Friday, 22 June 2012

Edisi Jumaat : Nabi "Haramkan" Takbir Cara Parti Ajaran Sesat!

Nak cerita sikit pengalaman 3 tahun lepas, ada la sekali ambo naik teksi dari pontian ke benut. time tu susah sikit nak dapat teksi, tapi akhirnya ada jugak teksi yang mana drivernya sorang pak aji.

Dalam perjalanan lebik kurang 45 minit tu, kemain ligat pak aji driver tu bercerita yang umno tu sekular, abaikan agama, ikut cara barat, dan lain2 lagi. pastu kata pulak PAS tu parti Islam, banyak berkatnya, ada majlis syura macam zaman nabi, ada mursyidul sebagai ketua, kalau ceramah pulak ada takbir beramai-ramai & derma jihad untuk memudahkan orang ramai buat amal jariah.. ceramah umno mana ada semua tu? kata dia.

time tu, ambo tadak ilmu sangat, so diam je la sambil angguk2 sikit, lagipun hormat la pasal pak aji tu dah tua. kalau ambo sound direct, kang tak pasal2 kena halau turun tepi jalan susah pulak.

Last bila dah dekat sampai benut, ambo tanya dah lama ke join PAS? Pak aji tu kata baru setahun lebih, umur dah banyak ni kena la buat banyak amal ibadah, kata pak aji tu bersungguh2

Sekarang ni, bila ambo pikir2 balik, kadang2 kadang kesian & simpati pada orang2 yang ada niat nak mendalami Islam, tapi ditipu oleh Penyebar Ajaran Sesat..


No comments:

Post a Comment

Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..