Thursday 22 March 2012

Hutang Negara Malaysia : Kita Paling Malang Di Dunia?

Bila Awang Adek Husin umumkan hutang negara Malaysia dekat 53% KDNK, juak2 pembangkang macam orang lapar dihidang nasik ambeng (sedap nasik ambeng, tradisi orang Jawa ni.. selalu dihidang lepas majlis tahlil arwah. makan 1 dulang 5 orang) galak betul mereka menghentam, menuduh dan menuding jari, (mencerca tu tak payah cerita la, tadak isu pun kutuk jugak..) salah sapa hutang Malaysia setinggi ni. Digembar-gemburkan juga Malaysia bakal muflis, bengkrap, bungkus, lingkup & gulung tikar dengan hutang setinggi tu. Tambah2 lagi fakta hutang tu tinggal bawah 2 persen lagi dari had yg dibenarkan undang2. Tuduhan2 liar macam kerajaan tak pandai urus ekonomi, songlap duit rakyat, korup dll dijadikan hujah & dalil kenapa hutang Malaysia naik (bab tuduhan liar, putar belit fakta, kondem sembrono + mencarut tu memang juak2 tu pakar.. blajar dengan sapa eh?)

Jadi, jom tengok sat negara2 lain. Betul ke Malaysia paling kritikal sekarang ni?

 sumber : wikipedia. Mana Malaysia eh? ada kat bawah, tak nampak..
Wow! hutang Jepun dah lebih 200% KDNK dia! Ikut sifir juak2 PR, Kalau 53% dari KDNK pun dah diibarat diambang sakaratul maut, 200% dari KDNK patutnya ekonomi Jepun tengah "bersoal jawab" dengan Munkar Nankir sekarang ni! Tapi negara Jepun nampak ok je.. tak muflis, bengkrap, bungkus, lingkup, gulung tikar pun?. Mengelabah pun tak.. Orang Jepun tak belajar ekonomi ke?

Tengok Singapore pulak. Uih.. Juak2 PR cukup bangga dengan singapore ni. Singapore dikata lebih maju, moden, mantap, stabil, kompetitif, power, macho, kacak lagi bergaya dari Malysia. Pendek kata, dari aspek pengurusan, ekonomi, keselamatan dll semuanya lebih belaka. So, apa cerita hutang singapore? Alamak, 93.6% dari KDNK dia! Ikut sifir juak2 PR, Kalau 53% dari KDNK pun dah diibarat nyawa dah di kerongkong, 93.6% dari KDNK patutnya ekonomi Singapore dah siap2 dikafan, tinggal nak sembahyangkan, ditanam jer. Tapi Singapore nampak ok je.. tak muflis, bengkrap, bungkus, lingkup, gulung tikar pun?. panik pun tak.. Pemerintah Singapore tak nak belajar ekonomi dari Juak2 PR ke?

Memang la hutang tu nampak tak elok untuk "kesihatan" ekonomi.. Tapi adakah hutang 53% dari KDNK tu menjadikan Malaysia paling malang di dunia bila negara yang hutangnya 2 kali, 4 kali ganda dari Malaysia nampak ok je?

4 comments:

  1. Saya baru jumpe blog tuan. Mmg terbaik lah.

    ReplyDelete
  2. Kamu ni buat fitnah je pandai... bila masa lak hutang singapore 93.6% dari GDP. Check betul-betul apa yang kamu copy paste tu... cuba check dekat web yang lebih berintegriti skit ... seperti

    https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/rankorder/2186rank.html

    Singapore kalau ikut congak sifir PR, dah selamat dikebumikan dah ... hutang dah cecah 118.20% dari GDP.

    Kesian aku tengok puak-puak PR ni ...

    ReplyDelete
  3. best jugak kalau leh sampai 300%. ranking dunia kita.

    ReplyDelete
  4. Kita berbeza dengan Negara lain.. Tuhan selamatkan kita sebab kita bawah britsih. Bila merdeka, kita masih berniaga dengan syarikat british sehinggalah DR. M buat dasar pandang ke Timur... Bukan anwarr . Jadi kita terselamat dari pelobi amerika.. Ingat pelobi amerika telah menyebabkan satu perusahan jet pejuang yang melebihi 1 kali kelajuan bunyi ( mungkin 2 kali )yang pertama didunia telah ditutup di kanada menyebabkan ribuan orang kehilangan pekerjaan dan ada yang bunuh diri.. Pelobi inilah yang menyebabkan indon, Negara arab banyak terhutang sehingga dapat dikuasai. Begitu juga di amerika selatan mereka terlibat dengan hutang akibat kos yang sengaja dinaikan oleh perunding amerika apabila membuat kajian keberkesanan cadangan dan hasil sesuatu projek untuk Negara tersebut. Contoh yang jelas satu empangan di benua amerika selatan lebih mahal harganya dari menghantar manusia ke bulan. Banyak contoh lain. Cuma bezanya Dr. M dia seorang yang suka belajar dan mengambil tahu ( banyak tomahan atas sikap ini )Jadi dia tahu kos munasabah dengan kos tidak munasabah setiap sesuatu projek.. Maka terselamat Malaysia dari di tipu dengan banyaknya sehingga terpaksa ikut telunjuk barat... Jadi bebanan hutang Malaysia tak sama dengan Negara lainlah. Itu sebabnya anwar nak Malaysia ambil pinjaman IMF supaya kita dipegang oleh barat.. Mujur Allah bijaksana.... seburuk-buruk Dr. M dia dah selamatkan maruah Negara, maruah Islam... Kita patut berterima kasih pada Dr. M.. Pembangkang tak ingatkah anwar naikkan faedah pinjaman?? Sampai tak munasabah... Ingat Hankyu jaya bankrap dan tak ada sape nak tolong taukehnya ( Melayu- kalau tak silap ). hankyu jaya ni di Alor Setar ( tahun 80-an )telah menyebabkan syarikat Cina gulung tikar dan tak jalan bisness.. Betul bab hutang memang kita tak galakkan..Tapi tengoklah perangai anwar dan pembangkang asyik mengganggu kerajaan. Orang kempen paling lama pun setahun tapi dia sepanjang masa.... Ada jee nak takutkan pelaburrr dan pelancong sedangkan itulah sumber ekonomi Negara. bab bagi duit.. itu bukan rasuah. Ingat itu bukan rasuah.. Tugas kerajaan adalah bantu rakyat dan kerajaan adalah sah dan boleh bagi bantuan kat rakyat. Yang SALAH ialah pembangkang yang tawarkan rasuah.... untuk jatuhkan kerajaan yang sah. Kalau takut hutang ..emmm dari zaman Dr. M dok kata kita bankrap... tapi ok jee..Tuu lah kita lantik orang pandai urus ekonomi , pandai hutang pandai bayarlaahh.. kita hidup dalam acuan kapitalis yang memerlukan kepakaran tadbiran. Tengok Pas Kedah nak buat perubatan kat Kuin tapi tak tau kos perubatanlah antara kos yang mahal seperti kejuruteraan.. Akibatnya jerat diri.. Ada duit sikit pi bayar hutang.. Bangga boleh bayar hutang.. ( kalau tak silaplah). Cuma yang kita bimbang ialah kita dah tak ada orang macam Dr. M. iaitu orang yang nak belajar dan ambil tahu.. Bukan setakat beri arahan jeee... Dia mesti ada wtak raja zaman dulu... dialah raja, dialah kawan, dialah peniaga, dialah pejuang dan sebagainya...

    ReplyDelete

Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..