Thursday 27 December 2012

Calon PRU Bersih Rasuah : Ada Berani?

RG : Calon PRU yang bakal jadi YB, bakal pikul amanah rakyat untuk 5 tahun berikutnya kena la bersih. bukan takat bersih dari rasuah je, kena bersih serba serbi. so, yang ada kes rasuah tanah juta2 tu, tak kira la yg kasik ataupun yang terima rasuah, tak boleh la jadi calon. Bukan takat SPRM je, SPR patut kerjasama dengan JAKIM & Majlis Mufti, tapis sekali yg pro pluralisme, libral, LGBT, termasuk la pembalun chinadoll & penjual aiskrim tadak tauliah. kan? kan?

Wednesday 26 December 2012

Tak Jadi Kiamat..

RG : syukur la bila kita masih lagi nampak matahari terbit di timur dari satu jumaat ke jumaat yang seterusnya. ada lagi peluang & ruang untuk bertaubat, contohnya untuk mereka2 yg keluarkan amanat kafirkan sesama Islam bertahun2 dulu, kan? kan?

Wednesday 12 December 2012

PAS Pro Pada Syiah?


RG : Bahaya Syiah ni, pernah nampak orang2 PAS bawak gambar khomeini masa demo. diorang tau ke tak pasal syiah ni?




Tuesday 20 November 2012

Anuar "Murtad" Secara Terbuka, Nik Aziz Buat Dunno Je!

2-3 hari ni panas berita pasal Nik Aziz tuduh UMNO parti murtad.. Subhana-Allah, bukan kecik2 anak tuduhan tu!

Alasannya pasal UMNO tak laksanakan hudud. Walhal dah dikatakan dari dulu, UMNO belum mampu laksanakan Hudud lagi pasal komposisi rakyat Malaysia yg berbagai agama & bangsa ni. Tambah pulak Melayu Islam berpecah..diajak bersatu tanak. salah sapa agaknya eh?

Dalam sejarah, golongan khawarij je yg suka memberontak melawan pemerintah, sentiasa tak puas hati itu ini & tuduh pemerintah macam2 tapi bila diajak bersatu & selesaikan masalah, dia tanak pulak. Lagi sanggup jadi hamba si harbi dari kerjasama sesama Islam.

Anuar siap "tunduk sembah" mendiang Beng Hock, tadak pulak Nik Aziz cop dia murtad, bahkan siap setuju & sokong barua yahudi sorang ni jadi PM kalau PR menang.. tu belum kes sokong murtad, sokong LGBT, sokong kalimah Allah dalam trimurti kristian, sokong yahudi, dll. 

Jadi, sekarang ni sapa yg murtad sebenarnya? Ambo tanak kata, tepuk dada tanya iman, tepuk dahi cakap Astagfirullah hal azim!  
  
RG : Biasanya khawarij ni tak sedar yang dia tu khawarij..

Wednesday 7 November 2012

Edisi Budak Sekolah : Banjir Di Kampung Saya

Hujan turun dengan lebat sejak semalam dan hari-hari sebelumnya. Akibatnya, halaman rumah saya mula digenangi air. Jiran-jiran sudah mula berkira-kira untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir jika air naik lebih tinggi hingga masuk ke dalam rumah. Keluarga saya pula............................................. (sila sambung karangan ini tidak kurang 750 patah perkataan, menggunakan gambar2 yang diberikan sebagai rujukan. Terima kasih!)  



RG : yang pakai kemeja tu YB tempat ambo. bagus YB turun tengok rumah jiran sebelah. Beliau rajin jugak turun tengok kawasan. bukan takat time banjir2 je, pernah jugak terserempak berjamaah kat masjid kampung ambo, walaupun rumah beliau kat pekan Ayer Hitam nun...

Tuesday 6 November 2012

Yahudi Bayar Nurul Izzah Berapa Juta Eh?

Berita paling gempaq minggu ni pasal Nurul Izzah kata Melayu pun ada hak kebebasan beragama. Jadi, Melayu tak sepatutnya terikat dgn agama Islam.. bebas nak pilih agama lain. seronok sakan la khadam2 penyebar kristian & pluralisme.. anak bakal PM kasi lesen besor sebarkan kristian & lain2 agama pada orang Melayu! tak payah susah2 yahudi nak cakap itu ini, dah ada balaci beragama Islam yg tolong cakap bagi pihak diorang!

ambo malas nak komen lebih2. baik baca apa YB zulkifli nordin tulis kat blog beliau, (klik sini) jelas lagi terperinci. Kabo kat kekawan & sedara-mara : Selamatkan Malaysia, Melayu & Islam dari mala'un2 penggadai agama dalam PR. Gunakan hak anda masa PRU nanti!
RG : macam bapa dia la.. bebas nak tunduk sembah mendiang beng hock. agaknya Brader Anwar Bin Ibrahim dah keluar dari Islam pun masa sembah ni, masuk agama lain. Kebebasan beragama beb! Nurul Izzah bila lagi?

Thursday 1 November 2012

Nik Aziz : Antara "Jangan Menyibuk" & "Dah Nyanyuk"!


Melatah jugak Nik aziz bila ditegur & didesak letak jawatan oleh anak muda kelantan sendiri. sampai dia kata diorang tu "pengganggur" & diberi amaran "jangan menyibuk". Huii.. anak2 muda tu dikira bernasib baik pasal Nik Aziz tak "ringan mulut" gunakan sejata mautnya, "doa pecoh perut"! (baca pengalaman ambo pasal doa pecoh perut ni kat sini)

Nik Aziz kabo yang dia tak ambik pusing desakan "penganggur2" yg tadak kerja ni.. (diorang tadak kerja pasal kerajaan negeri tanak buat peluang kerja.. salah sapa tadak kerja ni eh?) kalau desakan tu dari ahli PAS sendiri mungkin jugak dipertimbangkan, kata dia lagi.

Agaknya Nik Aziz dah lupa (maklum la, umur dah terlajak jauh ke masa kecederaan..) dulu dia jugak yg desak Tun Mahathir berenti, walaupun dia bukan ahli UMNO pun. tapi bersungguh2 benor dia desak Tun letak jawatan, sampai gelarkan Tun "mahafiraun" pasal firaun kat mesir zaman dulu2 berenti jadi raja bila dah kiok je. tapi bila kena batang hidung sendiri dia kona lain pulak. apa kes?
Agaknya Nik Aziz dah lupa kes tu. ye la, cerita dah lepas lebih seploh tahun, orang2 tua pulak kerap dihinggapi penyakit pelupa.. (sebenornya PAS sinonim dengan penyakit pelupa ni, tak percaya tanya la Mat sabu & Ostat Azizan) Orang pelupa ni sepatutnya duduk rumah je, tenangkan fikiran, banyakkan amalan. bukan kena tadbir negeri, kena ingat itu ini.. payah jadinya!

air paip kotor & berbakteria, 
nik aziz lupa. 
masjid dalam negeri tak dibina & diselenggara, 
Nik aziz lupa. 
berhala makin bersepah merata2,
Nik aziz lupa.
Lembah sireh yg penuh tanda tanya,
Nik aziz lupa.
ladang rakyat yg rakyat rasa terpedaya,
nik aziz lupa. 
projek Jamnpari husam yg lesap juta2,
nik aziz lupa.
Kelatan juara bertahan HIV punya carta,
nik aziz lupa.
tanah rizab negeri digadai pada org cina,
nik aziz lupa.
Rakyat terbiar tadak kerja,
nik aziz lupa.
kes Kek hari jadi RM500 reganya, 
nik aziz lupa.
salahkan UMNO atas segala perkara,
tu je yg dia tak pernah lupa!

Ada yg kata Nik aziz ni bukan takat pelupa, tapi dah nyanyuk tahap kritikal. sampai Nabi masa kecik pun dikata serupa macam  mamat2 kat kampung, sampai kata kalimah Allah pun dikata kristian malaysia boleh pakai. blom kes lama yg dia kata Allah mencarut dan lain2 lagi.. Biasanya orang yang nyanyuk tu tak sedar yg dia tu nyanyuk!
Tapi ambo harap dia tak betul2 nyanyuk.. kalau nyanyuk betul, sapa susah? rakyat kelantan yg akan merana dgn keputusan2 tahap nyanyuk dia, ahli2 PAS pun akan ikut tersesat dgn fatwa2 nyanyuk dia, rakyat malaysia terpaksa membazirkan masa melayan kerenah nyanyuk dia. Cuma Brader Anwar Bin Ibrahim & anak beranak Lim dalam DAP je yg gembira dgn kenyanyukkan Nik Aziz. Kalau Nik Aziz nyanyuk tahap gaban & masih jadi mursyidul am PAS selama2nya, lagi diorang suka!

RG : Anak muda tu kan orang kelantan jugak, diorang ada hak kebebasan bersuara. kalau Nik Aziz bersikap terbuka, jemput diorang datang rumah & dengar pendapat + luahan rasa + bermuzakarah dari hati ke hati kan lebih afdal. cuma org dah nyanyuk je tanak buat camni, kan? kan?  

Tuesday 30 October 2012

Hudud: Haji Hadi Dah Tak Takut Pada Karpal?

Haji Hadi nampaknya terpaksa menarik "brek kecemasan" apabila sokongan akar umbi PAS & Melayu Muslim atas pagar makin surut, kering kontang macam kena kemarau. Terbaru, dia kata DAP dah sepakat secara umum dah terima konsep yg dah ada dlm perlembagaan, termasuk la kedudukan agama Islam. tapi selamba je dia jual nama DAP setuju itu ini, dah tak takut disergah Karpal ke?

Mungkin pada perkiraan dia, kalau dia kelentong, PAS dah berjaya tarbiah DAP pasal Islam, org Melayu akan sokong PAS, tak pun ahli2 yang mula nak blah akan kona balik.. walaupun utk sementara waktu. dapat kekal sokongan sampai PRU pun jadik la!

Semua Melayu Muslim kenal DAP memang anti Islam dari dulu. Jeff Oii siap buat ikrar nak jadikan kristian agama rasmi Malaysia, Karpal siam kata "over my dead body", Guan Eng komplen pasal bacaan Al-Quran sebelum subuh, takkan Haji Hadi dah lupa?

kompom karpal akan keluarkan warning pada haji Hadi, walaupun Haji Hadi mungkin konon2nya akan bertegas sikit dalam hal ini, tapi ambo yakin akhirnya dia akan kata tu semua pendapat peribadi dia je.. Hasilnya, DAP tak marah & Melayu kekal sokong PAS, gitu la agaknya congak Haji Hadi.

"Sori la tuan Karpal, ana cuma kelentong sikit pasal tanak sokongan Melayu lari.. berita hudud ni cuma nak elak sokongan lari je.. Mana ada hudud dalam Negara Berkebajikan PAS, iye, Betol!"

RG - satu2nya perkara yg disepakati antara PAS & DAP adalah tadak hukum hudud.. lagipun Haji Hadi sendiri kata hudud cuma 0.001% dari Islam. tapi malu la dia nak kabo camtu depan wartawan!

Thursday 18 October 2012

Dasatnya Lidah Gagap Khalid, Sang Kelembai Pun Serender!

Dulu dia janji nak tutup kilang arak,

tapi sekarang kilang makin besar!
dulu dia janji nak mantapkan Unisel
tapi sekarang unisel rugi merudum
dulu dia janji nak uruskan sampah
tapi sekarang sampah berlambak2 
dulu dia janji nak amalkan ketelusan
tapi sekarang beli bas pun kelepet duit negeri..

bila dia jamin Tawas takkan lingkup
maknanya Tawas akan "bungkus" tak lama lagi
dah boleh start tempah batu nesan..

Dasatnya penangan lidah gagap khalid,
lain dijanji, lain yang jadi!

RG : patutnya khalid kata tawas bakal "gulung tikar", baru la tawas tu akan maju & berjaya. macam bila dia kata Felda bengkrap, sampai sekarang sihat walafiat bahkan makin maju & berjaya..

Tuesday 16 October 2012

Pertandingan Dam Haji Terbuka : Ada Berani?

saja nak maklumkan ada pertandingan dam haji terbuka kat tempat ambo ni. mana2 rakyat Malaysia yg berkesempatan jemput la datang. selain dam aji, ada macam2 lagi aktiviti berteraskan seni budaya & rakyat akan diadakan. tak silap ambo, ada pertandingan memasak, mewarna utk budak2, & 3-4 jenis sukan tradisional. pertandingan kompang pun ada. jom datang reramai!!

RG : Kalau tadak sapa masuk, ambo la sapu hadiah RM 300 tu. he he..

Friday 12 October 2012

PAS Dihurung 1001 Macam Penyakit.. Diorang Sedar Ke Tak Ni?



RG : dipengaruhi komunis disebabkan rapat dgn DAP, dijangkiti pluralisme, libralisme, LGBT & yahudi pasal kamcing dgn PKR.. sekarang diresapi syiah pulak. semua "penyakit" berkerumun kat PAS sekarang.. diorang sedar ke tak ni?

Tuesday 9 October 2012

Karpal Vs Ust. Nasha : PAS Sokong Siapa?

Semua sedia maklum, Ust Nasha selamat mengharungi mesyuarat majlis syura PAS yang akhirnya tak ambil apa2 tindakan pada beliau bulan lepas. jangan kata ambil tindakan, sebut pasal perkara tu pun tak.  
namun, tu tak bermaksud semua orang dlm PR setuju & redha Ust Nasha masih kekal dalam politik, terutama spesis2 harbi. Karpal contohnya, cukup hangin bila PAS tak ambik apa2 tindakan pecat Ust Nasha macam Hasan Ali. kalau PAS tak berani, karpal sendiri nak ambik tindakan!
Terbaru, Karpal bersungguh2 nak saman Ust Nasha. Nak diheretnya Ust Nasha ke gelanggang kepakarannya, mahkamah. Kalau Negara Islam Hadi Awang pun boleh "dikafankan" dengan sekali batuk sahaja, Hudud Nik Aziz pun mampu "ditalqinkan" dengan sekali warning aje, Takat nak "kebumikan" hayat politik Ust Nasha ni kacang buncis je, gitu la agak2nya perkiraan Karpal Singh!

Huii.. tapi keyakinan orang tua oku ni bukan kosong2 beb. Karpal cukup yakin dgn skill putar belit & hal2 teknikalnya dalam undang2. Putar belit undang2 dia ni, kalau diibaratkan serban atas kepala, mau sama tinggi dgn menara klcc.. kalah serban mursyidul am & presiden! 

Bagaimana pula strategi Ust nasha menghadapi harbi tua ni? kalau masa mesyuarat majlis syura hari tu, imej beliau & sokongan terbuka Ust Haron Din mampu menangkis tekanan munafiqun yang lain dalam PAS. Tapi bila dalam mahkamah, pendekatan lain pula perlu dirancang. mampukah Ust nasha menghadapinya?
Bagaimana pula dengan pendirian orang2 kuat PAS yg lain? Haji Hadi yg telah "dikafankan" Negara Islamnya, Nik Aziz yg hududnya tinggal jasad kosong je, nak ke diorang bagi sokongan pada Ust nasha? Ataupun masing2 akan terkucil buat kesekian kalinya bila mendengar bunyi "batuk sakti" & "warning hikmat" karpal singh!

RG : Apa2 pun, ambo tetap sokong Ust Nasha. Negara Islam & hukum Hudud Syariah di Malaysia boleh direalisasikan dgn perpaduan sesama Melayu muslim, bukan dgn ikut telunjuk  oku, presiden ataupun mursyidul yg makin terlajak umur & pegangannya! 

Friday 5 October 2012

Tiket Ke Neraka : Jom Fitnah Tun Reramai!

Mahathir otak dah tak betul, gila & cuba sesatkan orang Islam kat Malaysia. Mesti orang2 umno pun ikut pandangan macam dia jugak. macam mana umno boleh sokong orang camni?

Eh, tak pasal2 tuduh & fitnah tun semacam je.. ada bukti ke?

Mestilah ada bai.. ni ha buktinya. Utusan lagi yang tulis. Mana dia belajar agama hah? Orang tua ni sekular, cakap ikut pala otak dia je!
Memang la tun ada cakap macam tu, tapi kat atas tu sekerat je. sebenarnya tun petik pendapat orang lain. ayat penuh dia bunyi camni :

" Ada orang yang mengesyorkan supaya Melayu ini bersikap kurang ajar sedikit. Syor ini mendapat sambutan. Apa perlunya kurang ajar sedikit? Lebih baik kurang ajar sahajalah. Dengan itu maka berkembanglah pendapat bahawa tidak perlu ada perasaan terhutang budi sampai mati. Jangan ada langsung perasaan terhutang budi. Jangan berterima kasih kepada orang yang menolong kita. Memaki mereka dan memburuk-burukkan mereka tidak salah. Hanya yang diperlukan ialah bersyukur kepada Tuhan. Nikmat dan rezeki yang kita dapati bukan daripada orang yang menyampaikannya. Jika tidak orang itu, orang lain yang akan menyampaikannya. Jadi kita juga tidak perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jika tidak Nabi Muhammad, orang lain akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam. Oleh itu tidak perlulah kita mengagung-agungkan Nabi Muhammad. Memadailah dengan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sahaja."

kalau nak baca ucapan penuh klik kat sini

Tapi betul la dia ada cakap macam tu!

tapi kalau cakap ayat tu adalah pendapat Tun, itu dah kira fitnah. kutuk kata gila, otak tak betul, sesatkan orang & sekular lagi la teruk. Lain kali double check dulu kalau terima apa2 berita, betul ke fitnah. tak pasal2 dapat tiket ke neraka percuma. Ni dah jumpa Tun mintak maaf ke blom? kalau tak, Allah tak ampunkan dosa tuh..
RG : sebenornye Tun petik pendapat puak2 PAS sendiri. Tak payah nak terima kasih walaupun hari2 solat kat masjid dibina UMNO, hari2 lalu kat jalan dibina UMNO, makan beras, gula, tepung disubsidi kerajaan UMNO, naik haji lalu Tabung Haji UMNO, terbang ikut kapal terbang UMNO, dapat beribadat & hidup aman di negara yg ditakdir Allah dimerdekakan UMNO.. perasan ke tak ni? 

Thursday 4 October 2012

Tuan Guru : Bajet 2013 Tadak Nilai "Ketaqwaan"!

RG : pergh.. pedas semacam je ayat dalam picture dari fb nih. dasat dia punya "reverse psychology" tu.. 

Wednesday 3 October 2012

Konvoi Tuntut Royalti: Bukti PAS Berkiblatkan Dunia!


Dikhabarkan Nik Aziz mengetuai konvoi ke putrajaya menuntut royalti minyak kelantan. siap nak hantar 150 ribu tandatangan tanda rakyat kelantan pada najib bagi menunjukkan tindakkan dia tu disokong rakyat.
Huii.. bukan senang nak berkonvoi dari kelate nun ke putrajaya, mau lebih 300 km tuh. agak2 kalau la 1000 kereta berkonvoi (1 keta 4 orang = baru 4000 orang..) satu keta kos minyak RM100 x 1000 keta = RM100,000 untuk duit minyak je. belum masuk makan minum, penginapan, duit poket lagi. 
Kan kes dah difailkan di mahkamah. kumpulkan la segala bukti2 kukuh & hujah2 mantap, lawan kat depan hakim kalau betul2 rasa ada hak. lagi ada faedah. konvoi keluar belanja ribu2 ni tadak apa2 efect kat mahkamah pun.. membazir = sedara syaitan. Nik Aziz tak kisah ke jadi sedara setan nih?

Bab tandatangan pulak agak meragukan. betul ke 150 ribu tandatangan tu sorang2 rakyat kelate sign? agaknya Nik Aziz sendiri sign seploh kali..
Tapi tu semua selingan je, bukan la pokok pangkal artikel ambo ni.. Yang ambo konfius adalah apasal bab royalti, PAS & Nik Aziz bersungguh2 berusaha, siap buat konvoi jauh2 datang ke putrajaya lagi. tapi Kenapa dalam bab hudud, tadak konvoi2 pulak? bukan ke hudud tu asas perjuangan PAS? royalti ni tak masuk "rukun" PAS pun..

PAS cuma ceramah je keliling kampung kata parti depa perjuangkan hudud. tolak PAS = tolak hudud. tolak hudud = tolak hukum Allah. tolak hukum Allah = kapiaq. senang je matematik PAS. Tapi pelaksanaan, tadak. Royalti yang tadak kaitan pulak diusung bersungguh2 perlaksannanya sampai sanggup berkonvoi, habiskan masa, habiskan pitih, habiskan tenaga!

Paling2 ada pun pasal bab hudud ni, Nik Aziz buat statement UMNO tolak hudud. sokong UMNO jahiliah pasal tolak hudud. abis cerita. Yang dia sorok adalah zaman mahathir dulu pun, Mahathir sendiri suruh Nik Aziz betulkan dulu draf hudud diorang kalau nak diluluskan (enekmen hudud kelantan 1993) pasal banyak sangat yg tak betul (sini), tapi sampai la ni tadak tindakan & pindaan dibuat. Nik Aziz buat donno je.

Tapi bab royalti, depa perjuangkan habis2an, walaupun depa tau, bidang kuasa laut kerajaan negeri kan takat 3 batu nautika dari pantai. ada ke petronas buat pelantar minyak 3 batu dari pantai kelantan? tadak kan? semua kat tengah laut sana, dalam bidang kuasa kerajaan pusat. jadi terpulang la kepada budi bicara kerajaan pusat nak kasi. Tapi depa sanggup redah, failkan kes kat mahkamah, buat konvoi, kumpul tandatangan.. pitih punya pasal!
Sapa tak tau nasib balak kat kelantan. habih ditarah PAS. tanah rizab pun digadai dengan cara paling licik, janji jadi pitih (sini). PAS selalu tuduh sapa2 undi UMNO cuma nakkan dunia, sapa undi PAS maknanya nakkan akhirat. Tapi jaga kebajikan masjid, rumah Allah  pun fail. hakikatnya, PAS tak pedulikan pun Islam, tapi cukup terliur dengan pitih, walaupun ilmu muamalatnya cuma takat tebang balak & jual tanah semata2!

Jadi, ambo harap lepas ni PAS boleh la buat konvoi tuntut hudud dimasukkan dalam buku jingga ke rumah Anwar, rumah karpal & rumah anak beranak lim. bawak 1 juta tandatangan desak diorang terima hudud. kendian selak balik enekmen hudud 1993, pinda mana2 yg tak betol tuh. baru la namanya parti berasaskan Islam. tapi kalau tak, maknanya PAS cuma  bertopengkan Islam tapi berkiblatkan dunia!

RG : Royalti tu elok kasi direct macam BR1M, baru rakyat kelate rasa. Kalau ikut kerajaan negeri, tersekat kat "serban" Nik Aziz aje la!

Tuesday 2 October 2012

Nik Aziz Punca Berhala Bersepah di Kelantan.. Apa Kes?


Artikel luahan rasa, 
dari saudara kat kelate sana.. 
copy paste direct dari buku punya muka, 
jom baca dan fikirkan bersama2, 
moga dapat hidayah dari Allah Taala.. 

Assalamualaikum wbt. Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.

Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran Pas di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat.

Setentunya keluarga kami adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.
Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin Pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi.

Inilah yang menyedihkan kami. Selama Pas bertapak di Kelantan, setahu saya Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan.

Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan Pas adalah kerajaan yang bersih.

Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.

Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah.

Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;

1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.
2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.

Tetapi di bawah kerajaan Pas mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.

Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah Pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan.
Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan.

Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok. Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di Asia Tenggara.

Ditakdirkan Allah, kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya. Pakaian sami itu berwarna putih.

Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan. Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat. Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan. Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala, sedangkan Nabi Allah Ibrahim sendiri dengan kudrat Baginda memusnahkan berhala.
Tok sami itu memberitahu, bahawa pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pada 6 Jun 2009. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi pada 6 Jun.

Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat Siam.

Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja melibatkan belanja lebih daripada RM2 juta. Kami terkesima. Kami terfikir syiar manakah ini? Hari demi hari berlalu, namun hati kami masih lagi pada Pas.

"Kami mahukan sebuah parti Islam," desis hati kami. Pas telah sedarah dan sedaging dengan hati kami. Kami pejamkan sebelah mata. Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga Siam.

Terkeluar hal politik ketika borak. Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong ketika pilihan raya dulu. Maka tukang gunting Siam itu mengatakan beliau menyokong Pas kerana tok sami mereka berpesan jika Pas menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi.
Kami benar-benar terkejut. Allah Maha Besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami. Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal, saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi 'neutral' dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap Pas.

Ianya memang sukar, tetapi saya gagahkan jua. Saya berfikir dalam isu berhala, 'parti' manakah yang benar-benar membela Islam di dalam isu yang sememang besar. BERHALA!!!

Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum Hindu.

Terlalu ramai kah kaum Hindu di Kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lagi?. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa Hindu.

Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa 'sunyi' dan jarang mendapat kunjungan kaum Hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit.

Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di Kampung Berangan. Orang-orang kampung heboh sebentar apabila TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM50 ke dalam tabung masjid.

Kemudian beliau berangkat ke wat Siam di Tumpat setelah solat Jumaat dan mendermakan RM1,000 tanda keikhlasan dan hak sama rata kerajaan negeri.

Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang-orang di Kampung Berangan yang merupakan kubu kuat Pas. Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat Siam @ kuil Hindu di Kelantan dan tanyalah sami di sana tentang 'prihatinnya' kerajaan Pas terhadap mereka.

Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini.

Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya? Pendapat peribadi saya, demi mendapat undi kaum lain, TG Nik Aziz perlu bertindak demikian.
Kuasa di tangan beliau. Susah sangat kah ingin menolak pembinaan berhala, sedangkan Nabi Ibrahim AS bergadai nyawa memusnahkannya. ALLAHUAKBAR!!!

RG : Kelantan yang ditadbir 100% PAS pun berhala boleh bersepah.. kalau kongsi dengan PKR + DAP tadbir Malaysia lagilah dahsyat jadinya. Kenapa Allah takdirkan ni nasib kelantan dibawah PAS? cuba renungkan..

Monday 1 October 2012

Bila Azmin Bercakap Bab Moral..

RG : PR memang tak pernah ketandusan pemimpin bermasalah moral.. eleh, LGBT pun selamba je Azmin sokong, takat belanja aiskrim apa la sangat, kan? kan?

Penangan Bajet 2013 : Anwar Kena Parkinson?

RG : belom lagi tanya pasal jam omega lagi tu.. dah jumpa ke belom?

Friday 28 September 2012

Bajet 2013 : Anwar Dedahkan "Kelemahan Maut" Najib!

Baru2 ni, Anwar telah mendedahkan "kelemahan" pentadbiran Najib dengan cara yang paling "stylo" sekali. Walaupun Najib siang malam pagi petang dok kata nak lakukan transformasi & penambahbaikan kerajaan, namun ada satu yang Najib terlepas pandang.. Najib lupa nak turunkan rega sewa jet peribadi. Kecoh satu Malaya rega sewa jet peribadi mahal tahap gaban beb!

Hal ini dibuktikan dengan kos yang terpaksa Anwar bayar untuk kos sewa jet peribadi dekat cecah RM 96 ribu untuk 2 hari je. Tu baru 2 hari, kalau anwar nak sewa jet tersebut untuk 30 hari, beliau terpaksa membayar RM 1.44 juta! 
"Memang patut pun kata BN = barang naik. Najib sepatutnya lebih sensitif dengan golongan berpendapatan super hyper rendah (singgit sebulan) tapi berselera besor macam aku ni" dengus Anwar tak puas hati.

Dipercayai Anwar akan menggunakan "kelemahan" ini sebagai modal kempen PRU 13, selepas tak boleh nak auta orang muda sokong PR. Kan Pro M kalah teruk dalam pilihnraya kampus 2-3 hari lepas. seluruh jentera PR akan digerakkan untuk kempen "Turunkan Harga Privite Jet" sejurus selepas Najib selesai bentangkan Bajet 2013. Anwar cukup kompiden bajet Najib tak sentuh benda ni!

Pihak jentera BN harus berhati2 dengan kempen PR lepas ni. Tak mustahil Anwar akan menaburkan janji rega sewa privite jet serendah singgit demi menarik sokongan orang ramai.. sangat2 tak mustahil!
RG : kalau ada terjumpa tabung derma macam kat atas ni, boleh la derma tisu & kertas terpakai. nanti anwar boleh jual timbang kati. kalau ada duit utk didermakan hatta seposen pun, lagi afdal derma kat surau/masjid..

Thursday 27 September 2012

Bajet 2013 : Kalau Ikut Palotak Anwar!

RG : bayangkan gaji singgit boleh sewa Jet dengan rega RM 96,000 (sini).. kalau ikutkan, Anwar kena menabung selama 8,000 tahun baru mampu bayar sewa tuh. Ajaib kan? kan? 

Wednesday 26 September 2012

Pro-Aspirasi Menang : Sapa Tak Puas Hati?

Pro Aspirasi menang besar dalam pilihanraya kampus universiti.. OK la, Alhamdulillah. teringat time masa kat u tak lama dulu. tapi ambo jenis tak ambik pusing sangat bende2 camni.. ngundi dulu kat u pun pasal kena warning sesapa tak ngundi kena tolak pointer, pangkah sembarang je la!

Apa pun, ini bukti majoriti golongan muda bersikap terbuka & berfikiran matang dengan hak yang diorang ada, cuma sekerat 2 jer yang emo tak pasal2, sokong ikut rasa & retorik semata2.
Apa2 pun, mahasiswa2 kena sedar yg diorang di u tu adalah satu bentuk jihad, jihad fisabilillah menuntut ilmu, cukup2lah kempen & politik, abis ni rerajin la belajo. Jgn jadi macam 3-4 kerat yg taksub sangat berpolitik 25 jam sehari, 8 hari seminggu, sampai amanah & jihad diabai (takat 2 pointer lebih apa barang beb!)

kalau ada yg sampai masam muka pasal pilihanraya kampus tu, mintak la maaf & kukuhkan balik silaturahim, tak kira la pro apa pun. sapa yg mintak maaf dulu, dia la yg paling ambo respek!

Mahasiswa2 yg bijak & terpelajar kena la tunjuk contoh terbaik dlam hal2 camni. bior "org tua2" yg tak habis2 gaduh bab politik kat luar kampus tu malu sikit!
RG : mood ambo tengah baik hari ni, pasal jumpa lagu tema masa blajo kat U dulu.. Layan!

Monday 24 September 2012

Ulasan Berita : Kami Komited Nak Jadi Sedara Setan! - PR


SHAH ALAM – Pemilihan sebuah kerajaan yang bersih, baik dan boleh dipercayai, lebih penting berbanding tanggungan kos tinggi untuk Selangor mengadakan pilihan raya berasingan daripada negeri lain, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
- Kerajaan yang bersih, baik dan boleh dipercayai? pakatan langsung tadak ciri2 ni. Bersih apa kalau sampah tak terurus, baik apa kalau pub & rumah urut yang makin berlambak2, dipercayai hapa kalau ajak debat pun MB lari gi siam!
- Kos tinggi takpe? duit cukai rakyat tu, kalau duit dari poket korang takpe jugak!

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran, Ronnie Liu berkata, ini kerana, jika rakyat tersalah pilih kerajaan, perbelanjaan negeri atau negara akan semakin meningkat akibat memilih pemimpin bermasalah.
- pemimpin bermasalah & punca masalah contohnya macam Ronnie liu sendiri. sapa tak kenal tokan rumah urut aka kepala kongsi gelap ni?
“Kos lagi tinggi kalau pilih kerajaan membazir, melakukan jenayah rasuah atau ketirisan. Lagi teruk nanti kalau sampai harga air dan elektrik meningkat.
- Hahaha!! tokan rumah urut bagi nasihat. jasa apa dia jadi exco? halang majlis rampas arak ada la! membazir duit rakyat selangor bayar gaji dia ni.
- rega air naik macam kat kedah. pandai kepala kongsi gelap ni, diam2 hentam PAS!

“Bagi saya, kita kena buat perbandingan. Memang kos tinggi kalau buat pilihan raya berasingan, tapi ia berbaloi jika boleh memilih kerajaan lebih efisien, saksama dan bersih,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas berhubung pendirian Selangor yang enggan menyertai negeri lain pada PRU13 nanti.
- dalam hati ronnie kata "kita kena ratah habis2an. peduli apa kos, tangguh PRU ni berbaloi untuk dapat lebih masa melapah saki-baki reta benda kerajaan negeri dgn  lebih efisyen, licin & bersih" katanya kepada kroni2 DAPnya yg tak habis2 kira pitih! 

Beliau berkata, hampir 500,000 pengundi baru di Selangor, namun setakat ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh memberi jaminan daftar pengundi itu bersih.
- Laa.. hari tu baru khalid gagap cakap dah kenalpasti pengundi2 baru ni (sini). Ronnie auta!

Ditanya tentang jumlah pengundi yang mungkin terjejas jika pilihan raya diadakan secara berasingan, Ronnie berkata, ia tidak menjadi masalah kerana Kerajaan Negeri akan memilih tarikh bersesuaian untuk mengadakan pilihan raya negeri nanti.

“Kita ada kuasa untuk pilih tarikh pilihan raya negeri. Jadi kita boleh cari hari cuti supaya pengundi boleh keluar mengundi,” katanya.
- kalau la Ronnie yg berkuasa pilih tarikh PRU, kompom dia pilih tarikh 30 februari, tak pun hari kiamat untuk rakyat selangor keluar mengundi!

Adun Cempaka,  Iskandar Abdul Samad berkata, pendirian Selangor untuk mengadakan pilihan raya asing itu adalah mengikut Perlembagaan Malaysia dan perkara itu sudah dibincangkan dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

“Ini adalah hak kita dalam demokrasi. Kalau kata kos tinggi, (Kerajaan Pusat) buatlah pilihan raya bersama-sama (Selangor).
- Pulak? kerajaan pusat kena ikut tarikh PRU negeri? "demokrasi terpimpin" ikut palotak pakatan ni memang pelik2..

“Saya yakin rakyat sekarang tertunggu-tunggu untuk mengundi seperti mana yang berlaku dalam himpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), ramai yang turun sertai. Jadi saya rasa tidak timbul isu jumlah yang turun mengundi pada PRU13 ini akan terjejas jika rakyat terpaksa turun undi dua kali,” katanya.
- dah tau rakyat tertunggu2 tu x payah la buat lambat & asing2. jimat masa & duit minyak keta rakyat gi ke tempat mengundi. apa la.. 

Sementara itu, Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong menyifatkan mengundi dua kali dalam pilihan raya berasingan adalah antara proses pengukuhan sistem demokrasi biasa seperti yang diamalkan di negara maju.
- asing ke, serentak ke, dua2 sama je, ngundi jugak. malah lagi baik serentak pasal jimat kos, jimat masa, jimat tenaga. setan je yg suka membazir2 ni.

“Saya lebih hairan kenapa isu ini (pilihan raya asing) timbul sedangkan perkara ini telah diumumkan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) sejak 2010 lagi. Jelas Kerajaan Pusat takut dengan PR yang mahu adakan pilihan raya secara berasingan,” katanya.
RG :- ambo pulak hairan kenapa Eli kangkang ni masih jadi exco walaupun gambo kangkangnya tersebar kepada umum sejak 2009 lagi. Jelas budaya LGBT dalam PR bukanlah suatu yang dilarang malah dibangga2kan! 


Friday 21 September 2012

Hudud : Kenapa Nik Aziz Sayang Sangat Karpal Singh?


Hui.. kemain Nik Aziz kritik media cetak yg kononnya mempertikai kenyataan Karpal Singh DAP & pendirian PR (Anwar Ibrahim) dalam buku jingga kata tadak hudud. patutnya media kena ikut selera beliau, persoalkan kenapa UMNO tanak pinda perlembagaan Persekutuan. Dia kata, karpal singh kabo Hudud takleh dilaksana pasal bertentangan dengan perlembagaan, dan bila UMNO tak pinda perlembagaan,  maka yg halang hudud ni adalah UMNO, pendek kata semua salah UMNO!
Licik betul more sit doll hAM PAS ni kona sana sini nak salahkan orang lain. Kena la ingat, syarat nak pinda perlembagaan kena ada 2/3 kerusi, Parlimen ada 222 kerusi, 2/3 = 148 kerusi. La ni UMNO cuma ada 77 kerusi je. PAS pulak 23 kerusi. mana cukup. Komponen BN lain belum tentu setuju nak pinda.

kalau betul nak hudud, PAS bertanding la minimum 148 kerusi. kalau menang semua, jadi kerajaan, tak payah nak tunggu orang lain pinda perlembagaan, sendiri pinda. Ni PAS cuma nak tanding 70 kerusi pada PRU 13 (sini), apa cerita? Nak laksana hudud ke tak ni? Takkan PAS nak sembah pale lutut DAP harbi & PKR illuminati mintak diorang sokong pindaan untuk hudud? 

dari situasi PAS cuma diberi 70 kerusi je dalam kuota PR dah menunjukkan DAP & PKR tanak PAS jadi dominan dalam PR, jauh sekali nak sokong hudud. Diorang nak PAS kekal jadi pak turut, kuli & kaldai tunggangan je. ada ke tuan kaldai nak dengar cakap kaldai mintak itu ini? tadak. tapi kalau tuan kaldai suruh si kaldai tinggal dalam kandang babi pun, si kaldai tak boleh buat apa2..redha & wala je la!

sebab tu la bila karpal istiqamah dari dulu sampai sekarang kata langkah mayat dia dulu kalau nak negara Islam (& hukum hudud) PAS tak berani komplen apa2. cuma boleh berangan kata kat dada karpal ada bulan!
bila digubal & dilancarkan buku jingga PR, hudud PAS tak masuk senarai pun, Anwar Ibrahim campak dalam tong sampah je, jaga hati DAP kafir harbi beb. PAS cuma merengek2 manja je, pastu salahkan UMNO, tapi langsung tak berani nak keluar dari pakatan.

Kenapa Nik Aziz bersungguh2 nak backup karpal & salahkan UMNO masih lagi jadi tanda tanya. kalau la ditakdirkan UMNO & PAS berkerjasama dan cukup kerusi nak pinda perlembagaan, ada ke karpal akan diam dan redha je perlembagaan dipinda? Ambo yakin dia akan membantah keras, siap nak heret kerajaan ke mahkamah untuk halang pindaan tu. harbi la katakan. bukannya Nik Aziz tak tau pun. Nik Aziz kena nasi kangkang karpal ke?
Kesimpulannya, perpaduan antara muslim di malaysia adalah kunci utama kalau nak laksanakan hudud. Jom la bersatu, Ambo & mana2 muslim yg waras imannya pun nak jugak hudud dilaksana di malaysia, tapi bukan hudud cap PAS la.. tak ikut syariah & banyak sangat pincangnya. Bincang ramai2 dikalangan ulama & sarjana Islam, draf dulu elok2 ikut Al-Quran & Sunnah, ikhlas bentuk perpaduan sesama muslim. buat apa kamcing dengan kafir harbi & munafiqkun yg terang2 benci Islam, tadak faedah pun, kan? kan?

RG : Demo Bersih bersama kafir harbi, laju je PAS laksanakan. Tak payah tunggu kerajaan tak luluskan pun. Kalau hudud, pandai pulak nak tunggu UMNO pinda.. dah 20 tahun lebih di kelantan, apasal tak redah je? konfius..

Thursday 20 September 2012

Gempar : Nasrudin Tantawi Nak "Sekolahkan" Nik Aziz Cukup2?!

Bersemangat betol ketua pemuda PAS ni nak turun demo bantah filem yahudi hina Islam. siap kata dijemput Nabi lagi.. metafora je agaknya. tu ambo tanak komen panjang2. baca la sendiri kat sini.

"..Kalau tiada jemputan pun, kami memang akan turun pada 21 September ini, kerana kami terlebih awal telah di"jemput" oleh Nabi kami saw untuk turun menunjuk sikap dan mempertahankan kemuliaan Nabi kami saw. yang dihina sedemikian rupa oleh musuh-musuh Islam.." - Nasrudin Bin Hassan At-Tantawi (antarapos.com)

namun berdasarkan semangat & iktiqad yang lain macam je bersungguhnya nak berdemo tu, tak mustahil jugak lepas ni Nasrudin Tantawi dan batalion pendemonya akan ke mahligai Nik Aziz di pulau melaka di kelantan nun demi mempertahankan kemuliaan Nabi saw.. kalau la beliau tengok video kat Nik Aziz kat bawah ni, sangat2 tak mustahil!
Tapi rasanya tadak la beliau & angkatan batalion pendemonya akan pijak2 gambo Nik Aziz ke, terbalik & lompat2 atas keta mercedez tuan guru ke, jauh sekali nak bakar mahligai Tuan Guru yg tersergam indah tu.. gila ah, nak kena doa pecoh perut ke? (kalau la Nik Aziz tu bukan mursyudul AmPAS, cuma orang biasa2 je, rasanya dah lama kita dijemput ke kenduri tahlil arwah beliau!)  
Ambo kompiden, Paling2 koman pun rasanya beliau akan mengusung berdozen2 kitab Sirah Nabawiyah Ibnu Hisham siap dengan kitab Tafsir Al-Quran & koleksi hadis sahih Bukhari & Muslim. Pastu disekolahkannya Nik Aziz pat hari pat malam berkenaan bab kelahiran Nabi saw je, bior Nik Aziz tu insaf & paham sikit bab ni, bukan memandai2 buat cerita & tafsir sendiri ikut palotak "ribu juta trilion" dia je!

Tapi, ni semua hanya akan berlaku kalau semangat pertahankan Nabi tu betul2 ikhlas dalam diri Nasrudin Tantawi & cerita di"jemput" oleh Nabi sendiri tu betul2 berlaku la.. kalau semangat takat hangat2 tahi unta & cerita dijemput Nabi tu hanya auta, demo pun takat nak carik publisiti, kompom tak ke mana.. Yahudi hina Nabi yg jauhnya beribu batu kemain semangat nak dilawan, mursyidul sendiri buat peel, jangan kata nak berdemo, tegur pun tak berani! Siap sokong barua yahudi (Anwar Ibrahim) pulak tu!  
RG : Pelik macam mana Nik Aziz boleh kata camtu pasal Nabi.. dulu dia tidur masa kelas sirah Nabawiyah ke? tak sabo nak dengar berita Nik Aziz tarik balik kenyataan dia tuh.. 

Wednesday 19 September 2012

Filem Hina Islam : Bijaknya Yahudi & Dungunya Umat Islam..


2-3 menjak ni panas pasal filem hina Islam yg dibuat oleh sorang yahudi. Habis satu dunia orang Islam marah, protes, berdemo beramai-ramai bantah filem lakhnat tu. bijak betul percaturan yahudi, dan tak habis2 umat Islam dieksplotasi dan diperbodohkan tanpa mereka sedari! 

Jangan salah paham pulak. ambo pun marah jugak bila laknatullah yahudi dok hina Nabi, hina Islam. Tapi bila fikir2 balik, reaksi keterlaluan disebabkan kecetekkan ilmu umat Islam sendiri amat menyedihkan & mendukacitakan. jom semak satu2..
Harta/duit
berapa modal yahudi lakhnat tu buat filem bajet rendah tu? paling2 koman pun agaknya 10 juta. bandingkan dengan kemusnahan akibat rusuhan/demo umat Islam nak bantah filem tu.. bakar kereta, bangunan, kemudahan awam dll di seluruh dunia. mau cecah ratus2 juta. pulak tu kebanyakkan harta benda tu kepunyaan orang/kerajaan Islam sendiri. belum kira orang tak dapat cari rezeki pasal ada rusuhan. sapa rugi pasal cetek ilmu? umat Islam jugak!
Nyawa
berapa ramai yahudi mati demi nak buat filem haramjadah tu? tadak. satu pun tak mati. Tapi berapa ramai pulak umat Islam yang arwah pasal rusuhan/demo & jadi pengebom berani mati nak bantah filem yahudi tu? dekat berdozen mati di yaman, pakistan dan negara2 arab yg lain2, sama ada di pihak perusuh ataupun pasukan keselamatan negara yg rata2nya Islam jugak. tu tak masuk yg cedera. yahudi tinggal tepuk tangan je!
Imej
Ramai jugak masyarakat dunia tak setuju dgn tindakan pengarah filem yahudi tu hina agama Islam, tapi imej yahudi cuma jatuh sikit ataupun tadak apa2 perubahan pasal... kejahilan umat Islam sendiri! merusuh/berdemo melakukan macam2 kerosakan ikut nafsu amarah. Yahudi pulak tokey media/berita terbesar di dunia, habis disebarkan berita kata Islam ganas & suka keganasan, propaganda standard yahudi nak sebarkan islamofobia kat penganut agama lain. Lebih seminggu BBC & CNN asyik siar berita pasal umat Islam mengganas je. tak pasal2 orang budha, hindu, kristian pandang serong kat agama Islam.. 

kalau ikutkan pun, yahudi sebenarnya suka umat Islam merusuh/berdemo tunjuk perasaan, pasal merusuh/berdemo ni amalan diorang. Dalam Islam mana ada semua ni, bukan sunah Nabi pun. yahudi suka cucuk umat Islam supaya ikut cara mereka. Allah pun dah pesan dalam Al-Quran, surah al-Baqarah ayat 120 yg maksudnya lebih kurang yahudi & nasrani takkan redha selagi kita tak ikut cara sesat diorang. Tapi ada pulak yang mempromosi demonstrasi atas nama kebebasan bersuara.. pelik betul!
Nak berkumpul tu boleh, tapi tak perlu la merusuh. kumpul elok2 dalam stadium, adakan sesi tazkirah perdana dan penerangan, istiqamah boikot barang2 diorang, boikot sekali mereka2 yg ada kaitan dengan yahudi, tu lagi baik. Ikut macam ambo, istiqamah tak minum coca-cola, tak isap rokok dll produk yahudi, sokong Anwar Ibrahim jauh sekali. buat apa kita penat merusuh & terjerit2 tengah2 jalan tapi secara tak sedar masih beli produk diorang, sokong tali2 barut diorang?
Kalau rasa semangat berkobar2 nak hancurkan yahudi, langkah yg paling afdal adalah bangun pagi2 dan solat subuh berjamaah reramai kat masjid & surau. buat hari2 seumur hidup masing2 sampai la lahirnya generasi Islam tulen yg kukuh akidah & akhlaknya, macam generasi Al-Quds zaman Salahudin Al-Ayubi dulu. baru la yahudi ketaq pala lutut!

kesian dgn 1 bilion lebih umat Islam diperkotak-katik oleh yahudi yang bilangannya tak sampai 16 juta pun.. 
RG : agak2 orang bakar bendera israel & amerika, bendera tu diorang beli dgn siapa, dgn yahudi jugak ke? Umat Islam nak tunjuk perasaan, yahudi jugak yg untung.. jahil punya pasal!