu.
Tak terfikir ke diorang ni apasal banyak dikalangan ulama sebenar dalam PAS dah mula menjauhkan diri dari parti tu sendiri? Ust, Nasha, Hasan Ali, Hasan Basri dan sebagainya. Ust Haron Din pun dah lama tak dengar cerita. Apa artis2 ni tak pernah ambik tahu kenapa diorang menjauhkan diri? atau diorang lebih terpesona dgn ustat celup yg kuliahnya dipenuhi lawak jenaka, masalah agama jadi bahan gurau senda?

RG: Zaman Nabi dulu, kalau Nabi buat kuliah & tazkirah, para sahabat diam, dengar dgn penuh tekun & taat. jauh sekali nak gelak atau ketawa. Itu bukan adap majlis ilmu, adap dalam rumah Allah.

Thursday 5 July 2012

Saman RM 500 Juta : Botak La Rafizi Lepas Ni!

NFC dah start failkan saman pada rafizi & malaysiakini pasal sebarkan fitnah. 500 juta tu.. 2 kali ganda modal utk buat NFC sendiri. senang sikit la lepas ni, kalau dulu diorang yg dok kutuk NFC salahguna dana kerajaan, bela lembu sekor je, pastu letak dalam kondo, takkan mampu bayar balik RM 250 juta duit kerajaan dll. sekarang ni silap2 rafizi & malaysiakini pulak kena "bayarkan" pinjaman kerajaan tu..

Mana nak carik 500 juta? mintak ngan Anwar? kan dia ada songlap 3 bilion duit rakyat masa jadi TPM dulu. tapi, kalau la duit tu boleh digunakan, apasal makan malam dengan Anwar pun kena bayar? ratus2 pulak tu.
mohon dgn Nik Aziz? rasanya dah dekat gondol balak di kelantan ditarah sejak 20 tahun yg lalu. hasilnya pun ngam2 utk bayar mercdez tuan guru je. kalau Tuan Guru pandai bab muamalat & banyak duit, tadak la rakyat minum air berkarat, tadak la nak buat lebuhraya pun mintak derma dulu. tapi rasanya Tuan Guru boleh buat billbord beso2 mintak derma rakyat utk tolong rafizi bayar saman..

Tapi bagi ambo, cara paling afdal bagi rafizi tebus balik fitnah dia tu adalah dgn jadi kuli tadak gaji di kandang lembu NFC, seumur hidup & 7 keturunan beliau. lagipun dia kan baru berhenti keja. kan lembu2 tu tinggal dalam "kondo", best la dapat tinggal dalam "kondo" selama 7 keturunan!

Wednesday 4 July 2012

Anwar & Parasit Tersepit Bab Hudud!

Alhamdulillah, syukur pada Allah bila ada cadangan melaksanakan hudud di Johor. kalau sebelum ni, cuma PAS dilihat lantang melaungkan hudud (tapi senyap membisu bila digertak karpal singh..) Bila ada suara dari belah UMNO tentang perkara ni, ambo yakin ianya bersifat diam2 ubi, tapi berisi. tak macam mereka2 yg bersifat tin biskot, kalau bunyinya kuat, maknanya kosong tadak isi!

Dah 2 kali PAS buat gimik nak laksana hudud, di kelantan & terengganu. tapi habuk pun tadak. bukan nak memperlekeh usaha ikhlas diorang (kalau diorang ikhlas la..) tapi dah muak dengar alasan mahathir tak kasik, umno sabotaj dan sebagainya. kalau bina masjid yang mudah pun Allah tak bagi kemampuan pada diorang, macam mana pulak dengan melaksanakan hukum Allah dalam negeri? kompom lagi susah!

UMNO pulak ada track record cemerlang dalam bab bina beribu2 masjid / surau di seluruh negara, laksanakan sistem mahkamah syariah, buat tabung haji, dirikan universiti Islam dan macam2 lagi. tanpa perlu berkokok keliling Malaysia menceritakan kebajikan yg dia buat. senyap2 je tetiba ada semua kemudahan ini demi umat Islam. macam ni baru tandanya berkat & ikhlas.

Jadi, bila ada suara UMNO nak laksanakan hudud di Johor, ambo ada keyakinan ini bukan setakat retorik. akan ada kajian, perbincangan, penerangan pada rakyat jelata, perubahan pada mahkamah syariah dan lain2. pendek kata ada kerja ke arah pelaksanaan hudud dijalankan. bukan setakat bebuih mulut jaja cerita di atas pentas ceramah tapi satu hapa kerja pun tak jalan.

bila UMNO dah ada usaha nak laksanakan hudud ni, PAS sepatutnya bagi sokongan dan kerjasama demi agama Islam. kita sama2 cari keredhaan Allah. Tapi ada pulak suara2 sumbang yg mungkin dari juak2 PKR kata "tu cadangan UMNO johor je, PM & TPM belum tentu setuju" Najib & Muhyidin tu kan Islam, pasti diorang tak membantah. kalau Karpal Singh & DAP tu lain cerita la.. over my dead body

RG : Jom ramai2 umat Islam sokong usaha murni ni. tinggalkan la Anwar dengan pluralismenya, Karpal & DAP dengan anti Islam diorang. PR takkan laksana hudud selagi diorang yg jadi kepalanya.  

Monday 2 July 2012

Spanyol 4 - Itali 0 : Balotelli & Pirlo Balik Bawak Telur Tembelang..

Boleh tahan dasyatnya Spanyol, 4 das Itali kena. minit ke 14 lagi Itali dah kena sebiji, David Silva punya kerja. Pastu spanyol dapat score lagi minit ke 41, 84 & 88. Bila la agaknya Malaysia nak main dasyat camni?

Formasi unik Spanyol, letakkan 6 orang pemain tengah 4-6-0 nampak menjadik. Tak pernah dibuat orang sebelum ni. Tak ada penyerang yg tugasnya curik ayam depan gol lawan, masing2 kejar bola & control game. Malaysia mungkin boleh praktikkan timeskuad Harimau Muda lawan Myanmar utk kelayakan sukan asia nanti

RG : Ambo sebenarnya tak tengok pun bola pagi tadi, check result kat internet je..