Monday 23 July 2012

Edisi Ramadhan : Kisah Tuan Guru Yang Diauta Muridnya sendiri


Gambar Hiasan semata2
tadak kaitan dengan cerita..

Kisah tuan guru bernama Barshisha,
punyalah hebat dan tinggi ilmunya,
dikhabarkan anak2 muridnya mampu terbang di angkasa,
para malaikat kagum dan memuji kehebatannya,
Namun kemudian berfirman Allah taala,
Tuan guru bakal mati dalam keadaan kafir & hina.


perkabaran didengar Iblis durjana
maka bersegeralah dia menjelma
menyamar sebagai seorang pemuda
kononnya mahu bimbingan alim ulama 


tuan guru menerima dengan tangan terbuka
maka beribadatlah Iblis di rumahnya
tiga hari tiga malam dia berjaga
tiadalah dia tidur walau seketika
hairan dan takjub tuan guru dibuatnya
dasatnya beribadah, apa rahsia?


Tuan guru memuji2 kehebatan murid barunya
iblis membalas ibadatnya biasa sahaja
jika dibandingkan Ibadah Tuan Guru 200 tahun lamanya
Namun jujur tuan guru berkata
tak pernah dia beribadah sedemikian rupa
apa petua? tuan guru bertanya..


Iblis pun mula goreng cerita
kononnya dulu dialah sejahat2 manusia
merompak, merogol, membunuh kerja hariannya
meliwat, memfitnah celah gigi aja
namun pastu dia insaf dan bertaubat nasuha
kerana pernah bergelumang dosa
sebab itulah dia mampu beribadah secara luar biasa
tuan guru mana pernah rasa ini semua
maka timbul lah minat untuk mencuba


Iblis cadangkan cuba membunuh dahulu
berat sangat, tuan guru tak mampu
lalu dicadang berzina memuaskan nafsu
pun berat, tuan guru tak mahu
last2 minum khamar sajalah tuan guru 
kalau yang ni tuan guru setuju
lalu dicadang port yang tak ramai orang tahu


suatu malam yang ditermangi cahaya bulan
tuan guru pun ke kedai khamar yang dimaksudkan
berselubung supaya takdak sapa kenal & perasan
setelah pekena khamar bercawan2
mabuklah tuan guru hilanglah pertimbangan
habis diperkosa wanita pelayan
bila suami pelayan cuba menyelamatkan keadaan
dibunuhnya tanpa belas kasihan
Iblis pulak cepat2 repot perkara berkenaan
kepada pihak berkuasa tempatan
lalu ditangkaplah tuan guru di tempat kejadian
tuan guru didapati bersalah atas semua pertuduhan
bukti jelas walaupun tanpa pita rakaman
Tuan guru disalib di tepi jalan
dan dihukum pat ratus sebatan
dikhayalak ramai hukuman dijalankan


habis berbirat badan dirotan
darah pun keluar bercucur2ran
tuan guru tinggal nyawa2 ikan 
beliau merayu minta belas ehsan
merayu agar dirinya dibebaskan


datang iblis kononnya nak beri bantuan
tapi kena sembah dulu tanda persetujuan
tapi tuan guru tak mampu nak lakukan
tundukkanlah kepala isyarat penyembahan 
tatkala kepala tuan guru tundukkan
tercabutlah nyawa dari badan
maka matilah tuan guru dalam kekufuran
Ibadah beratus tahun yang beliau lakukan
hangus dek ditipu bapak syaitan
moga kisah tuan guru ini dijadikan pedoman
moga kita selamat dari segala godaan
Anwar dan "kekasih gelapnya"
tunduk sembah demi pancing undi & kuasa
mujur tak dicabut nyawa
bertaubatlah selagi ada masa..

No comments:

Post a Comment

Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..