Sunday 1 January 2012

Cis, kenapa la polis lemah gemalai sangat??

Macam yang korang sedia maklum, sabtu lepas (31/12/2011) beberapa (kalau nak sebut beribu2 pun boleh..hehe baru bunyi gempak sikit) orang murahsiswa telah mengadakan demonstrasi secara "aman" di beberapa lokasi terutama di perak nun..


Yang sedihnya ada yang "koma & nazak" kerana "bertegur sapa" dengan pihak polis. wah bunyi macam ada cerita best nih.


"Syabas dan tahniah" kepada murahsiswa terbabit. Tapi yang tak bestnya sebenarnya pihak polis terlalu ikut sangat SOP diorang..takde yang patah tengkuk, rabak punggung mahupun kehilangan esofagus dalam peristiwa tersebut. tak best la macam ni!! Kalau ada yang arwah, kompom CNN, BBC, dan yg sewaktu dengannya buat liputan sehari suntuk untuk peristiwa nih.


Walaupun murahsiswa2 berkenaan dah cuba provoke, cuba tunjuk gedebe, siap pecahkan pintu klinik lagi, pihak polis tetap cool jer mengawal keadaan.

Paling2 dasat pun ada la sorang yang polis tolong "bekamkan" kepala dia, kasi kurangkan sikit "radiasi2" negatif dalam pala dia tuh..tapi belum dapat dipastikan murahsiswa berkenaan sempat ucap tengkiu kat polis tu ke tak..

bila semakin kehilangan advantage, ada la yang terpaksa cilok skill "orang atasan" diorang dengan berlakon "koma, nazak dan diambang sakaratulmaut" walhal kompom esok pagi dah boleh tibai teh o, tibai karipap (daging? hehe) macam biasa..

Pesanan dari "orang atasan":

" Takpe, jangan putus asa. kita mesti istiqamah dalam berjuang, terutamanya berjuang demi membentras ketidakadilan dan menjadi "ahli terhormat" penghuni tetap hotel sg buloh. Pastikan 9 januari ni buat lagi. amacam sedap tak rasa nasik kat jail tuh? mintak tapau sikit?"

No comments:

Post a Comment

Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..