Wednesday 14 March 2012

Tak Tau Nak Letak Tajuk Apa..

Sekarang ni ramai yg berfikiran singkat
Fanatik bebeno x kira tempat
Pemimpin dah terang2 sesat
Walau diberi dalil yg tepat
Walau dibentang hujah yg kuat
Tetap diorang patuh & taat
Tuduh kita pulak berniat jahat
Walhal kita cuma nak nasihat
Saudara seagama, 1 nabi 1 umat
Pemimpin tu pulak hati dah berkarat
Brainwash pengikut sampai tak ingat akhirat
Macam langit & bumi dia yg tongkat
Apa sahaja janji tercapai matlamat
Beroleh kuasa, pangkat & darjat
Habis diguna semua muslihat
Habis diputar segala maklumat
Putih jernih pun jadi hitam pekat
Caci maki pun dah jadi tabiat
Ingat2lah wahai sahabat 
Kiamat pun dah makin dekat
Kembalilah pada sunnah & syariat
Bersederhanalah dalam berselisih pendapat
Untuk Islam kita bersepakat
Moga di akhirat beroleh syafaat
Moga di syurga beroleh tempat
Ingatlah azab neraka amatlah berat!
-HL

1 comment:

Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..