Wednesday, 4 January 2012

Malaysia Bakal Negara Teradil di Dunia, Bijak Betul "Imam Mahdi"!


"Hebat" sungguh "idea" dan "tahap pemikiran" Anwar sejak dirinya dinaiktaraf dari "anugerah tuhan" kepada "Imam Mahdi". Berkat "karamahnya" sebagai "Imam Mahdi", beliau cuba menjadikan Malaysia sebagai negara paling "adil" di dunia!

Fakta : Amerika Syarikat adalah negara yg mempunyai paling ramai peguam berdaftar, 1,143,358 orang dengan lebih kurang 2 juta case court setiap tahun. senang kata, pemegang title Negara paling adil abad ini.  

Namun Idea "genius" tahap "Imam Mahdi" Anwar akan membuatkan fakta pasal amerika ni teramatlah ciput dan tak mengkagumkan langsung. Idea beliau adalah dengan "melantik" seluruh rakyat Malaysia sebagai hakim, RAKYAT HAKIM NEGARA!

Fakta jika seluruh rakyat Malaysia jadi Hakim:

- Hakim merupakan profesion paling ramai pekerjanya di Malaysia. Lahir UEEEK.. je otomatik jadi hakim dan anda akan lebih "menghargai" Mykad/surat branak  memasing kerana ia menjadi bukti anda seorang hakim!.

- Katakanlah gaji pokok seorang hakim sebulan = RM 10,000. Kalau 28 juta hakim x RM 10,000 = RM 280,000,000,000. Mak ai, mana kerajaan nak cekau RM 280 bilion buat bayar gaji hakim? Tiap2 bulan pulak tu! Belum kira elaun, dividen, sosco, epf, kwsp dll. Duit keuntungan petronas pun tak cukup, kena ngadap IMF la nampaknya..

- Kalau pihak pembelaan buat "peel" macam sekarang, 1 hakim = 3 tahun baru jatuh hukum, 28 juta hakim x 3 tahun = 84 juta tahun perbicaraan! T-rex pupus 64 juta tahun lepas, agaknya sampai t-rex muncul balik, perbicaraan belum tentu selesai lagi!! tu belum kira "bakal-bakal" hakim yang lahir kendian..

Tiap2 hakim pulak ada peel dan hukuman memasing.
- ada yg melepas serta membebaskan tertuduh, bahkan kerajaan sedia ada perlu membayar "ganti rugi" dengan cara melantik secara otomatik Anwar jadi PM.
 - ada yg menjatuhkan hukuman ringan, kompaun dgn nilai setaraf gaji Anwar sebagai punahsihat ekonomi (bak singgit..) atau 2 minit penjara atau kedua2nya sekali.
 - ada yang jatuhkan hukuman standard, penjara doploh tahun dan doploh sulaan opps.. maaf, sebatan.
 - ada yg jatuhkan hukuman "brutal", letupkan dengan  c4 dan mayatnya hendaklah dikecai2kan di Selat Melaka, buat makanan ikan sekaligus meningkatkan hasil ekonomi nelayan?

 - ada juga yg jatuhkan hukuman demi kepentingan diri sendiri contohnya Pak Maun (jiran sebelah ambo) akan menghukum Anwar petik sawit kat kebunnya seluas 4 setengah ekar tuh seumur hidup (hehe..jimat duit upah indon, katanya) Makcik Peah cleaner pejabat akan menghukum si "Imam Mahdi" ni jadi cleaner pejabat seumur hidup tanpa gaji  (makcik pun teringin nak jadi mandor, katanya) dan 1001 macam hukuman lain, tengok hakim la!   

Tawaran Hebat! 9/01 ni lantik la ambo jadi "hakim rakyat" pertama, ambo akan "usahakan" perbicaraan "adil" dan "saksama" lagi "spesel" sesuai dengan taraf Anwar sebagai "Imam Mahdi". Tak payah ikut sistem perundangan kat Malaysia nih, semua ni tiru British, tiru Barat!

Kalau ambo jadik hakim, ambo akan "sediakan" kandang tertuduh khas, 7 kaki panjang, 3 kaki lebar, 7 kaki dalam. Anwar dengan hormatnye "dipersilakan" baring ngiring ngadap kiblat dan kandang tertuduh ini akan dikambus rapat dengan tanah bagi memastikan tiada "anasir2" luar yang dapat "mengganggu" OKT bertahap "Imam Mahdi" ni!

Antara "kelebihan" teknik perbicaraan ambo ni adalah orang ramai akan start buat kenduri tahlil tanda "sokongan moral" buat "Imam Mahdi" kita ni malam tu jugak! selama 7 malam yang berikutnya, 40 hari lepas tu, 100 hari lepas tu dan tiap2 tahun bila "tarikh mula bicara" ini tiba. semuanya automatik, tanpa perlu Anwar keluarkan apa2 arahan.

Dan kalau ada makhluk Allah bernama Munkar & Nankir datang "bertanya khabar" serta "bertegur sapa" tu, hang layan la bebaik noo... sebagai "hakim" yang baik hati, ambo kasi link, (sila klik sini) bagi "memudahkan" hang "berbual mesra" ngan mereka berdua. semolek2nya jangan kasi 2 makhluk ni "hangin", hang tau kenapa kan??

Dan perbicaraan akan masuk ke tahap "bela diri" apabila Israfil tiup semboyan dia. masa tuh ambo dah resign jadi hakim pasal ada Hakim yang MAHA ADIL akan "take over" perbicaraan. bukan Anwar je, ambo, karpal singh dan sekalian umat manusia & jin pun akan dibicarakan sekali.

Sampai tahap ni ambo cuma boleh ucap good luck la kat anwar dan diri ambo sendiri. Moga2 lepas bicara, kita berdua ditempatkan kat tempat yg "nyaman" & "selesa". Kalau ditakdirkan hang masuk kat tempat yang "hangat" lagi "brutal", kirim salam kat Firaun, Hamam & Qarun ye!!

No comments:

Post a Comment

Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..