Monday 2 January 2012

Zaid Hamidi Patut "Berterima Kasih" pada Khalifah Guan Eng!! : Tony Pua


Zaid Hamidi mungkin "kurang paham" maksud sebenar Tony Pua membangkitkan hal2 berkenaan pertahanan negara. Sebagai rakyat yang "prihatin" akan keselamatan negara dan "tebal-tipisnya" kantung kewangan negara, disamping "memudahkan" pakcik kwan yew buat "persediaan" untuk "counter" apa sahaja yang Malaysia ada, maka beliau buat2 "kompiden" yang hujah2nya wajar "dipandang berat" oleh zaid hamidi.

Namun, sebab utama beliau "merengek" sekarang ni adalah kerana Zaid hamidi tak ucap tengkiu pun pada bossnya, khalifah guan eng walhal bossnya itulah yang telah "menyelamatkan" air muka zaid hamidi dari mendapat "kemaluan" dan "keaiban" yang amat besar masa pameran LIMA tempoh hari!

konfius? nak dijadikan cerita, sebenornye Tuan Guru dah buat satu sesi "tazkirah" khas, ngajor si Tony pua nih bahawa tiap2 amalan anak Adam dicatit oleh 2 malaikat, Raqib & Atid. Atid duk belah kanan catat kebaikan, manakala Raqib belah kiri catat "mende2" selain kebaikan (selain kebaikan ape eh?.. hang pikiaq la sendiri, takkan sebijik2 ambo nak ajor!)

Diberitakan untuk "kes" Khalipah Guan Eng tuh, buku catatan Raqib dah masuk "edisi" jilid ke lapan ribu dah. sebijik tebalnya macam encyclopedia britannica, bayangkan kali lapan ribu! sedangkan Atid pakai buku utang tiga lima jer, itu pon mukasurat pertama tak penuh2!!

Tu yang bila Khalifah Guan Eng melangkah masuk dalam submerine hari tu, secara "magiknya" submerine tu terus tenggelam ke kedalaman "optimum" dek kerana "fadilat" buku catatan "belah kiri" yang berlambak2 tuh. kalau dibuatnya buku2 tu "ditinggal" kat luar submerine, maunya KD Tun Razak tu bukan takat tak tengelam, bahkan melayang2 ke udara lebih tinggi dari shukoi dan F-16 TUDM! sapa yang dapat malu? Zaid Hamidi jugak!!

"Zaid Hamidi yang mempunyai latar belakang keagamaan patut arif dan tak "terlepas pandang" tentang hal2 macam ni" dengus Tony Pua tak puas hati. Tu yang datang "sawan" & demam "H1N1" dia tuh. Tapi dia takde la nak "sound" depan2, nanti orang kata lebih sudu dari kuah. Si khalipah "steady" jer, takkan si "balaci" nak lebih2 pulak kan?

Oleh yang demikian, Zaid hamidi cepat2 la "ngadap" Khalipah Guan Eng, ucapkan "berbilion2 tengkiu" dan "penghargaan yang tak terhingga" sebelum si Tong Pua nie "menjelma" jadi resaksa "arnab gergasi" yang "brutal" lagi "ganas"!!

No comments:

Post a Comment

Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..