Tuesday 20 March 2012

PAS Begitu Komited Untuk Menjadi Balaci Lagi!

"Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kali ini mereka menamakan dan memilih lebih 70 kerusi Parlimen berbanding pilihan raya lalu, iaitu 63 kerusi sahaja."- Sinar Harian
Sekali pandang, bagus la tu. Ada peningkatan 7 kerusi. Penyokong fanatik2 agaknya dah mula kata inilah bukti PAS tidak diperlekeh malahan dihormati dalam PR. tapi jom belajar matematik darjah 4 sekejap. Jumlah kerusi parlimen di dewan rakyat = 222 kerusi. PAS tempah 70 kerusi. Jadi berapakah jumlah kerusi untuk ditandingi PKR dan DAP jika kedua-duanya membahagikan baki bilangan kerusi sama banyak? (soalan skema ini ditaja oleh Cikgu Suratman, patut la ayat skema semacam je..)

baki bilangan kerusi : 222 - 70 = 152 buah
Jika PKR & DAP setuju kawtim bahagi dua,
152 / 2 = 76 buah kerusi

Nampaknya tak sia2 PKR & DAP menjangkitkan parasit dalam PAS. Parti dengan ahli teramai pun wala' untuk bertanding dengan bilangan kerusi paling sikit. Kalau PKR sakau lebih pun (rekod 2008 : PKR bertanding 94 kerusi) PAS jadi parti kedua jer. belum kira jumlah sokongan yang menurun 2-3 menjak ni. nak menang 1/3 dari jumlah tu pun perit. Tambah lagi 70% makhluk di PAS pusat tu parasit belaka (kata Dr. Hasan Ali). Kompom diorang2 ni nanti jadi calon PRU. Luar je nampak cap bulan, dalam cap mata satu, cap roket. nampaknya ahli PAS yang ramai tu hanya berguna jadi tukang kempen & tukang demo PKR dan DAP je. Daulah Islamiah? ehmm.. tak ada dalam buku jingga!
Reverse Gear: Demokrasi terpimpin cara PR, parti paling ramai ahli = paling sikit kerusi. Apa ilmu Bapak Anwar Bin Ibrahim pakai sampai PAS kekal tawaduk walau diperlekeh sedemikian rupa? ajaib..

No comments:

Post a Comment

Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..