Monday, 2 January 2012

Kisah Tragis "Tuan Guru" yang "Teraniaya"

Citer ni dicedok bulat2 dari blog The Flying Kick. Tapi rasa macam kurang "tepat" dan tak "kena" bila kisah nih dinisbatkan kepada Anwar Ibrahim yang bukan sahaja "Anugerah Tuhan", malah dah dikenalpasti sebagai "Imam Mahdi". Tak "adil" betul!!

Iblis sebelum dilaknat dikenali sebagai Azazil..


Dikatakan beliau telah beribadat dimuka bumi selama 1000 tahun..dikatakan tiada permukaan bumi tidak pernah jadi tempat ia bersujud..


Kemudian dia dinaikkan mertabatnya..dinaikkan ke langit pertama..beribadatlah pula ia beribu tahun disitu..


Seterusnya dan seterusnya..hingga ia naik ke langit 7, dan jadi Tuan Guru pada para malaikat.


Sangat2 lah ia dihormati oleh para malaikat..dari segi waraknya dan ilmunya. TUAN GURU!!


Kemudian dengar kabor berita...ada yg akan dihumban dari syurga dan dilaknati..maka khuatirlah sekelian malaikat dan bersegeralah ngadap kepada Tuan Guru agar didoakan selamat dari ujian trsebut...maka ngan selambanya TUAN GURU berdoa agar sekelian malaikat selamat..tiadalah ia brdoa utk dirinya, kerana yakin dia akan selamat kerana ilmu dan ibadat2nya.


Bila Allah swt kabor nak diciptaNya manusia dan tabalkan sebagai wakilNya/khalifahNya diatas muka bumi..maka protes lah sekeliannya.


Para malaikat kabor..tidakkah kami ni sentiasa sujud padaMu, sedangkan manusia ni akan zalim menzalimi dan menumpahkan darah..


Allah swt kabor Dia Maha Mengetahui.. maka diajarnya Adam as akan nama2.


kemudian malaikat pun ditanya akan nama2..tiada lah yang mengetahui..sedarlah para malaikat lantas brkata..Maha Suci Engkau, tiada kami mengetahui sesuatu melainkan apa2 yang Engkau telah beritahu..ngan lain perkataan, segala ilmu mereka, ibadat mereka adalah kurnia Allah swt semata2..


Tuan Guru telah melihat Adam as dicipta, dibelek2nya..tiada apa2 yang istimewa melainkan tanah semata2..


Bila diperintahkanNya..sujud pada Adam as, para malaikat sujud kecuali Tuan Guru..kabornya dia lebih mulia dari Adam as, kerana ia dicipta dari api sedangkan Adam as dari tanah..


Tuan Guru dilaknat oleh Allah swt dan dihumban keluar dari syurga..


Kerana benci pada Adam as kerana berpendapat Adam lah punca dia dilaknat..bersumpah akan menyesatkan anak cucu Adam as sehingga kiamat..sesekali tidak pernah ia merasa dan terfikir bahwa itu semua adalah salah dirinya sendiri..dia dibakar oleh api dendam kesumat yang berpanjangan..


Walaupun datang keinginannya untuk bertobat..tapi kerana syarat tobatnya, api dendamnya yang membara membakar menghalang dirinya dari bertobat..


Ditipunya pada yang bersimpati padanya..kabornya dia tak nak sujud kerana ilmunya katakan adalah salah sujud pada Adam a.s yakni makhluk..tiada yang layak disujud melainkan Allah swt, dan dia bertindak kerana ilmunya..ada juga yang bersimpati.


Ditipunya juga..peristiwa dia dilaknat adalah kerana takdir Allah swt, kerana tanpanya, bagaimana nak uji manusia ( Maha Suci Allah swt perlukan pembantu dan Maha Suci Allah swt menzalimi mana2 makhlukNya termasuklah Tuan Guru)


Itu ler kisah serba sikit tentang Tuan Guru..ilmunya dan ibadatnya hangus dibakar oleh api dendam kesumat dan takabburnya..sehingga menghalang dia dari melihat apa yang haq dan apa yang batil..ilmu dan ibadatnya menjadikan ia bertambah takabbur dan bukannya bertambah tawadduk.


Dia tahu dia bersalah kerana engkar..tapi kesalahannya diletakkan pada bahu org lain yang tak tahu menahu pun kisahnya.
___________


Semoga Allah swt pelihara kita semua..pelihara dari tertipu ngan ilmu2 dan ibadat2 kita sendiri..tertipu ngan keadaan diri sendiri..tertipu kerana darjat dan kedudukan.


Mudah2an kisah Tuan Guru dijadikan sempadan pada kita semua..
Eh, macam mana gambo ni bole "enterframe" kat sini.
Beliau takde "kena mengena" dengan citer kat atas nih..Iye, betul!!

1 comment:

  1. citer ni sebijik macam kisah n.ajis si nabi jadian Pas tu...tengok muka dia pun ada iras2 tuan guru yang diceritakan kat sini..

    ReplyDelete

Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..