Tarikh : 5 hb Jan 2012 bersamaan 11 Safar 11433H
Lokasi : Masjid Negara
Masa : 9.00 malam
Solat hajat.. kalau tahun lepas, PAS sahaja dilihat sinonim dengan aktiviti ni sama ada berjamaah di masjid, stadium (pidato lepas solat Nabi tak pernah buat, bid'ah kot?) mahupun di atas jalan depan pejabat DAP (kalau ada kenderaan orang DAP baru lepas melawat ladang muhalazah lalu kat situ sebelum diorang solat macam mana?).
Bagus sebenarnya solat hajat ni (jauh lebih baik dari doa pecoh perut ynag ntah apa2). Mohonlah apa2 pun perkara baik yang korang nak mintak, direct pada Pencipta Alam, yang MAHA MENGETAHUI setiap yang zahir & yang ghaib juga MAHA BERKUASA memakbulkan apa sahaja hajat yang dikehendaki-Nya.
Disebabkan begitu banyak solat hajat dibuat dari sejak era refomasi 1998 hinggalah era "penetrasi-2" dua tiga menjak ni, ambo nampak banyak sangat "keaiban" & "kemungkaran" Anwar terdedah siap dengan bukti2 & hujah2 kukuh yang sukar ditolak. Ini semua petunjuk Allah untuk orang2 yang beriman & berakal, so pikirlah. Masih tak puas hati lagi? Solatlah hajat berpuluh-puluh kali lagi (buat hari2 lagi bagus, paling2 kurang pun dapat pahala.)
Solat hajat paling elok dibuat bersendirian di separuh di suku ketiga malam. tapi takde salahnya nak buat berjamaah, dan eloknya perkara yang dihajatkan sama bagi setiap jemaah. Insya-Allah, Allah akan kira borong dan makbulkan hajat kita semua.
So, meh la datang reramai. Hajatkan pohon petunjuk kalau anwar tu peliwat ke tidak (walaupun Karpal Singh dah akui anwar buat bende tuh). Tak sabo nak tunggu petunjuk apa pulak yang Allah nak bagi.
Solat hajat untuk petunjuk pasal Najib-altantuya boleh juga, takat ada gambar super impose ni aje tak meyakinkan langsung!!
No comments:
Post a Comment
Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..