Thursday, 12 April 2012

Hukum Undi Bukan Islam - Ketua Cawangan Vs Sehelai Artikel Potostat Layang!

Malam semalam lepas Kuliah Maghrib & solat Isyak, majoriti jemaah terus start motor balik rumah. Ambo tadak apa2 aktiviti. So, sempat la campur dengan veteran2 kariah surau sambil pekena jamuan ringan sikit. Kopi o + tempe goreng ketumbar cicah sambal kicap + keledek goreng, amal jariah dari Hj Warimon Abu Bakar, imam surau. pergh.. sedapnya boleh tahan jugak.

Memula diorang cuma borak2 berkenaan topik kuliah malam tu, "Ancaman Fahaman Syiah" yang disampaikan guru takmir dari pejabat agama daerah. Ambo respek kat penyampaian ustaz tu (nama ambo lupa) jelas & mantap. 45 minit rasa macam 10 minit je. kalau lapang nanti ambo tulis sikit apa yang ambo dengar masa tazkirah tu.

Tapi topik ngobrol (jawa = borak2) mula bertukar apabila salah sorang ternampak sehelai kertas terselit di hujung beranda surau. lepas dibelek2 rupanya artikel fotostat layang bertajuk "Hukum Mengundi Calon Bukan Islam Dalam Pilihanraya". Wak Lias membacakan, yang lain dengar sambil melayan juadah. antara lain artikel tu kata haram hukumnya orang Islam melantik bukan Islam menjadi ketua dalam sesebuah kelompok masyarakat, pasal Nabi dulu tak pernah buat, orang Islam hanya boleh undi calon Islam sahaja dan disertakan beberapa kerat hadis & ayat Al-Quran. Akhir sekali dicatat di situ "tepuk dada tanyalah iman, anda pilih calon tokong atau calon masjid?"

"Cuba cikgu komen sikit" kata wak Lias sambil menghulurkan artikel tu pada Cikgu Suratman Dugal (tak silap ambo dia ketua cawangan UMNO kampung ni) Cikgu tu belek2 sikit pastu dia pun cakap "Memang la parlimen kawasan kita ni wakil rakyatnya cina barisan, dah 2 penggal pun, tapi tak la jatuh hukum haram kalau undi dia. kalau tengok Dun Yong Peng, Adunnya pun cina barisan, undi dia pun tak haram jugak" artikel tu diletak tepi, sambung pekena jamuan ringan.

Haji Ngadian pulak ambil artikel tu dan bertanya "Eh, takkan itu aje cikgu? ni diorang siap ada hadis, ada ayat Al-Quran, dah tu siap suruh tepuk dada tanya iman lagi. Komen la lebih sikit." Cikgu Suratman yang baru pekena kopi panas pun berhenti sekejap menjamah juadah. lebih kurang doblas pasang mata kat beranda surau tertumpu pada cikgu berumur dekat separuh abad tu, nak dengar hujah yang akan diberi bagi membidas hujah sehelai artikel potostat layang. 

"Jadi saya nak tanya tuan2, dah 2 penggal kita berwakilkan cina barisan, dah berapa banyak masjid & surau dia rutuhkan?, dah berapa kali surau & masjid dia arahkan perlahankan baca Al-Quran, perlahankan azan?, dah berapa kali dia halang kita pergi solat kat surau, masjid? dah berapa ramai orang Islam tempat kita ni ditarik masuk tokong, murtad oleh si cina barisan ni? jawapannya : tak ada!."  
"Tak ada satu pun surau, masjid diruntuhkan. Jangan kata nak runtuhkan, nak alih sebijik batu-bata surau pun dia tak mampu. wakil rakyat tak ada kuasa bab ni. Kalau kita tengok, malah makin banyak pula bina. pasal bina masjid, bina surau masuk bidang kuasa menteri besar Johor. kalau menteri besar dah bagi arahan bina masjid, bina surau di tapak sekian2, cina barisan tu tadak kuasa pun nak halang. cuba tengok Kedah, kes nak roboh madrasah, nak bina shopping komplek, atas arahan sapa? Menteri besar kedah, orang PAS, pasal PAS yang pegang kuasa. Asal tanah rizab agama pun ditukar jadi tanah komesal. Orang yang mengaku Islam sendiri nak roboh madrasah untuk bina kedai tokey cina. Nabi mana dia ikut?" 

"Tak ada pun wakil rakyat cina barisan kita tu suruh perlahankan speker surau, masjid. Malah speker dah rosak, dah tak kuat diganti baru. pasal yang berkuasa gubal undang2 berkaitan masjid, surau adalah kerajaan negeri yang ketuanya menteri besar. bukannya wakil rakyat tempatan punya kuasa. cuba tengok pulau pinang, baca ayat Al-Quran kuat sikit pun ketua menteri tak bagi. Singapura, azan pakai speker kuat pun tak boleh. semua arahan, undang2 tu pemerintah tertinggi yg buat, bukan wakil rakyat."
"Tak ada sekalipun cina barisan tu halang kita dari pergi masjid, pergi surau. tapi ramai yang berat nak berjamaah di surau tu pasal salah diri sendiri. tak ada kaitan langsung dengan wakil rakyat. masing2 tahu solat paling afdal kat surau, masjid tapi tak pergi pasal malas. anak2 muda kat tempat kita ni pun, ada la tujuh lapan kerat yang selalu nampak ke surau, termasuk la sorang budak kelate yang sesat sampai Johor ni" (uih, bangga kejap ambo. tapi takde la ujub, takbur)
"Tak ada pun wakil rakyat cina barisan kita tu tarik, kempen orang melayu kita masuk tokong, murtad masuk agama dia. tak ada. Tapi tengok di selangor bawah PKR, kes Melayu masuk gereja kononnya nak buka puasa tahun lepas. Hasan Ali, JAIS serbu. memang ada bukti tanda2 nak murtadkan orang Islam. Tapi, bila Hasan Ali kena pecat, sampai sekarang tak ada berita. Pihak gereja tu pun tak kena bicara, jatuh hukum jauh sekali. kenapa? tu kena tanya Khalid Ibrahim, pasal Selangor bawah pentadbiran dia." 

"Niat kita mengundi sebenarnya untuk pilih menteri besar & perdana menteri. Memang betul la ayat Al-Quran, hadis dalam artikel tu, tapi ketua kepada sesuatu masyarakat tu merujuk kepada menteri besar, perdana menteri, bukan wakil rakyat. pasal kuasa perintah negeri, perintah negara, bagi arahan pada wakil rakyat, ada pada menteri besar & perdana menteri. Ni semua peel tahaluf syiasi orang PAS nak kelirukan sesama Islam. Dah macam macam Syiah punya taqiyyah pulak, temberang, putar belitlah apapun, semua boleh, janji menang pilihanraya. ajak perpaduan sesama Islam tak nak pulak." 
"Apa guna kita undi wakil PAS jadi wakil rakyat kita tapi yang jadi menteri besar nanti Chua Jui Meng, kafir! terbelakah Islam di Johor ni, di kawasan kita ni, kalau setakat nak harapkan wakil rakyat PAS, yang hakikatnya tak ada kuasa apa pun, setakat wakil kepada rakyat sahaja. Yang pegang semua kuasa menteri besar. Silap2 Johor pun dapat kandang babi 100 juta, macam selangor. Ada kes roboh sekolah agama, roboh masjid, macam di Kedah. Belum cerita pasal Anwar Ibrahim lagi, terang2 jadi barua yahudi, bawak pluralisme, gadai kalimah Allah, masalah moral dan macam2 lagi. Kalau naik dia jadi perdana menteri, hancur Islam di Malaysia!"

"Kalau Haji Ngadian tak tanya, saya pun tak nak cerita panjang.. Sultan Johor pun dah kata, surau, masjid tempat umat Islam bersatu, tak boleh guna untuk politik. Cerita macam ni pun kira sipi2 nak langgar titah sultan. Lagi satu, pasal kalau dah cerita macam ni susah nak berenti. bila nak berhenti je, tengok2 jamuan pun dah habis. saya cuma sempat pekena kopi o aje". Rata2 tergelak sikit dengan lawak spontan tu, tapi masih ingat adab di surau.

Ambo ingat nak ambik artikel kontroversi tu, scan letak kat blog. tapi nampaknya artikel tu dah kena "sita", terlipat kemas dalam poket baju Melayu teluk belanga Cikgu Suratman..

1 comment:

  1. 1Malaysia semua...

    Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

    Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

    Kalau berminat, sila layari :

    (Versi English)
    http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


    (Versi Melayu)
    http://PelaburanHartanah.blog.com


    ( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


    Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

    Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

    ReplyDelete

Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..