Tuesday 17 January 2012

Parasit dan PAS : Apa Obatnya?

Parashit dalam PAS dah sampai tahap kronik macam ni ke?
Maksud :
Kalau ikut bahasa biologi, parasit adalah organisma kecil yang mengeksplotasi hidupan besar yang ditumpangnya untuk terus hidup. kalau dalam situasi PAS pulak, parashit adalah "firaun2" kecil yang menyalahguna kedudukan dalam parti demi tujuan lain selain asas perjuangan Islam.
Rupa bentuk :
terdapat pelbagai2 bentuk menatang parasit nih, tapi rata2nya huduh2 belaka. jangan tengok bawah mikroskop kalau tanak muntah hijau.. Parashit dalam PAS pulak rupa bentuknya sama jer macam ahli PAS biasa, berserban, berkopiah dan "berbulan" di dada, namun rata2 parashit berlogo mata satu di dahi memasing, ada jugak sikit yang berlogo roket..
Kesan :
Parasit mampu mengubah keadaan fisiologi hidupan yang ditumpangnya. contoh : tikus yang dijangkiti Toxoplasma (sejenis bakteria dari kucing) di otaknya akan menjadi mereng dan tak takut pada kucing. tikus kalau tak takut kucing alamat ajalnya dah dekat. 
Parashit dalam PAS pulak menyebabkan agenda negara Islam yang diperjuangkan parti tu selama ni dibakulsampahkan dan diganti agenda memperjuangkan ketua puak mata satu dan menyokong mende2 yang diharamkan Islam, macam sokong harbi sampaikan tazkirah dalam masjid & bererobik di laman masjid, sokong bermati-matian peliwat, penzina yang tak berani bersumpah, roboh madrasah demi shopping komplek, sokong projek khinzir raksasa atas tanah orang Islam, dan banyak lagi (jangkitan tahap kronik nih!) Parti yang ngaku Islam tapi tanak perjuangkan negara Islam maknanya nyawa manhaj asal penubuhannya dah sampai kat kerongkong (dah boleh siap2 nak buat tahlil arwah..)
Ubat :
ada macam2 obat untuk parasit nih. kalau parasit kutu kat kepala, ada ubat kutu, kalau parasit cacing dalam perut, ada ubat cacing. Namun proses mengubat bertambah sukar kalau jangkitan dah masuk tahap serius, dan ada kesan2 sampingan yang amat2 menyusahkan tuan punya badan. pendek kata, mencegah tu lagi baik dari mengubati. 
Parashit dalam PAS pulak dah "advance!" berkat strategi yang diatur bapak parashit mata satu dari luar, geng2 ulama yang mampu bertindak sebagai "antibodi dalaman" mencegah "jangkitan" ni dah disenyapkan & dijatuhkan dari jawatan penting parti. Ada sorang yang terang2 kritik bapak parashit ditalak dengan serta-merta presiden PAS dek tekanan parashit2 yang bermaharajarela di PAS pusat. kalau presiden tak ikut cakap, silap2 dia sendiri kena talak. Punyalah dasat & kronik jangkitan nih. 
satu2nya jalan untuk selamatkan PAS dari terus dikawal parashit2 ni adalah dengan "reboot" atau "format balik" parti yang hanya boleh dilakukan ahli2 bawahan masa pemilihan parti. Itupun kalau ahli2 bawahan sedar, bersatu & bersepakat nak selamatkan parti la. kalau dah terjangkit parashit dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki, dah tak boleh nak buat apa2. hanya boleh ucap: innalillah hi wa'innahirojiun untuk sebuah parti Islam dan asas perjuangannya!

No comments:

Post a Comment

Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..