Tuesday, 3 January 2012

Teori Konspirasi: Biar betul! Najib bela "Hantu Raya", "Nenek Lampir" bahkan "Atuk Vampire"?

muka pakcik infomer tu sebijik macam muka pak aji kat atas nih
pelanduk 2 serupa kot?

Cerita dengan tajuk cukup "kontroversi" ni diperolehi dari sorang pakcik "infomer" yg tak boleh "dipercayai" dan berdasarkan sembang kedai kopi jer. Ala, tapi kebanyakan orang kat intenet ni, citer2 yg takda hujung pangkal camni la yang diorang minat. Nak tahu, teruskan membaca..


Nak dijadikan citer, ada la sorang "mala'un" di group Facebooker 1 Malaysia yg mempersoalkan kenapa doa "pecoh perut" Tuan Guru acap kali tak "menjadi" dan asik2 kena kat batang tubuh sendiri aje..ye la, dah berapa kali Tuan Guru masuk sepital dengan alasan menjalani "ujian kesihatan" walhal "menampal" duodenum yang "bocor" buat sekian kalinya.
Apakah doa "pecoh perut" beliau tidak lagi "makbul" & "mujarab"? Mustahil! kalau tak "mujarab" pun, mesti takkan ada apa2 efek pada kedua2 belah pihak.. Apakah lidah Tuan Guru "terple'ot" lalu tersalah sebut nama sendiri setiap kali membaca doa "pecoh perut" beliau? Pun mustahil!! kerana tak pernah sekalipun lidah beliau kelu apatah lagi "berpaling tadah" semasa diwawancara wartawan..kalau Khalid Gagap tu lain cerita la!!
Penyiasatan ambo berkenaan hal ini menemui petunjuk baru apabila bertemu dengan pakcik "infomer" ni masa pi sarapan pagi tadi yang mendakwa tahu apa sebab doa "pecoh perut" "backfired". Setelah diumpan (acah aje ni) "pengeras" berupa setengah dozen karipap daging (huii..demand betul pakcik "infomer" nih, karipap kentang tak nak!) dan secawan kopi o panas, maka beliau pun mula buka cerita..
"Sebenarnya, ada "fakta" yang amat mengejutkan disebalik apa yang berlaku nih," pakcik infomer memulakan cerita. "Najib sebenarnya ada bela "Hantu Raya", "Nenek Lampir" bahkan "Atuk Vampire"!!,"ujarnya dengan nada serius, perlahan tapi tegas. Sebijik karipap daging disuapkan ke mulutnya..
"Eh, bior betul? takkan la Najib ada bela bende2 macam tu!" ujar ambo terkejut campur tak percaya. "Ni la bebudak zaman sekarang!, orang tua cerita bukan nak dengor sampai habis, terus bangkang, terus tolak, terus cop karut dll," balas pakcik infomer. (Pergh, gaya dia cakap tu macam profesor madya "sound direct" murahsiswa "bingai" yang seploh kali diajor bab hukum termodinamik tapi tak masuk2). sebijik lagi karipap lenyap dikunyah ke dalam mulut..
"kalau ye pun, apa relevennya dengan doa pecoh perut?" tanya ambo. "Haa..3 ekor "belaan" inilah yang bertanggungjawab "menepis" doa "pecoh perut" lalu "terpantul" balik kepada Tuan Guru. bukan sekali dua, tapi dah berkali!! benda2 belaan macam ni memang "pakar" dan "diakui" sirim amat berkesan dalam hal2 "menepis" doa pecoh perut" ujar pakcik infomer serius. "kalau la "belaan" camni power, apasal Tuan Guru tak "bela" jer lima nam ekor buat "tepis" balik?" ujar ambo berseloroh. Tetiba PAPPP!! tangan kiri pakcik infomer menepuk meja makan pat segi tu sampai bergegar. tangan kanannya ligat mencapai karipap ketiga dan tamatlah riwayat karipap tersebut dua saat kemudian. Psycho siot pakcik infomer nih!!
"sebenarnya, Tuan Guru dah lama berhasrat nak bela, bahkan beliau pernah membuat "kenyataan terbuka" mengalu2kan mana2 jin & setan yang sanggup "bekerjasama" dengannya untuk "melawan" Najib akan diterima dengan "tangan" & "serban" terbuka. Namun sehingga kini tiada sekorpun berminat nak apply". "Dan jangan tanya kenapa..pakcik tak tau." pantas pakcik infomer menambah bila nampak mulut ambo terbukak nak bertanya. karipap keempat selamat bersemadi di perut beliau..
"Yang ada dok nyibuk nak sesangat cuma sekumpulan komunis rasis, tak "berguna" satu sen pun dalam hal nak "mempowerkan" doa "pecoh perut" Tuan guru demi "menewaskan" Najib dan bela2annya" sayu jer nada pakcik infomer."Tapi, Tuan Guru tidak berputus asa! Beliau dah sediakan backup plan yang cukup mantop.." Pakcik infomer tersengih lebor! karipap kelima pun menemui adik-beradiknya empat yang awal di...di mana? hang pikiaq la sendiri..
"Backup plan "genius" Tuan Guru adalah berhala2 yang rataaaa2 saiznya bagak2 belaka! Jauh lebih besarrrr dari Al-Latta dan Al-Uzza di zaman jahiliah! Tingginya nunnnn mengatasi mana2 kubah "pusat demo berjamaah"! Dengan pelbagai gaya, ada yang berdiri, duduk, baring dan termasuk la gaya "mengaminkan doa", diserata negeri! Najib dan "belaan2nya" kompommmmm tak boleh "menepis" doa "pecoh perut" yang seterusnya! HAHAHAHAHAHAHAHA!! kecuali la dia mendapat bantuan..... "moyang alien" yang tengah "bertapa" di planet Uranus, yang mana pada perkiraan pakcik adalah M.U.S.T.A.H.I.L..." ujar pakcik infomer dengan gaya khatib takde tauliah membaca kutbah.. Nadanya  psycho  tapi kompiden sekali!! Karipap terakhir lenyap bersama kopi o yang tinggal suam2 misai kucing sebab terbiar lama di atas meja..
Ambo yang tak sempat menyampuk dari tadi bertanya "Jauhnya kat planet Uranus. kalau "hantu raya" & "nenek lampir" boleh carik dekat2 sini, tapi "Atuk Vampire" tuh "import" dari Kazastan ke?" Pakcik infomer hanya tersenyum lalu berkata "maaf, pengeras dah habis, no pengeras, no talk." kemudian beliau terus blah dengan kapcai c70nya meninggalkan ambo dengan bill RM3.50 walhal ambo belum sempat jamah apapun!!

Moral of the story: sapa yang baik hati nak tolong bayar RM 3.50 ni angkat tangan!!

No comments:

Post a Comment

Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..