Wednesday, 4 July 2012

Anwar & Parasit Tersepit Bab Hudud!

Alhamdulillah, syukur pada Allah bila ada cadangan melaksanakan hudud di Johor. kalau sebelum ni, cuma PAS dilihat lantang melaungkan hudud (tapi senyap membisu bila digertak karpal singh..) Bila ada suara dari belah UMNO tentang perkara ni, ambo yakin ianya bersifat diam2 ubi, tapi berisi. tak macam mereka2 yg bersifat tin biskot, kalau bunyinya kuat, maknanya kosong tadak isi!

Dah 2 kali PAS buat gimik nak laksana hudud, di kelantan & terengganu. tapi habuk pun tadak. bukan nak memperlekeh usaha ikhlas diorang (kalau diorang ikhlas la..) tapi dah muak dengar alasan mahathir tak kasik, umno sabotaj dan sebagainya. kalau bina masjid yang mudah pun Allah tak bagi kemampuan pada diorang, macam mana pulak dengan melaksanakan hukum Allah dalam negeri? kompom lagi susah!

UMNO pulak ada track record cemerlang dalam bab bina beribu2 masjid / surau di seluruh negara, laksanakan sistem mahkamah syariah, buat tabung haji, dirikan universiti Islam dan macam2 lagi. tanpa perlu berkokok keliling Malaysia menceritakan kebajikan yg dia buat. senyap2 je tetiba ada semua kemudahan ini demi umat Islam. macam ni baru tandanya berkat & ikhlas.

Jadi, bila ada suara UMNO nak laksanakan hudud di Johor, ambo ada keyakinan ini bukan setakat retorik. akan ada kajian, perbincangan, penerangan pada rakyat jelata, perubahan pada mahkamah syariah dan lain2. pendek kata ada kerja ke arah pelaksanaan hudud dijalankan. bukan setakat bebuih mulut jaja cerita di atas pentas ceramah tapi satu hapa kerja pun tak jalan.

bila UMNO dah ada usaha nak laksanakan hudud ni, PAS sepatutnya bagi sokongan dan kerjasama demi agama Islam. kita sama2 cari keredhaan Allah. Tapi ada pulak suara2 sumbang yg mungkin dari juak2 PKR kata "tu cadangan UMNO johor je, PM & TPM belum tentu setuju" Najib & Muhyidin tu kan Islam, pasti diorang tak membantah. kalau Karpal Singh & DAP tu lain cerita la.. over my dead body

RG : Jom ramai2 umat Islam sokong usaha murni ni. tinggalkan la Anwar dengan pluralismenya, Karpal & DAP dengan anti Islam diorang. PR takkan laksana hudud selagi diorang yg jadi kepalanya.  

No comments:

Post a Comment

Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..