Friday 20 January 2012

Faekah Husin Tumpang Semangkuk Aibkan PAS?



Semalam, Khalid Gagap "menunjal2" PAS selangor dengan penuh "bergaya" sekali. Portfolio Agama Islam "dirampas" beliau dan membiarkan exco baru PAS dengan portfolio yang dikata PAS sendiri berasaskan asobiah. Namun, untuk menyedapkan hati PAS, Khalid memberi "gambaran" semua ni hanya sementara, supaya YB PAS tersebut ada masa menyesuaikan diri sebagai seorang exco..
Maka legalah hati PAS selangor, hinggakan timbalan Persuruhjaya PAS negeri (mana pergi Dr Rani? masih frust?) mencanangkan yang Khalid akan "memulangkan" balik portfolio agama tu bila exconya dah bersedia. bahasa mudahnya PKR pinjam sekejap je potfolio tuh.
Langsung tak terfikirkah yang Khalid Gagap merendah2kan keupayaan exco baru itu? bahasa tersiratnya, exco tu kurang kredibiliti, kurang keupayaan hinggakan perlu masa untuk memahami sistem pemerintahan. Tak macam Khalid Gagap yang "bijak", "tangkas", "cerdas", lagi "bergaya" hinggakan tak perlu masa "bertenang" pun untuk pikul potfolio agama!
Namun, Fekah Husin, setpol Khalid Gagap, tidak mahu ketinggalan mengikut jejak langkah bossnya untuk turut sama "menunjal2" PAS selangor. Peluang keemasan macam ni bukannya datang selalu, ye tak? Dengan selambanya beliau membuat statement pada wartawan yang pertukaran potfolio tuh bukan sememtara je, sebaliknya muktamad. Kalid gagap sendiri cakap camtu, katanya.
kalau sebelum tu Khalid gagap mengaibkan Dr Rani dengan tak mencalonkan langsung nama beliau untuk jawatan exco, Fekah Husin pulak memberi "kemaluan besar" kepada  Iskandar A.Samad dengan mengambarkan beliau tak paham "bahasa tinggi" khalid gagap!

Mana timbalan Persuruhjaya PAS negeri nak letak muka? malu besar tu! Tak sampai seminggu, dua2 orang atasan PAS Selangor diaibkan tahap maksimum oleh PKR. Tadak belas kasihan langsung PKR ni..


Nasib baik dia "cover line" dengan berkata terpulang pada khalid Gagap la kalau dia nak timbang semula potfolio2 ni. Tapi takkan Khalid nak rombak lagi dalam masa terdekat, mesti makan tahun punya..
Boleh jadi ini adalah ujian terakhir PKR dalam mengukur tahap jangkitan "parasit cap mata satu" dalam PAS khususnya di selangor. Kalau kena aib sampai tahap macam ni pun PAS Selangor masih redo & wala' dengan peel PKR, maka cengkaman parasit diiktiraf kukuh dan mantap, markah four flat!

Reverse Gear : lain kali, untuk jawatan pesuruhjaya & timbalan pesuruhjaya PAS, kena tambah syarat "tahan dimalukan & diaibkan di khayalak ramai.." 

1 comment:

  1. Faekah tunggu abang Khalid dapat title Ustaz dar Nik Aziz dulu sebelum syorkan jawatan exco tu di serah kepada PAS.Kan! kan Ustazah Faekah

    ReplyDelete

Anak batman jatuh kat gaung,
Berani komen berani tanggung..