Monday 11 June 2012

30,000 Sokong Sultan Johor, Tsunami Selatan Bakal Kering Kontang!


Dah 18 tahun lebih ambo duduk kat Johor. Satu perkara yg ambo respek pasal Sultan Ibrahim adalah baginda rajin turun jenguk rakyat. jenguk pulak bukan kat bandar2 besar atau kat majlis2 berprestij, tapi jugak kat kampung2 & kawasan pedalaman. Baginda sinonim dengan program kembara mahkotanya, dari zaman sebagai tengku mahkota sampai la jadi sultan sekarang. tiap2 tahun pulak tu, kekadang sampai 2 kali setahun. sapa2 rakyat johor yg normal tapi tak pernah lagi nampak baginda secara live, belum sempurna kerakyatan korang sebagai orang johor.

Turun jenguk rakyat pulak bukan takat kosong2 gitu je, ada saja manfaat yg rakyat dapat. Ada sekali dulu kerja2 baikpulih jalan utama ke kota tinggi terbengkalai berbulan2, hanya jalan batu kerikil, nak speed atas 40 pun tak boleh. tapi bila ada kabor sultan nak lalu sempena kembara mahkota, otomatik jalan tu siap bertar dalam masa tak sampai 2 minggu. bila sultan rajin turun jenguk rakyat, tadak can la pegawai kerajaan negeri nak ngular & makan gaji buta.. Tu yg rakyar Johor sayang dgn beliau. 
So, bila ada suara & tweeter sumbang memperlekeh Sultan Johor ni, rakyat johor bangkit mempertahankan sultan diorang. lagi la yg carik pasal tu memang ada track record derhaka pada sultan semata2 nak ikut telunjuk komunis. pemimpin peel huduh & parti yg mengangkat makhluk camni jadi pemimpin tak layak bertapak di johor. 
Semalam 30,000 rakyat johor berhimpun di Istana Pasir Pelangi tanda sokongan pada baginda (baca sini & sini). penuh sesak perkarangan istana. Kendian ada pula ikrar taat setia beramai2. Hidup Melayu bertunjangkan hukum bersendikan adat berpaksikan syariat. Tadak sapa di johor yg nak baring atas jalan halang keta sultan, tapi nak lempang laju2 penderhaka sultan ramai, tak dapat lempang pun, ramai yg berkobar2 untuk tanak pangkah parti penderhaka masa PRU nanti. 

RG: kesian sallehudin ayub, penat2 dia nak balik ke johor, tetiba2 je ada orang sabotaj dia.

1 comment:

  1. Best baca artikel nih..hehe Hidup Johor!!!! Daulat Tuanku!

    ReplyDelete

Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..