PAS lantang melaungkan merekalah pejuang Islam di malaysia. Mereka juga mendabik dada bahawa merekalah pendokong ajaran Islam paling syumul dan mantap di bumi bertuah ni. Hinggakan sesiapa yang tidak sealiran dengan mereka mudah sahaja dicop jahiliah, sekular malah kafir tanpa perlu usul periksa lagi.
Pendirian tegas mereka pada prinsip islam diibaratkan macam gunung evrest, apa sahaja yang dilihat bersalahan dengan Islam akan ditolak total tanpa kompromi, hinggakan wanita pun diharamkan menyertai tilawah Al-Quran atas alasan suara itu aurat, apatah lagi berhujah di dewan rakyat, jauh panggang dari api!
Tapi tu dulu la, masa negara Islam jadi teras perjuangan dari pucuk pimpinan sampai la akar umbi.
PAS "bernikah" dengan DAP dalam majlis "walimatulurus" yang "diwalikan" PKR, lebih kurang sebelum tahun 2008. (sebelum tu takat bertunang2 jer dengan DAP, contoh macam tahun 1999 tapi selalu putus) Ramai yang berharap (terutama pak2 lebai & pak2 aji di akar umbi) PAS dapat memberi "sinar hidayah" pada DAP agar kurang sikit anti Islamnya, dapat membimbing PKR agar lebih dekat dengan Islam dan menjauhi yahudi serta illuminati (logo mata sebijik tu idea sapa eh?). Paling2 tak pun, berani "piat telinga" DAP & PKR kalau diorang "terjal" sangat. Ye la, PAS kan parti terbesar & tertua antara mereka bertiga, dengan ahli teramai, juta2. Mesti la DAP, PKR kena hormat dan patuh. Tinggi betul harapan akar umbi!
Tambah menggembirakan apabila PR menang di beberapa buah negeri, Syukur!. Nak tunjukkan kemampuan kena la ada modal. Kalau cuma ada kelantan dulu pendapatan takat tebang balak jer. Bila dah dapat negeri yang kaya-raya macam selangor barulah boleh membangunkan Daulah Islamiah dengan mantap dan berkesan. Nak harapkan UMNO? sampai kiamat la politik suku agama suku! dengus pak2 aji berkenaan.
Namun, panas disangka sampai ke petang, rupanya La Nina di tengah hari. Entah ubat guna2 apa yang DAP pakai, entah tangkal apa yang PKR pegang, PAS dah tak macam dulu lagi. "Ketua keluarga" yang diharap membimbing "ahli keluarganya" tak ubah jadi macam hamba abdi yang tak wajib difitrahkan, tunduk memanjang ditunjal2 DAP & PKR yang terang2 melanggar prinsip & manhaj perjuangan Islam.
DAP & PKR bantah rampas arak, PAS kena pulangkan,
larang bacaan Al-Quran dikumandangkan, PAS akur,
nak azan diperlahankan, PAS tunduk,
robohkan Kampung Melayu Islam, PAS senyap,
ranapkan kedai Orang Islam cari nafkah, PAS terkedu
bantah tutup kelab malam, PAS patuh
tak roboh kilang arak, PAS sujud
bina kandang khinzir di sepang, PAS garu kepala
batalkan larangan orang Islam kerja di pub, PAS tutup mata
galak sokong LGBT, PAS tulikan telinga!
Bahkan dalam banyak kes, PAS terpaksa telan balik "kahaknya" sendiri, terpaksa mencipta dalil2 menghalalkan apa sahaja kemungkaran dilakukan DAP & PKR. Apabila PAS bersungguh2 mahukan hukum hudud, DAP & PKR bermuafakat, BERSETUJU untuk tidak bersetuju hudud dilaksanakan. Terang2 perjuangan Islam PAS dilawak jenakakan DAP & PKR depan2, tanpa berselindung, tanpa segan silu. Pun bergitu PAS tetap tak mampu menegur, apatah lagi "memiat telinga" DAP & PKR. tepuk dahi pak2 aji di akar umbi!
Rupa2nya DAP & PKR gunakan senjata biologi, diorang dah menjangkitkan PAS dengan parasit cap mata satu, cap roket di batang tubuh PAS sejak dari mula lagi. sedikit demi sedikit dan sekarang parasit tersebut membusut di kepala PAS. walaupun berpikul2 bantahan & kecaman disuarakan akar umbi, yang keluar dari mulut PAS yang berparasit hanyalah pujian dan dalil2 menghalalkan tindakan DAP & PKR. Dan kemuncak jasa bakti parasit2 itu adalah gugurnya negara Islam dari kamus perjuangan PAS!
Kalaulah hidup lagi Hj Yusuf Rawa, Ust Fadzil Mohd Noor mahupun ustaz Ibrahim Libya, maunya diketuk satu2 kepala2 di PAS pusat sekarang ni dengan tongkat mimbar masjid, biar mati parasit2nya, biar sedar semula semangat perjuangan Islam yang asal. Itupun kalau orang di PAS pusat tak tuduh Hj Yusuf Rawa, Ust Fadzil Mohd Noor dan Ustaz Ibrahim Libya ejen UMNO la!
No comments:
Post a Comment
Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..