Gambar hiasan semata-mata
Nak dijadikan cerita, pada suatu pagi Jumaat, tok siak & pak bilal tengah kemas2 sejadah, check speaker, mikrofon & mimbar masjid, pasal prepare nak solat jumaat tengah hari nanti. tak lama lepas tu Tuan Guru merangkap tok imam masjid kampung tu pun sampai. Bagus Tuan Guru ni, sampai jauh lebih awal dari makmum. Maklum la, belajar agama pun jauh nun di India, pastu sambung plak di mesir. Hui.. bukan calang2 Tuan Guru nih!
tetiba datang sorang paderi dari pekan berdekatan nak jumpa Tuan Guru. Ada hajat katanya. "dasat betul aura Tuan Guru, sampai paderi pun datang nak mintak tolong" bisik tok siak & pak bilal.
memula padri tu mintak nak pinjam mimbar masjid, pasal ada ceramah dari pastor diimport khas dari luar negara di gereja ahad ni. Tuan Guru dengan tegas kata MANA BOLEH, walaupun besi, paku & kayu mimbar ni dibeli dari kedai hardware Ah Seng, mimbar ni masjid punya, Islam punya. tak boleh diguna penganut agama lain. Bangga tok siak & pak bilal dengar. tegas Tuan Guru dalam hal ni.
Pastu paderi tu nak pinjam mikrofon & speaker pulak. Lagi sekali Tuan Guru kata MANA BOLEH. "Walaupun mikrofon ni made in japan & speaker tu made in China, tapi dah digazetkan untuk kegunaan masjid, untuk kegunaan orang Islam sahaja" tegas Tuan Guru. Bertambah2 kagum tok siak & pak bilal dengan ketegasan Tuan Guru.
Last skali, paderi tu kata boleh tak kalau diorang nak pakai kalimah Allah kat gereja & penulisan2 diorang. "Apa punya paderi daa.. makin melalut pulak permintaan dia ni. mesti la Tuan Guru akan kata MANA BOLEH" bisik tok siak & pak bilal dalam hati.
video ni pun sekadar hiasan semata-mata
Melopong tok siak & pak bilal. bior betul Tuan Guru! bukan ke orang kristian paham tuhan tu trimurti, ada tuhan anak, ada tuhan mak & roh suci? sedangkan dalam Islam, Allah tu Esa, Satu, Tunggal. MANA SAMA! takkan penggunaan kalimah Allah dalam trimurti kristian, Tuan Guru kata takpe. takat amaran imej rosak mana cukup!
Yang ni pun hiasan semata-mata jugak..
"tak kompiden la dengan akidah Tuan Guru ni.. lagi tak kompiden nak jadi makmum dia. nak solat Jumaat kat kampung Tanah Merah lah." bisik pak bilal. "ambo ikut, boleh?" tanya tok siak..
RG : Pesanan dari Tok siak & pak bilal " kami tak berani nak tegur Tuan Guru, pasal takut dicop jahiliah & kena doa pecoh perut. sesapa yg blajar sampai mesir nun tolong tegurkan ye, tima kasih!"
No comments:
Post a Comment
Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..