Tuesday 3 April 2012

Teori Konspirasi: Tindakan "Genius" Tuan Guru Demi Rakyatnya?

Mungkin ramai (terutama mereka2 terlebih bijak) yang pelik dan hairan dengan langkah Tuan Guru untuk tidak membina banyak masjid di negeri serambi mekah. Tapi bagi sesetengah yang lain pula (yang kurang bijak, nak kata jahil mukarab tu biaDAP sangat..) takde apa yang menghairankan pun..ada yg lebih hairan malahan hangin satu badan dengan berita topup naik 60sen dari berita pasal masjid di negeri Tuan Guru. persoalannya, apakah "rasional & hikmah" disebalik keputusan Tuan guru ini? mari kita "konspirasikan" bersama.

korang mesti dah tahu masjid ada bermacam2 fungsi bagi orang Islam (iktikaf, kiamulail, kelas mengaji dll) dan ada juga yang kata masjid turut ada fungsinya bagi golongan kapiq (tempat senam erobik pakai baju ketat, sampaikan tazkirah kat saf pertama dll..tapi ye ke?). Apapun fungsi asas masjid adalah tempat orang solat berjamaah.

Fatwa Tuan guru pada tengah tahun lepas menegaskan bahawa solat tu satu demonstrasi pada Allah swt. kalau solat sesorang tu maknanya demo sesorang la, kalau solat berjamaah tu demo reramai (berani betul diorang ni!!) "satu tindakan genius perlu diambil untuk mengatasi masalah ni dengan cara yang paling berhikmah dan dapat diterima ramai" bisik Tuan guru

kalau Tuan Guru nak tegah secara terang2an demo pada Allah ni mestilah ramai yang melenting & membantah. "Apa nama jer parti Isle, tapi dok tegah orang sembahyang nih?" gitu la agaknya protes orang ramai.

Maka tuan guru mengambil langkah "rasional" dan "Istiqamah" untuk tidak membina masjid di kelate sejak lebih doploh tahun lalu. Bina pun ade la sebijik, boleh la buat ada2. kurang masjid maknanya kurang la orang berdemo pada Allah, bijak betul idea tuan guru. Keizinan yg diberikan untuk membina beberapa "berhala" bersaiz mega juga mungkin untuk "mengalihkan" tumpuan umat berkenaan hal2 masjid nih...itu ambo kurang pasti.

Masjid sedia agaknya ada boleh la bertahan 4-5 tahun lagi, kalau ahli kariah rajin repair, boleh la sampai 7-8 tahun lagi. bahkan sekarang pun dah ada masjid dekat nak roboh, makin kurang la orang berdemo pada Allah. kalau ada pun dalam keadaan terkawal. Ye la, kurang masjid senang sikit nak pantau, ye tak? Faktor2 lain seperti adanya bakteria e-coli "bermaustatin" di dalam air paip masjid juga boleh menyumbang kepada "usaha murni" Tuan Guru ni..Macam mana? hang pikir sendiri!

Dijangka pada tahun 2020 bersamaan 1441 H nanti negeri kelate akan menjadi negeri pertama yang bebas dari "demo berjamaah" pada Allah sedangkan negeri2 lain makin ramai yang berdemo setiap hari bahkan setiap minggu. Pasti tuan guru tersenyum bangga dengan pencapaiannya (kalau beliau hidup lagi la!)

Jadi tuduhan2 yang mengatakan bajet bina dan repair Masjid di kelate "tersekat" di "poket" dan "serban" tuan guru serta kroni2nya adalah tuduhan liar dan berniat jahat. Tuan Guru benar2 konsisten "membendung" gejala berdemo pada Allah nih, hinggakan kalau la Masjidil Haram & Kaabah tu terletak di negeri jagaan beliau, maunya di"sealed" rapat dengan plastik bertanda "keep out" dan "no entry" bagi mengelakkkan sesapa berdemo disitu..

Gitu la serba sikit kisah idea "Ikhlas" dan "pengorbanan" Tuan Guru demi "kemaslahatan" umat, tapi korang jer yang x nak percaya.. lepas ni sesapa yg berani persoal hal ni siap la kene doa pecoh perut, lagipun Tuan Guru dah "level up" jadi "nabi'...siap la korang!!

3 comments:

  1. Fuhhhh..ayat kemaih btul ni....
    X takut dn risau ke dgn fitnah yg awk bagi orng lain baca ni...
    Berat nk tangung d akhirat nanti ^__^

    ReplyDelete
  2. Ambo cuma "puji" kegeniusan & kebijaksanaan Tuan Guru..jeles ke?

    ReplyDelete
  3. Yg heran org PAS ni cukup taksub. Nik Aziz ni ..he's a nothing. Ckp yg bukan2. Islam ikut kepala dia jer. Ugama tak pandai, politik tak pandai. Hanya pandai 'pukau' org supaya taksub kat dia.

    ReplyDelete

Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..